Wednesday 15 October 2014

senyumlah, syukurlah

Pandang awan di luar tingkap.
Bangunan setinggi 23 tingkap memberi peluang hamba-hambaNya, penghuni rumah ini untuk mengucap rasa syukur dan takjub dengan ciptaanNya

Alhamdulillah, Allahuakbar, SubhanaAllah

Kami berhimpun. Penghuni rumah ini berhimpun.
Dikeliling insan-insan yang hebat, insan yang sering memberi peringatan mengenai hal akhirat dan hal dunia yang perlu diseimbangkan dalam hidup
Ukhuwah makin erat, kami makin mengenali, kami juga pernah mengenali dua tahun yang lalu tapi..hubungan sekarang dan dahulu jauh berbeza
Hubungan sekarang ibarat sebuah keluarga..

Masih segar dalam fikiran, peringatan yang sering mereka perkatakan
''Ucap Alhamdulillah, rasa syukur''
Syukur dalam pelbagai aspek, bahkan mendapat musibah juga kita perlu bersukur..
Musibah itu salah satu petanda Allah sayangkan kita, musibah yang memberi peringatan buat hambaNya, musibah yang mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta, musibah yang membentuk diri muslim yang lebih gagah dari segi rohaninya

''Syukurlah kita ditempatkan dalam keadaan yang kita berada sekarang..kita cukup segalanya, tempat tinggal, cukup makannya, tilam yang empuk, masa yang masih lapang untuk luangkan bagi menuntut ilmu dan kesihatan yang baik Allah berikan kepada kita. Masih ramai diluar sana, tidak merasai apa yang kita peroleh sekarang. Syukurlah''

Yup. Syukurlah.

Dalam perjalanan ke kota raya.
Terpandang golongan yang kurang bernasib baik.
Pengemis, gelandangan, orang kurang upaya yang mencari sesuap nasi dengan menjual barangan / makanan.
Permandangan ini memberi peluang untuk hati kita terdetik rasa yang amat bersyukur
Bersyukur dengan kehidupan yang kita hadapi sekarang

''Pendapat aku, biarlah mereka mengemis. At least, mereka tak buat benda jahat. Merompak, meragut, mencuri...''

Ini pendapat seorang sahabat.
Ye, betul katanya. Aku bersetuju dengan kata-kata itu.
Tak melakukan perkara jahat, mereka tak beri kesan kepada kehidupan orang lain..
Orang lain tak cedera, orang lain tak kehilangan orang tersayang, orang lain tak kehilangan harta benda..

Kata-kata yang mengubah diri untuk menghulurkan wang seringgit dua
Dimana wang itu ''pergi'', hanya Allah dan hamba itu sahaja yang tahu
Hati kita pula, ikhlaskan diri untuk menolong mereka
Keikhlasan hati itu lebih penting


.......

Syukur.
Syukur.
Syukur.

Kurangkan mengeluh dalam diri.
Banyakkan ucapan alhamdulillah dalam hati.
InshaAllah, hati akan menjadi lebih tenang





Senyum :-) 

Sunday 12 October 2014

Disini..

Masih lagi terdetik dalam hati,
"Betul ke aku berada dalam dunia medik?"

Classmate yang masing-masing mempunyai sikap unik
Masing-masing mempunyai keunikan dalam sikapnya, membuatkan kami tertanya sesama kami,
"Betul ke kita dalam kelas medik?"

Keunikan yang memberi senyuman yang lebar sesama kami
Keunikan yang saling melengkapi

Sebulan lebih berada di sini
Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan dalam pelbagai perkara

Moga segalanya berjalan lancar
Lima tahun perjalanan
Moga perjalanan ini mendapat keredhaan Allah SWT
InshaAllah :))

Monday 22 September 2014

Smile :)

New life.
New people.
New love + new feelings.
New family.
Alhamdulillah :)

Friday 29 August 2014

.

Jumpa seorang pakcik ni dalam bas. I called him pakcik. Dia mencari-cari tempat duduk dan duduk disebelah diri ni. Memandangkan tiket tidak tertulis mana-mana sit pun. Dalam hati agak rasa geram. Kenapa nak duduk sebelah perempuan jika sit lelaki lain kosong??

"Hmm..penuh dengan bangla..bangla semuaa!" Pakcik tu bersuara.

Dalam hati agak geram. Memandangkan diri agak penat seharian berjalan hanya mendiamkan diri. Malas nak cari gaduh.

Berbual sebentar dengannya, malas nak melayani, tanya sepatah jawab sepatah dan dia menceritakan pelbagai perkara. Hanya sekadar mengangguk dan senyum sinis. Dan pemandu bas mula menyuruh menukar sit antara lelaki dan perempuan. Biar perempuan duduk sesama perempuan. Alhamdulillah.

Tukar tempat duduk.

Pakcik tu mula bengang,
"Mana boleh, saya dah book sit ni! Harap ja bayar mahal!"

Chinese woman tu pun ingin menukar tempat. Ingin duduk disebelah suaminya.
Si pakcik tersebut mula duduk dan tersengih, dalam hati bertambah geram,
"Bapak rapat gila pakcik ni duduk! Sengaja besarkan tempat duduk! Bersentuhan!"

Mula bersuara,
"Maaf, saya tak biasa duduk sebelah lelaki. Boleh tukar tempat duduk dengan perempuan lain?"
"Hmm..smua dah full"

Masa tu terasa ingin menangis. Wajah berpaling ke tingkap dan mula menangis dalam hati. Siapa sanggup duduk sebelah lelaki selama 5 jam??????

"Oh camnilah, letak beg kat tengah memandangkan awak ni pemalu..saya ok je"

Puihhh..aku bukan pemalu. Ini soal ikhtilat dan haram!

Aku letakkan beg ditengah. Lega sebentar. Dia memulakan perbualan.
Aku hanya menjawab sepatah dua dan mendengar acuh tak acuh.
Dia sudah memiliki isteri dan dua anak.

Dia juga ungkit hal bangla.
Asyik bercakap perkara negatif tentang bangla.
Weh pakcik, kau sedar tak bangla dengan kau, bangla lebih baik.

Ada perkara lain juga terjadi. Banyak.
Pelik.
Dia sudah beritahu,
"Saya mula-mula tengok awak macam ustazah. Pakai tudung labuh..bla2"
Huih. dah tahu aku ni macam ustazah layan macam ustazah la pakcik weh!

Dia juga mula melayani diri dengan pelik. Ambil berat la apa la.
Weh pakcik 5 jam ni aku rasa macam seribu tahun. Duk dalam bas tu asyik menangis. Dia juga menegur,
"Kenapa termenung panjang ni..fikir pasal apa?"
Eh, pakcik? Ini hal orang, kau takpayah tahu.

Hampir sampai di Gua Musang, dia meminta num phone.
"Err,,maaf saya tak ingat num phone"
Dia memaksa. Menyuruh untuk misscall. Haish! Aku rasa macam nak tumbuk, sepak even kalau ada peluang nak ambil pisau tikam si pakcik gatal ni.
Ok. Istighfar.

Sampai di destinasi.
Gua musang merupakan destinasi singgahan sementara. Hanya diri ini seorang menumpang bas ini yang turun di gua musang, beli tiket last minute.

Pakcik tu mula turun bersama-sama. Ingin menolong ambil luggage konon.
Sorry pakcik. Aku tak memandang langsung siap buat muka masam.
Dia juga ada bercakap hal agama,
memang perlu husnuzon, nak share tentang agama la kan tapi..sebagai wanita kita perlu beringat.
kadang-kadang orang memandang diri seperti "religious"
diorang guna taktik religious jugak
Perempuan pula duk sibuk cari bakal Zauj
Nak cari bakal imam konon
Lepas tu perangkap dalam kisah cinta islamik
Lepas tu keluar dating jugak, berteman dengan sahabat la katanya
Dan macam-macam perkara terjadi

Yang perempuan ni wajib pakai tudung yang labuh okeh, religious ke tak religious. Kita wajib ber-religious.

Pakcik tu jugak tambah smtg, memandangkan aku y penat ni ckp aku dtg KL sbb interview untuk medic..
"Kalau doc ni lambat kahwin la.."
Ha'ah. Memang. Aku tak fikir pun pasal tu.
Sekarang cuma angan-angan nak punyai anak angkat dari syria atau gaza.
Itu pun boleh kan? InshaAllah.

Nasihat untuk diri.
Lain kali kalau nak travel, travel dua orang or lebih
Memandangkan dah dapat uni minoriti islam.
Boleh bilang dengan jari untuk kaum melayu.
Kalau dapat tengok org pakai tudung tu pun rasa excited keterlaluan
Yang lain semuanya non-malay dan foreigner.
Nak keluar dari kolej bukan macam di KMB dulu, nak jalan sorang2 di putrajaya / alamanda or banting masih lagi secure.
Tempat tu juga susah nak cari makanan halal.
So, lepas ni jaga diri. Jaga diri sebagai muslimah.

Thursday 21 August 2014

Vet.

Masih mendapat tawaran dari UCL dalam bidang veterinary science.

Abang ipar mula offer,

"Nak belajar di UK? InshaAllah boleh, dengan pertolongan ramai kawan-kawan dia yang pernah study di UK."

Gulp. Tawaran hebat. 

Tapi ibu mencelah,

"Ehh..tak payah la jauh-jauh. Tak payah belajar pasal binatang. Tak boleh tolong ma pun. Belajar dalam negara senang, bila ma sakit boleh balik cepat-cepat. Jadi doktor boleh rawat ma.."

Ok.

"Tapi ma, after belajar doktor nak sambung belajar jadi vet boleh? hehe.."

Ma mula membuat memek muka yang pelik.

Ok ma. Sobs.

InshaAllah, segalanya akan tercapai jika Allah izinkan semua itu berlaku.

InshaAllah vet, jika kita ada jodoh tak ke mana kan? :D
Tapi, jika tak..ada hikmahnya :)

Friday 15 August 2014

Convocation

IB diploma convocation | 13 August 2013, Wednesday


Hari terakhir batch Titanium berkumpul. Memandang raut wajah setiap rakan-rakan yang pernah dikenali. Gembira. Cukup gembira dan bahagia. Kami semua bakal menjejakkan kaki ke alam baru, bersedia untuk mengejar cita-cita yang makin dilihat cerah.

Dalam perjalanan ke PICC, hanya berbekalkan beberapa minit, masih sempat mengimbas balik apa yang berlaku selama dua tahun di Kolej Mara Banting. Pelbagai perkara terjadi, pelbagai suka dan duka dialami, pelbagai kisah yang masih lagi disimpan rapi dan pelbagai pengalaman yang amat baik dapat dilalui. Tersenyum dan juga sebak seketika. Dua tahun dirasakan amat sebentar tapi terlalu banyak pengalaman yang diperolehi, Alhamdulillah.

Jejakkan kaki di PICC. Lihat wajah sahabat-sahabat yang ceria. Pelukan yang erat dan senyuman yang lebar itu suatu kewajiban apabila kami saling bertemu. Kami saling bertanya khabar dan pelbagai kisah yang dikongsi, manis. Saat itu amat manis. Entah bila pula kita akan bertemu lagi ye?

Lihat wajah-wajah sahabat buat yang terakhir.
Terima kasih hadir dalam hidup ini.
Allah maha kuasa, Dialah yang menemukan kita.
Persahabatan yang amat indah.
Pengalaman di dunia IB dilalui bersama.
Kamu semua yang memberikan motivasi untuk berjaya dalam IB.
Kamu semua yang sedia bersama apa jua perkara yang kita saling hadapi.
Kamu semua yang sering memberi nasihat apabila melihat kekurangan dalam diri ini.

Jika kita tidak diberi peluang untuk berjumpa lagi di dunia ini,
moga kita berjumpa lagi di syurga, sahabat :)
Moga berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Saturday 2 August 2014

Nukilan

Setiap hari air mata tidak tertahan untuk mengalir keluar
Melihat wajah-wajah saudara di Gaza
Semua insan merasai perkara yang sama
Ingin sahaja menjerit hingga satu dunia dengar
"Wahai dunia! Lihatlah! Mereka merana! Lakukanlah sesuatu!"
Tapi, tiada kuasa, melainkan hanya melihat dan menangis sahaja
Dan mencuba usaha yang lain, usaha semampu yang mungkin

Teringat pula saudara di Syria,
Sabarlah para syahidin, bidadari menantimu di syurga
Keperitan yang kamu lalui sekarang
Akan dibayar di akhirat kelak

Masih ingat lagi kata-kata ini,
"Kenapa Allah memberi dugaan yang besar kepadaku?"
"Allah memberi dugaan kepadamu kerana Allah menyayangimu"
Allahu, betapa sayangnya Yang Maha Esa kepadamu
Rasailah keperitan yang sebentar didunia
Kerana di akhirat kelak kamu akan berehat dengan tenang

Benarlah, pernah diperkatakan oleh penduduk Gaza,
"Kami bersyukur diberi peluang untuk syahid"
Dan kita pula perlu risau dalam keadaan yang penuh kesenangan ini
Teruskan melakukan amal ibadat untuk mengejar syurga
Jauhi perkara yang berunsurkan maksiat
Mati itu bila-bila dan dimana-mana sahaja.

Tuesday 29 July 2014

Kemenangan makin hampiri!


Zionist makin gentar dengan palestine.
Walau ribuan rakyatnya syahid, walau yang terbunuh di israel amat rendah dibandingkan dengan bilangan di palestin tapi mereka tetap gentar!

Siapa tidak gentar dengan semangat jihad rakyat Palestin?
Para rakyatnya tidak takut akan mati malah bersiap sedia untuk menghadapi saat syahid
Dibandingkan zionist yang makin lama makin luruh hati tiap kali serangan balas dilakukan oleh para jihad di palestin
Kekuatan palestin lebih kuat berbanding zionist! Kekuatannya berpaksikan Allah SWT, tuhan yang menciptakan mereka.
Jika diizinkan oleh Allah, tidak perlu menunggu masa sesaat, bila-bila masa Allah akan menurunkan malapetaka kepada para zionist!
Tunggu masanya sahaja, tunggu kemenangan palestin!
Teruskan menyokong palestin, teruskan menyebar kebenaran, teruskan membuka mata para manusia dimuka bumi ini, teruskan menembak doa, kemenangan itu pasti tiba!

InshaAllah

Setiap hari mengharapkan perkara yang sama.
"Bila Palestin akan dibebaskan?"

Dari jauh khabar berita didengar.
Tiada apa yang dapat dilakukan selain yakin dengan kuasa Allah.
Kerna, "Doa itu senjata mukmin"
Teruskan berdoa untuk kemenangan mereka.

"Bila palestin akan menang?"

InshaAllah bakal.

Setiap hari mengharapkan khabar berita yang baik.
Tapi harapan itu seringkali terkubur sebentar
Terlalu banyak kisah yang membuatkan air mata mengalir
Tidak sanggup lagi ingin menatap gambar para syahidin
Yang maut kerana dibunuh oleh Zionis!
Bayi, kanak-kanak, ibu, bapa, orang tua, para remaja
Bayangkan itu ahli keluarga kita?
Ah. Tak sanggup.

Rakyat palestin,
Mereka hadapinya dengan tabah.
Malah, mereka bersiap sedia untuk syahid
Mereka juga bersemangat untuk menentang Zionis
Aku membayangkan jika aku berada di tempat mereka
Adakah aku akan tabah?
Adakah jiwa aku sekuat mereka?
Aku pasti, jawapannya tidak.

"Palestin menang!"
Ah. Kata-kata itu amat indah.
Aku ternanti-nanti
Aku pasti umat islam sedunia akan menyambutnya nanti
Aku pasti ini bukan angan-angan
Masanya akan tiba jua nanti.
InshaAllah!


Monday 21 July 2014

Hati yang sakit

Jika rohani sakit, fizikal turut sama.

Rohani yang sakit kerana merindui dengan ibadah mendekatkan diri kepada Allah,

Secara automatic fizikal turut rasainya.

Terasa lemah, tidak bermaya, terasa seperti dada yang kosong, hidup tak bererti, kurang sihat

Check balik hati, adakah ibadah yang dilakukan itu benar-benar kerana Allah?

Adakah ibadah itu dilakukan bersungguh-sungguh?

Adakah kita terus istiqamah dalam melakukan ibadah itu?

Adakah kita melakukan ibadah sunat dalam seharian menjalani hidup kita?

Doa selama berada di 10 hari penghujung bulan Ramadhan untuk meminta keampunan daripadaNya


Bersyukurlah jika masih berasa hal ini, tandanya hati masih memiliki iman.

Walau sedikit sahaja iman itu ibarat setitis air sekalipun, diri masih memiliki iman

Masih ada harapan untuk terdetik hati bagi meminta keampunan daripadaNya, seterusnya bertaubat dari kesalahan yang lalu

Di Ramadhan ini, jadilah orang yang beruntung dan muslim yang dipandang tinggi olehNya

Jangan jadi orang yang rugi, keluar dari bulan yang mulia ini tanpa apa-apa "pendapatan" pun

Biarlah diri menempuhi Ramadhan ini dengan keadaan hati bersih dan diampuni olehNya

Juga berdoalah agar kita tidak tergolong dalam golongan ini dan dijauhinya! Sepertimana yang terdapat dalam ayat al-Quran, Surah Al-Israa' ayat 72

Ingatlah hati manusia mudah berbolak balik, usaha + doa agar dijauhi perkara yang membawa kepada mungkar


"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya." - Surah Al-Israa' 072

Monday 14 July 2014

Budaya terawih?

Alhamdulillah, sudah memasuki hari yang ke-17 kita berpuasa pada tahun ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Diberi peluang untuk terus bernafas, untuk terus upgrade iman dan mencuba untuk menjadi muslim dan hamba terbaik di sisi Allah SWT.

Alhamdulillah juga pada tahun ini dapat berterawih di sini, bersama keluarga pada masa yang agak panjang. Tidak seperti tahun sebelumnya, hanya dapat berterawih untuk beberapa hari sahaja bersama keluarga di masjid terdekat ini.

Beberapa perkara yang terjadi, perkara yang mungkin menjadi budaya bahkan bukan untuk terawih sahaja tapi solat berjemaah di sini. Baru sahaja masjid ini melangsungkan program "Formula solat sempurna", tapi masalah-masalah berkaitan solat berjemaah masih lagi berterusan, moga apa yang dikongsi ini menjadi teladan buat kita semua. Jika kita tidak sedar bahawa kita pernah lakukannya, cuba untuk atasi masalah ini dan elak untuk ulanginya semula.



1) 1 sejadah 1 orang
Di masjid berdekatan rumah ini kebanyakkannya ramai yang lebih gemar membawa sejadah sendiri berbanding menggunakan sejadah masjid. Walaupun sejadah masjid yang dibekalkan lebih banyak daripada jumlah jemaah yang memerlukannya. Jadi, terjadilah sinetron hamba-hamba Allah tak mahu berganjak bila mahu rapatkan saf, mungkin takut sejadah itu "dicuri" oleh orang lain, mungkin? Walaupun tidak terdengar lagi kes sebelum ini, kes kecurian sejadah. :) Malah, disebabkan mereka memiliki ruang sejadahnya sendiri, masing-masing sukar untuk rapatkan saf. Menjadi budaya baru, satu sejadah, satu orang jadi, saf yang panjang itu memiliki ruang-ruang kecil, ada juga ruang itu boleh memuatkan satu orang.

2) Tidak mahu rapatkan atau penuhkan saf.
Mengenai tidak rapatkan saf itu sudah di-explain panjang lebar sebelum ini. Ada juga kes yang agak mencuit hati. Pernah ketika mahu mendirikan solat terawih, tiba-tiba ruang kosong yang luas di sebelah diri ini. Boleh muatkan dua orang (jika makmun itu orangnya kecil hehe). Belum sempat berkata-kata kepada hamba Allah ini supaya rapatkan saf, terus sahaja dia takbir dan mendirikan solatnya, mungkin perlu husnuzon, dia tak nampak ada ruang kosong disebelahnya. Dahulu menjadi kebiasaan di kolej mara banting, jika mendirikan solat jemaah, akan menarik jemaah yang berada di sebelah untuk rapatkan saf. Tapi budaya sebegini agak sukar dilakukan di tempat yang tak pernah di-exposekan lagi dengan cara ini, lebih-lebih lagi ruang tersebut terlalu besar, beberapa langkah yang diperlukan untuk menarik jemaah di sebelah. Jika ditarik juga, mungkin terjadi kes pergaduhan antara makcik kerana cubaan menarik jemaah ketika dia sudah mendirikan solat waktu itu hehe.. Kebiasaanya, apabila sampai di masjid, akan lihat jemaah memenuhi bahagian belakang terlebih dahulu dan bermulalah drama saling menyuruh antara satu sama lain.. "Eh..penuhkan depan tu..". "Apa ni..ni ada kosong ni..." "Eh, awak tu, datang sini, penuhkan ruang depan ni". Lebih "menyayat hati" ketika solat berjemaah sudah bermula, ketika itu berada di tempat yang agak jauh dari saf yang kosong, ada hamba Allah yang menyuruh agar penuhkan saf itu. Sebenarnya saf yang kosong itu berada di hadapannya. Tak mahu berginjak sedikit pun.

3)Tazkirah atau mengajar kitab?
Memang amat bagus memberi tazkirah selepas 4 rakaat menunaikan solat terawih. Malah, amat bagus juga memberi tazkirah yang panjang lebar. Tapi, terjadi beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika memberi tazkirah ini, takut terjadi kes jemaah tidur atau hanya bercakap ketika memberi tazkirah. Beberapa masalah yang timbul apabila imam memberi tazkirah, masalah yang perlu di-improve dan dielakkan.
> Keadaan microfon atau speaker yang agak kurang baik. Seakan-akan imam bercakap seorang diri, tak kedengaran apa yang diperkatakan. Tidak jelas dan ia membuatkan jemaah mula berasa bosan. Perkara ini amat penting agar tazkirah yang diberikan itu bukan hanya sia-sia sahaja.
> Isi yang disampaikan yang terlalu meleret. Benar, ianya bagus dengan tazkiran yang panjang. Tapi kadangkala kasihan melihat makcik-makcik disebelah mula dilihat kepalanya jatuh sedikit demi sedikit, ketiduran dan ada yang lenguh kerana terlalu lama duduk. Ada yang mula bercakap sesama sendiri. Agak panjang dan isinya mula meleret. Pada mulanya bercakap soal ramadhan meleret hingga ke isu perkahwinan. Agak musykil disitu.
> Tazkirah yang ringkas, padat dan jelas itu lebih baik kan? Adik lelaki memberitahu mengenai imam yang sampaikan tazkirah itu sekadar duduk, membaca isi di kitab dan tidak berpaling kepada jemaah. Ini menjadikan keadaan tidak menarik, mungkin membawa kepada jemaah mula bosan. Peganglah perkara bahawa "Biarlah kualiti itu bagus, bukannya kita ingin melihat kuantiti." Mengharapkan ceramah yang lebih pendek dan tidak meleret. Dan ilmu yang disampaikan itu diserapkan dalam hati jemaah yang hadir ketika itu,

4) Anak-anak kecil atau anak yang besar yang bising. Eheh.
Tak pasti ibubapa masing-masing sudah menasihati anak mereka atau tidak. Mungkin sudah menasihati anak mereka. Kanak-kanak lelaki suka menyelak tirai di bahagian jemaah wanita, kanak-kanak perempuan bising bergaduh di belakang saf. Kadang-kadang itu sebenarnya memberi satu kelebihan agar masjid lebih meriah. Tapi, jika berlebihan itu perlu di-control juga. Pernah terjadi ketika sesi tazkirah, tiba-tiba bunyi bising di bahagian belakang. Sekumpulan kanak-kanak dan budak perempuan yang berumur lingkungan 11 tahun ke bawah bergaduh. Amat bising. Faham-fahamlah bagaimana emonya perempuan bila bergaduh dengan kata-kata dari bibir mereka :) Keadaan bising berterusan, makcik-makcik dibahagian saf hadapan hanya mampu berkata, "Cubalah tegur mereka supaya senyap sedikit". Agak lama juga mereka bergaduh, persoalan disini, mana ibubapa mereka? Tak menegur anak masing-masing?

Setakat itu sahaja kekurangan yang dilihat. Jika ingin bercakap soal kelebihan masjid disini terlalu panjang lebar pula :)

Oh ye, mungkin tempat lain, lain pula cara mereka. Kadangkala kekurangan ini membawa kepada rasa bersalah dalam hati, rasa solat tidak sempurna dan solat jemaah yang tidak khusyuk. Sama-sama mencuba untuk improve segala kekurangan dan terus-menerus untuk mendirikan ibadah sunat di bulan Ramadhan ini dan mengerjakan solat berjemaah di bulan yang lain juga. InshaAllah.

Sunday 6 July 2014

:))

Alhamdulillah.

8.00 pm.
06 July 2014.
Tertulis sesuatu yang sudah lama Dia mengetahui hal ini.
Bermula waktu itu, officially mendapat status "IB Survivor"
Alhamdulillah. Tahniah semua, apa jua keputusan, tahniah.
Segala keputusan itu pasti ada hikmah.
Jangan patah semangat jika ada yang terkurang.
Jangan ada rasa tidak berpuas hati walau keputusan itu sudah pun tinggi.

Next step, mencari hala tuju
Persediaan untuk ke "destinasi" seterusnya
Moga destinasi yang terbaik.
Jika Dia izinkan, moga mendapat institusi yang diingini, inshaAllah :)
Yang pasti tidak terbang, hanya ingin melihat rakan-rakan yang terbang

Alhamdulillah.
Tahniah.
Terima kasih, Allah.
Moga apa yang diperolehi ini mendekatkan diri kepadaNya :))

Saturday 5 July 2014

:)

Tak pernah terfikir akan ke sebuah kolej yang dipenuhi dengan orang yang hebat.
Pernah terdetik tapi terasa semua itu impossible.
Dan satu perkara yang miracle terjadi, perkara yang amat jarang berlaku.
Alhamdulillah. Sujud Syukur.
Ibu menangis, syukur.

Melangkah kaki di sebuah kolej dengan program "international baccalaureate"
Tak popular disini (di kampung halaman) dan juga tak pernah didengari sebelum ini
Jika sebut "Kolej Mara Banting" atau "IB"
Tiada siapa kenali kecuali orang tertentu yang berpengalaman saudara mara yang fly oversea

Semester pertama,
berkali-kali hati berkata,
"Aku tak layak disini, aku tak layak, memang tak layak"
Tapi akak senior sering berkata,
"Allah tempatkan kita di sebuah tempat yang Dia tahu kita dapat laluinya dengan baik"
InshaAllah.

Semester pertama juga,
Diberi peluang sesiapa yang ingin keluar dari kolej untuk melanjutkan pelajaran di tempat lain
Diri ini berasa ingin turut serta
tapi apabila mengingatkan balik, sudah bermula disini, sayang tidak teruskan hingga tamat, habis.
Dan juga sudah mengenali ramai kenalan.
Jadi diri meneruskan juga walau diri lemah
Ingin terus mencuba
Walau berkali-kali jatuh :)

Pelbagai perkara yang terjadi
Pelbagai kata-kata yang masih diingati
Pelbagai ilmu yang diperolehi
Alhamdulillah, Kolej Mara Banting..
Yang membentuk individu menjadi lebih hebat
Dan berfikiran terus kehadapan
Ilmu dan juga pengalaman
Amat kaya di sana

Hari ini penghujungnya
Adakah diri mendapat status "IB Survivor"
Esok segalanya akan diketahui

"Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya"
Kata-kata dari sahabat :)
Result itu, doakanlah
Ianya result yang terbaik buat kita
InshaAllah

Tuesday 1 July 2014

Surat Cinta Dari Ayeesha (Part I)



Pagi yang agak berlainan dari yang biasa. Pagi untuk pertama kalinya berpuasa di Kolej ini, Kolej Mara Banting. Hampir sebulan berada di sini dan pelbagai perkara yang sudah terjadi. Guru-guru dilihat sibuk untuk memperkenalkan system pembelajaran untuk program International Baccalaureate (IB), sememangnya satu system yang luar biasa dan para guru sudah memberi “warning” kepada junior, “Bersedialah untuk menghadapi kesibukan di kolej ini”. Para senior pula dilihat pelbagai ragamnya, ada yang tersenyum sinis jika junior mengatakan, “kami akan dapat 45 point untuk IB final”, ada senior yang dilihat terlalu sibuk untuk menyiapkan extended essay (mini thesis), math exploration, presentation untuk theory of knowledge (TOK) dan pelbagai lagi hingga mereka diibarat berada di alam kesibukan yang tersendiri, ada senior yang dilabel sebagai genius kerana mereka mempunyai karakter bersahaja tetapi mereka seorang yang sangat pandai, dan pelbagai kerenah lagi. Sebagai junior, hanya meneruskan kehidupan di dunia baru ini dan sentiasa menanti segala kejutan dalam kesibukan IB ini.

                4.30 pagi, alarm di telefon berbunyi. Agak sukar untuk bangun dari tidur. Walau alarm berbunyi dengan kuatnya tapi Ira tidak mengendahkan semua itu. Penat dengan tidur yang agak lewat semalam, gara-gara untuk menyiapkan assignment chemistry yang terlalu banyak diberikan oleh Teacher Ana.

“Ira, bangun….jom sahur”, Lia merupakan roommate Ira mengejutkannya untuk bangun bersahur.

“Hmmmm…ok…”, Ira akur dengan kata-kata roommate-nya. Semalam mereka sudah berjanji untuk bersama-sama turun bersahur di Dewan Selera. Ira bangun dengan perlahannya walau mata agak sukar membuka.

“Kalau tak turun makan, mungkin siang nanti laparlah...”, Ira mendesis dalam hatinya.

Kedua-duanya menyiapkan diri untuk ke dewan selera. Lia membuka pintu biliknya, secara tiba-tiba matanya terlihat kearah kertas yang diletakkan di hadapan pintu biliknya. Kertas yang merupakan sampul surat yang tertulis sesuatu di atasnya.

“Ira, ini…surat untuk kau”, tangan Lia mula mencapai sampul surat itu sambil menunjukkan kearah Ira.

“Hah? Surat?”, Ira mula kehairanan dengan apa yang diperolehnya itu

Dia mula mendekati Lia untuk melihatnya. Agak comel dengan tulisan yang kemas tertulis di sampul surat,
“Untuk Ira, salam Ramadhan :)”

Ira hanya menyimpan surat itu, mungkin akan membacanya di waktu yang sesuai nanti. Pelbagai perkara yang bermain di fikirannya..

“Pelik.”, itu yang berulang-ulang dan bermain difikirannya.

*     *      *     *     *

Jam Ira menunjukkan waktu 2.40 petang. Hari pertama berpuasa di KMB tidaklah seteruk yang disangkakan. Dahulunya menganggap bahawa berpuasa di Kolej ini mungkin badan akan terlalu penat kerana pelbagai perkara dan aktiviti yang perlu dilakukan. Ditambah pula, assignment yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan badan akan kepenatan kerana otak yang kerap berfikir.

“Heh, taklah teruk, tak rasa penat pun”, Ira hanya berkata-kata di dalam hati ketika dalam perjalanan ke bilik asrama. Matanya tertumpu pohon-pohon di tepian di jalanan menuju ke asrama, pelajar KMB memanggilnya “pokok sakura”. Ianya berbunga lebat berwarna merah jambu. Sepanjang perjalanan hatinya memuji keindahan pohon-pohon itu.

Sesudah sampai di biliknya, badannya mula berehat untuk beberapa minit. Bersedia untuk menunaikan solat zohor pula. Beg yang dibimbitnya tadi diletakkan di atas meja study, secara tiba-tiba matanya tertumpu kearah sampul surat yang dia perolehi pagi tadi. Badannya terduduk di atas katil sambil tangannya sibuk untuk membuka sampul surat itu. Beberapa perkara yang dibaca dan diakhiri dengan beberapa ayat,

“InshaAllah, nanti kita akan berjumpa. Jom sama-sama iftar di masjid An-nur pada petang jumaat. Nanti bersiaplah pada pukul 5.30 petang, akak akan tunggu di sana ya. – Ukhti Ayeesha”

Gulp. Ditelan air liurnya. Siapa ukhti Ayeesha ni? Tak pernah kenali mana-mana senior bernama ukhti Ayeesha.  Terdapat kad bersama-sama surat yang diperolehinya itu, kad yang tertulis zikir dan beberapa hadis tertulis rapi dengan tulisan dan corak yang cantik.


“Menarik”, Ira mula bersuara. Tidak sabar hatinya untuk berjumpa dengan ukhti Ayeesha. Suatu perkenalan yang dimulakan dengan surat yang misteri.

-Bersambung-

Saturday 28 June 2014

Tudung Mesir Bidang 60


Tudung Mesir plain bidang 60 untuk penghabisan stok.
Kain yang senang dibentuk dan labuh.
Whatsapp di nombor ini for the best price bagi penghabisan stok;)
011-29448048





Tudung mesir bidang 60 yang memiliki double corak yang berbeza di bahagian hadapan dan belakang tudung. Kain yang lembut, senang dibentuk dan boleh digayakan dengan pelbagai cara. Whatsapp di nombor yang tertera untuk pertanyaan mengenai harga untuk penghabisan stok.





Ini merupakan beberapa tutorial yang boleh dicuba untuk tudung mesir bidang 60. Selamat mencuba! :))







Saturday 14 June 2014

Kunci kebahagiaan hidup


Lihat sekeliling, compare kekurangan diri. Pada masa itu mulalah berasa diri teruk (jika compare dengan segala kebaikan orang lain), berasa diri tidak pandai (jika compare dengan tahap IQ), berasa diri memiliki wajah yang serba kurang dari orang lain (jika compare dengan kecantikan), berasa diri miskin (jika compare dari segi harta benda, kekayaan) dan apa sahaja apabila compare diri ini dengan kelebihan orang lain. Cermin diri, kenapa aku tidak seperti orang lain? Seperti orang yang memiliki segala kelebihan itu?

Makin lama, hati makin parah. Seringkali berasa diri serba kekurangan. Terasa ingin melarikan diri dari dunia ini, bersembunyi daripada kelihatan oleh manusia lain, berdiam diri dan mundur kebelakang.

Terfikir sejenak, diri seakan-akan ingin menampar diri sendiri. Kenapa begitu sekali ye perasaan itu? Perasaan yang terlalu memikirkan soal kekurangan diri?

Jika ingin compare diri ini....

Bersyukurlah diri ketika Allah masih memberi peluang untuk kita bukakan mata mengenai islam berbanding ada yang masih lagi bergelut dengan kancah maksiat. Jadi, cubalah untuk improve diri dari segi kebaikan itu.

Bersyukurlah diri yang berpeluang untuk terus belajar walau IQ tidak setinggi orang sekeliling, berbanding masih ada manusia yang tidak berpeluang untuk belajar atau memegang buku pun.

Bersyukurlah diri memiliki fizikal yang sempurna, tidak ada cacat cela, memiliki tangan, jari, kaki yang dapat meneruskan aktiviti dan ibadah seharian berbanding ada hamba Allah yang memiliki kekurangan tapi masih lagi berasa bersyukur.

Bersyukurlah diri yang masih dapat makan makanan setiap hari, dua / tiga kali sehari berbanding ada insan yang bergelut dengan kehidupan yang ingin mencari sesuap nasi.

Yang paling penting, bersyukurlah diri kerana Allah memberi peluang untuk hidup, terus bernafas di muka bumi ini. Jika hari ini, hari terakhir kita? Adakah amalan kita mencukupi? Jadi, bersyukurlah, Allah masih memberi kita peluang untuk hidup dan kita dapat meneruskan hidup kita untuk mencari hidayah Allah, mengejar syurga.

Lihat langit. Senyum. Bersyukurlah dan beriman kepada Allah. Itulah salah satu kunci kebahagiaan hidup. :)

Friday 13 June 2014

ODOJ!

Alhamdulillah untuk hari yang amat indah dan peluang yang Allah beri untuk kita bernafas di dunia sementara ini. Dan juga bersyukur dengan  masa yang terluang diberikan oleh Allah untuk kita luangkannya dengan perkara yang berfaedah.

Waktu bercuti di rumah banyak masa diluangkan dengan keluarga dan juga perkara lain, kadangkala iman naik dan juga turun. Hanya diri kita yang dapat control diri sendiri. Pelbagai perkara yang dicuba agar iman tidak jatuh merudum, terus tersungkur dan terus menerus lalai. :(

Mencuba pelbagai perkara agar diri tidak terlalu lalai dengan persekitaran, membaca bahan-bahan ilmu agama atau sertai group untuk diskusi agama juga menarik dan amat baik kan?

Saya ingin perkenalkan disini, satu aktivitis yang amat baik. Satu aktivitis yang dapat mengajar diri kita untuk sentiasa lakukannya setiap hari. Aktivitis yang membawa kepada mengingati Allah selalu, inshaAllah. Aktivitis yang dapat dilakukan setiap hari, bila-bila masa 24/7 :)


Pernah dengar tentang ODOJ (One day one juz)?
Aktiviti ini amat menarik, boleh ke link ini untuk mengetahui lebih lanjut dan juga untuk mendaftarkan diri menyertainya! :D


Alhamdulillah, mendapat tahu hal ini melalui laman sosial facebook, status yang dishare oleh seorang sahabat :) terima kasih ye.


Setakat ini baru sahaja menyertai selama empat hari bermula dari juz yang ke 15. Program ini dilakukan melalui satu group yang di-create melalui whatsapp. Menarik bukan? Group whatsapp itu disertai oleh 30 orang untuk dibahagikan 1 juz setiap orang. Bahkan ahli juga diberi tugasan untuk berkongsi ilmu di group itu dimana ianya sering memberi pelbagai peringatan buat diri kita. Tak pasti dah berapa banyak group whatsapp yang ditubuhkan tapi yang pasti, setiap group itu akan khatamkan alquran untuk setiap hari. MashaAllah, menarik dan Alhamdulillah! :D

Sebelum menyertai group ini, saya mendapat satu mesej dari seorang akak iaitu ukhti Faten. Dia akan memberi penerangan dan gambaran dengan lebih lanjut mengenai ODOJ ini. Ini merupakan salah satu penerangan yang diberikan oleh ukhti faten :))

SYARAT PENYERTAAN ODOJ
Baca dulu dan jika sanggup untuk beri komitmen 100%, boleh hubungi saya semula. Terima Kasih.
Time zone ODOJ
1.       Bertilawah / bertadabbur: 7.30pm (hari ini) hingga 7.30pm (esok)
-          Ni adalah waktu untuk melaksanakan ODOJ
-          Tolong update progress anda sebagai ahli ODOJ dalam tempoh ini
-          Sangat kritikal penglibatan semua ahli dalam memberi galakan kepada kumpulan ODOJ
2.       Kecederaan : 5.30pm hingga 6.30pm
-          Ni adalah waktu untuk membantu ahli yang tidak dapat habiskan ODOJ
-          Sangat kritikal untuk penglibatan semua ahli
3.       Doa Khatam dan list berikutnya : 8.00pm
-          Sorang ahli akan baca doa khatam dan record dalam voice note, post ke group supaya ahli dapat sama-sama aminkan
-          Seorang lagi ahli akan edit senarai juz semalam menjadi list baru bagi hari baru
4.       Silent @ lights off : 9.00pm hingga subuh esok
-          Tidak dibenarkan sebarang perbualan dan sembang berlaku dalam group ini. Jika nak sembang, sila pm ahli berkenaan.

Agak payah menggambarkan apa yang diberikan syarat-syarat time zone itu tapi apabila mula menyertai group itu, automatic kita akan faham dan biasakan diri. J

Pada mulanya agak sukar kerana ada sesetengah juzuk yang panjang, memerlukan masa untuk menghabiskan juzuk itu, tapi itu semua mengajar kita erti meluangkan masa untuk perkara yang berfaedah. Jika ada waktu terluang, buka surah yang belum habis dibaca dan luangkan masa untuk membaca dan mentadabbur. Terus menerus masa yang terluang itu diberkati oleh Allah dan juga mendapat pahala yang berterusan, inshaAllah.

Jika tidak dapat menghabiskan juzuk? Jangan risau :D Aktiviti lelong juga diadakan, iaitu kegiatan menawar bagian tilawah yang belum dihabiskan oleh ahli pada hari tersebut bagi menyelesaikan bahagian tersebut, untuk mengetahui lebih lanjut, boleh dapatinya di laman web mereka :)




Menarik dan amat manfaat kan? Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Ramadhan yang makin hampir ini..
Berminat?! Sertai sekarang ye..! :D

Tuesday 10 June 2014

Dia dah, kamu bila lagi? (Part 4)

Teringat ketika reunion kecilan dengan beberapa sahabat yang menuntut di high school yang sama hampir tiga tahun lepas. Pelbagai perkara yang dibualkan bahkan salah seorang juga share tips untuk kuruskan badan eheh. Alhamdulillah, dia yang memiliki berat seratus lebih sudah turun kepada 88 kg dalam masa 4 bulan. Tips itu adalah diet karbohidrat :)) Perbualan lain diteruskan, tiba-tiba seorang sahabat berkata kepada diri ni,

"Tahun lepas dua orang akak kahwin, awal tahun ni sorang, lepas ni..haa...tahu-tahu je sapa.."

Hanya tersenyum sambil memberi jawapan yang cliche, "inshaAllah lambat lagi, semua tu kita tak tahu bila"
Dua minggu cuti sekolah, minggu yang dipenuhi dengan majlis kahwin malah berita sahabat lain kahwin makin bertambah. Seorang sahabat sekolah rendah, dua orang sahabat yang menuntut di sekolah menengah. Umur yang sama diri ini, 20 tahun. Gembira apabila melihat mereka bahagia bahkan rasa seperti masa berlalu dengan amat pantas.

"Dia dah, kamu bila lagi?"

Lihat ramai kenalan di facebook mula post / share status mengenai jodoh. Sabarlah, semua itu pasti tiba. Tapi, mati itu sememangnya pasti dan bila-bila masa sahaja. Jika sering bercakap hal jodoh sahaja rasanya kadangkala patut dilupakan juga. Fikirlah soal mati kerana pada masa sekarang pun ada possibility untuk hembuskan nafas terakhir.


Masih ingat lagi ketika menyertai kursus kahwin di kolej dahulu,
Ketika sesi berceramah panjang tiba-tiba ada seorang sahabat memberi buku nota diatas meja kecil
Buku nota yang tertulis soalan,
"Kenapa kita perlu kahwin?"
Setiap orang, lain orang lain pendapatnya mengenai perkahwinan

Bahkan semalam terbaca tweet seorang senior yang sertai program "jeans vs skirt"

"kes penceraian banyak berlaku sebab orang tak faham kenapa dia berkahwin" - Ustaz Ridha

Benar, ketika menyertai kursus kahwin tersebut dalam masa 2 hari, kesemua slot boleh dikatakan para penceramah mengulang perkara yang sama,

"Kes penceraian makin bertambah, makin serius bilangan pasangan yang bercerai"

Jabatan agama juga sering bermesyuarat, berbincang mengenai program, aktiviti, step yang perlu dilakukan agar mengurangkan jumlah penceraian yang makin genting ini. Beberapa masalah ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai ilmu rumah tangga dan juga disebabkan oleh sebilangannya tidak amalkan apa yang dipelajari ketika menghadiri kursus kahwin. Mungkin juga sekadar sertai kursus untuk mendapat sijil iaitu "pass" untuk berkahwin semata-mata?

Jadi, kenapa kita perlu berkahwin?
Sekadar untuk menghalalkan hubungan?
Sekadar untuk bahagia dalam alam rumah tangga?
Atau sekadar kahwin sahaja kerana orang lain kahwin? eheh.

Jawapan yang kami share sesama kami hanyalah,

"Berkahwin itu untuk membina sebuah institusi islam, memperbesarkan institusi islam. Sebab itulah kita perlu bina diri kita terlebih dahulu agar satu hari nanti kita dapat membina sebuah institusi keluarga islam yang dapat berbakti untuk islam."

Ini hanyalah pendapat yang pendek daripada kami, lain orang lain pendapatnya, masih banyak lagi sebab-sebab kenapa kita perlu berkahwin. Banyak.

Jadi, sebelum mendirikan baitul muslim, tanya diri terlebih dahulu, fikirkan matlamat untuk membina sebuah keluarga, mahligai. Jadi, bertanyalah, wahai diri...kenapa aku berkahwin? :)

Monday 9 June 2014

Dia dah, kamu bila lagi? (Part 3)

Masih ingat lagi ketika berada di rumah pengantin perempuan. Ada seorang gadis menegur dengan panggilan akak, nampak agak matang orangnya, tak pasti dia sudah memiliki anak atau belum. Diri ini hanya biasakan diri dengan panggilan itu dan dalam hati hanya berkata.. "Mungkin dia pandang diri ni agak berumur kot..". Baru sahaja mengenali gadis ini sebab itulah dia hanya memanggil panggilan itu melalui pandangan sahaja.

Tapi sebenarnya diri ini silap!
Benar, dia lebih muda.
*Potong bawang*
Tak patut berfikiran begitu...
Ok, ini pengajaran yang begitu besar buat diri ni.
InshaAllah, lepas ni jangan mudah berfikiran salah sangka begitu.

Majlis di rumah pengantin lelaki pula. Sesi outdoor di belakang rumah untuk beberapa minit. Dalam perbualan kami, sahabat mula berkata..

"Nanti promote-lah untuk pakej fotografi, boleh berniaga"
Bibir hanya tersenyum sambil membalas,
"Mungkin ini sahaja kot, sekadar ambil pengalaman, tak berminat sangat fotografi perkahwinan, agak sukar"

Yep, agak sukar lebih-lebih lagi seorang wanita, jurugambar wanita. Masih ingat lagi malam ketika majlis akad nikah, bila mahu capture gambar, diri ini dikelilingi lelaki, kenalan pengantin lelaki yang turut ingin meng-capture gambar. Waktu itu, diri ini terus melarikan diri, mengambil posisi lain, biarlah berada di mana sekalipun, biarlah tidak mendapat posisi untuk capture gambar yang sempurna sekalipun, agar diri kita sebagai wanita tidak disentuh atau tidak sengaja disentuh oleh lelaki. Jangan sesekali!


Hari terakhir di majlis perkahwinan sahabat. Agak penat. Tak sangka begitu penat sekali. :) Mungkin kerana stay di rumah pengantin yang agak lama.

Pulang rumah. Malam, sesi mengedit gambar.
Kedengaran lagu "Young and beautiful" di earphone.

"Will you still love me
When i'm no longer young and beautiful?"

Jiwang sebentar dengan lagu sebegini.
Hati menjawab pertanyaan itu,

"Benarlah, islam menggalakkan cinta kerana agama,
kerana agama dalam hati tak pernah luntur,
cinta terhadap pasangan kerana Allah.
Jika cinta kerana paras rupa,
fizikal itu makin lama makin luntur,
makin lama makin hilang serinya,
jika cinta kerana agama,
cinta itu terus bertambah dan mekar"

Lihat kalendar di skrin phone. Masih belum capai umur 20 tahun lagi diri ni, berfikir soal mendirikan rumah tangga amat jauh. Bahkan jika ada calon sekalipun, "err..mak paksa pun taknak" -..-

Tapi, soalan yang lain datang pula menjergah dalam kepala,
"Jika sekarang ramai kahwin awal, 20 tahun hingga 23 tahun itu kebiasaan, bagaimana pula umur 25 tahun keatas, masih ada lagikah calon?"

Ehem. Jangan risau jodoh itu sudah tertulis.
Fokus terhadap family, sahabat, dakwah itu yang penting. Bila kamu mahu mulakan dakwah itu ye?

Jadi, teruskan fokus apa yang penting terlebih dahulu
bina diri, jangan terlalu fikir soal hati
kecuali soal hati keluarga dan sahabat :D

Oh, sahabat-sahabat yang makin bertambah bilangannya yang sudah berkahwin
kebanyakkannya sahabat yang sudah lama "berjanji"
jadi, digalakkan untuk berkahwin awal
Apa lagi yang ditunggu sahabat yang lain, sahabat yang sudah "berjanji" itu?
Kahwin itu salah satu langkah yang amat bagus!
Teruskan usaha anda agar menjadi halal :)))
InshaAllah!

Sunday 8 June 2014

Dia dah, kamu bila lagi? (Part 2)

Hari yang agak sukar untuk bangun dari katil yang empuk, kepenatan hari semalam untuk shoot majlis akad nikah dan juga stay up hingga pukul tiga pagi kerana anak sedara yang asyik menangis. Gagahkan diri bangun walau selepas itu badan ini tewas untuk tidur semula.

Phone berbunyi, mendapat satu mesej. "Didi, saya dah bertolak ni, kejap lagi sampai kat rumah awak". Cemas seketika, kamera belum lagi di-charge, baju belum digosok, barangan lain belum pack. Selepas setengah jam berlalu, sahabat ini tiba dirumah, menjemput diri untuk ke rumahnya. Eheh, pengantin yang menjemput photographer pula, special kan? Sememangnya special apabila kedua-duanya itu bersahabat baik :D

Sebelum ke rumahnya, kami singgah di beberapa kedai. Walau majlis akan bermula selepas zohor tapi pagi itu kami masih lagi berjalan-jalan sekitar kedai, melihat-lihat buku, barangan, kasut eheh. Tiba di rumahnya pada pukul 11, keadaan agak kelam kabut, maksud saya kelam kabut dengan kanak-kanak yang memenuhi ruang tamu dan bilik pengantin. Bila mahu menyusun bunga telur, kanak-kanak juga "sibuk" untuk menyusun bunga telur, jika pengantin ingin ber-makeup mereka pun turut sama busy untuk hiasi wajah mereka. Bahkan ketika mahu mengambil gambar, bayangkan empat oranng kanak-kanak yang menggunakan handphone ibubapa masing-masing ingin mengambil gambar juga, jika menyuruh mereka ketepi sedikit mereka tidak hiraukan, mereka ingin menjadi photographer juga :) Bukan itu sahaja, kanak-kanak akan memenuhi dihadapan pelamin di mana pengantin sedang berposing, masing-masing khusyuk melihat tanpa mengelipkan mata ketika pengantin sedang bergembira untuk menunggu waktu diri ini capture gambar. Apa yang dapat buat hanyalah, "sayang semua..jangan duduk situ" sambil menarik mereka ketepi sedikit sambil tersenyum. Kanak-kanak perlukan kelembutan jika tidak, mereka akan bertambah degil. [Untuk sesetengah kes hehe]

Waktu bermakeup. Keadaan amat panas, peluh terus menerus keluar dan juga tekak asyik kehausan. Menunggu seorang auntie untuk menghiasi wajah pengantin. Keadaan tidak terkawal, auntie memaksa pengantin untuk mencabut bulu kening. Waktu itu tidak dapat berbuat apa, makcik-makcik memaksa juga. Sahabat ini terus menolak malangnya kuasa orang tua, kami tak dapat berbuat apa. Terpaksa akur walau pada mulanya makcik itu hanya berkata, "sikit je". Tapi hasilnya, terlalu banyak. huh. Masih teringat kata-kata makcik itu,

"Ehh...jadi bini orang la kena melawa untuk suami di majlis-majlis besar camni.."
"Kita kena melawa untuk suami, kening tu penting. Makeup tak nampak sangat, biar kena tu cukur nampak cantik. Biar suami tengok kita cantik. Kalau sayang laki kena jadi cantik."

Teringin waktu itu ingin mencelah, "tapi makcik, yang tanggung dosa tu suami. Kalau sayang suami, jangan la cukur kening tu..". Tapi malangnya, iman sememangnya di tahap rendah, hanya dapat mencegah dengan hati. Ketika itu juga agak ramai orang dan makcik-makcik. Sahabat memandang diri ini, mula memberi memek muka tidak memuaskan hati. Dirinya sudah berkata, "Tak mahu makeup tebal, tak mahu cukur kening" tapi hasilnya lain.


Memulakan sesi photoshoot. Ketibaan pengantin lelaki, sedang menunggu pengantin lelaki tiba-tiba seorang pakcik menegur, "Kita ni..kalau nak ambil gambar, kena tunggu pengantin lelaki sampai kat situ haa...", pakcik itu menunjuk tempat tersebut. "Barulah gambar cantik...tunggu tu..nanti dah nak sampai.." dan instruction lain juga diberi. Manusia biasa, terasa kata-kata itu tidak perlu tapi ingatlah, terima segala teguran dan kata-kata orang lain mungkin satu hari nanti, kata-kata itu berguna :)) Bahkan, ketika shoot gambar di pelamin bersama keluarga dan beberapa sahabatnya, tiba-tiba seorang wanita tegur.. "Eh..ambillah gambar masa ni, ambil semua gambar". Walau ketika itu aku hanya menunggu masa untuk shoot, agak penat sebenarnya tapi ada betulnya juga, capture segala gambar dan moment, semua itu amat-amat berguna nanti untuk diingati pada hari lain :)) Senyum dengan segala tips itu! Thanks :D

Ketika ketibaan pengantin lelaki juga ada terjadi satu kejadian yang mencuit hati kami terutama sahabat baik yang lain, Tikah tidak berhenti ketawa dengan apa yang terjadi ini. Keadaan sememangnya tidak dirancang langsung, seorang makcik yang conquer majlis itu. Pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan, makcik itu mula membuka cincin dijarinya, dicelup cincin itu di mangkuk berisi air dan meletakkan cincin itu di bibir pengantin. Kedua-duanya terkejut. Reaksi yang amat mencuit hati. Pengantin perempuan mengerut dahinya dengan kejadian itu, pengantin lelaki masih lagi terkekedu, terkejut eheh. Kami tak sangka semua itu terjadi, mungkin itu adat. Lain keluarga ada adatnya tapi ini pula rare case kerana mereka tak perlukan adat semua itu, makcik itu sahaja yang menonjolkan adat itu dalam majlis perkahwinan mereka -.-

Dari pukul11 pagi di rumah pengantin hingga 7 petang. Pengalaman yang amat baik dan agak memenatkan. :)  Tapi semua itu berbaloi. Alhamdulillah ^_^

Wednesday 4 June 2014

Dia dah, kamu bila lagi? (Part 1)

Salah seorang sahabat baik sudah berstatus "zaujah"
Wah! Alhamdulillah! Tahniah!
Malah, diri ini berpeluang untuk capture memori terindah itu :))
Menjadi official photographer untuk majlis perkahwinan buat pertama kali,
Menjadi official photographer untuk sahabat baik.
Itu satu penghargaan yang amat besar buat diri ini.
Alhamdulillah, thanks awak!

Pukul 9.15 kereta pengantin tiba di hadapan rumah
Sahabat baik berjanji untuk menjemput diri ini dan ke masjid bersama-sama bagi majlis akad nikah
Sesat untuk lima minit, eheh
Masjid sukar untuk ditemui
Alhamdulillah, tiba di sana dengan baiknya
Soalan diri ini bertanya kepadanya..
"Berdebar tak? hehe.."
"Mestilah berdebar ni.."

Pengantin perempuan turun dari kereta,
Kami berpegangan tangan,
Berulang kali sahabat ini memberitahu,
"Berdebarnya..."
Kami berpegangan tangan hingga di hadapan masjid
Majlis akan bermula sebentar lagi..

Kesemua ahli keluarga berkumpul
Kanak-kanak nampak amat riang di situ
Para dewasa pula sibuk berborak dan senyum lebar
Tok kadi tiba, pengantin lelaki duduk dan bersedia untuk memulakan majlis akad nikah
Majlis itu tidak bermula dengan cepat tapi dimulakan dengan ceramah pendek terlebih dahulu
Panjang lebar diceritakan dan menasihati si pengantin
"Reminder" sebelum si pengantin bertukar status
Status yang amat berat tanggungjawabnya
InshaAllah.. Kedua mempelai ini akan bahagia hingga jannah :))
Dan pengantin lelaki tampak seorang yang amat bertanggungjawab
InshaAllah sahabat, dia akan membimbing mu untuk ke syurga :D


Akad nikah bermula seusai tamat ceramah pendek,
Hanya sekali lafaz, kurang dari dua minit
Sahabatku sah menjadi isteri orang
Tahniah :')
Tamat semua itu, tiba-tiba hati rasa gembira
Kegembiraan untuk sahabat
Malah waktu itu sempat lagi imbas masa lalu
ketika kami bersama,
sering berjanji kami berempat untuk makan bersama di kantin waktu rehat
"Nasi ayam kari"
Malah kami berempat merupakan pengawas
Teringat kenangan lalu..terlalu banyak kenangan manis dan keanak-anakan
tapi sekarang, sahabatku ini sudah menjadi isteri orang!
Terasa usia diri ini makin bertambah tua,
Dua puluh tahun, agak tua
Terasa baru sahaja semalam bermain gelongsor dan see saw di taman
Terasa baru sahaja semalam bermain cat air bersama-sama sahabat lain hingga kotori baju sekolah ketika menuntut di sekolah rendah
Terasa baru sahaja semalam kami meluangkan masa bersama di kala semuanya bujang
Masa berlalu dengan pantas

Wahai sahabat,
moga bahagia hingga anak cucu
opss..tak.
moga bahagia seluruh ahli keluargamu di dunia dan semuanya bakal ke syurga!
Amin, inshaAllah :))

Monday 26 May 2014

I'm done with IB

Alhamdulillah, sudah menamatkan pengajian di Kolej Mara Banting
Walau banyak perkara yang amat membuatkan diri makin jatuh dan juga membuatkan diri bertambah-tambah bangkit
Pengalaman di sana selama dua tahun terlalu banyak untuk diimbaskan balik
Ada yang membuatkan bibir tersenyum
Ada yang membuatkan air mata mengalir
Malah, ada yang membuatkan hati dipenuhi dengan perasaan kesal dan bangkit dengan gagah
Alhamdulillah

Memiliki 8 orang sahabat baik
Terlalu rapat
kadangkala kami bergaduh kecil
Bergaduh itu umpama penambah perisa dalam persahabatan
Dan kini, hati amat merindui mereka
Segala manis dan pahit dilalui bersama

Malah, mereka juga memberi peringatan kepada diri
Terus membuatkan diri tersedar dari perkara yang hanyut
Alhamdulillah
Terima kasih sahabat

Walau aku tidak pernah sesekali terfikir dan memilih,
untuk menjalani semua ini
tapi aku pasti
Allah memilihku kerana Dia tahu aku dapat menjalani dengan sabar dan dengan baik
Buktinya?
Aku dapat menamatkan pengajian ini dengan lancarnya
Tanpa berhenti di pertengahan jalan pun
Alhamdulillah.

YaAllah,
terima kasih segalanya
moga segala pengalaman itu
memberi impak yang positif pada masa akan datang nanti
InshaAllah.

Friday 2 May 2014

Ujian | Final exam?

3 hari lagi sebelum final IB

Penentu masa depan

Tapi bukan penentu akhirat

Kerna result dunia itu lama-kelamaan akan dilupai

Hanyut pergi

Sepertimana result sebelum ini

Masih ada yang bertanya lagi? UPSR? PMR? SPM?

Berapa yang kamu dapat?

Tak.

Semua itu sudah hanyut dengan masa

Kecuali yang kekal abadi itu, tak pernah hanyut

Malah "ujian" itu berterusan hingga mati

Kita akan mengetahui "result ujian" itu di akhirat nanti

Malah, itu kekal

Walau kamu di syurga mahu neraka

Kamu tetap akan dipandang oleh ahli-ahli syurga, neraka yang lain

Level manakah kamu?

Mereka akan terus memandangmu

Dirimu juga akan memandang yang lain..

Compare dirimu dengan yang lain..

Aku berada di mana?

Jannah di level mana?

Aku mahu jannah di peringkat firdausi

Aku cemburu dengan ahli syurga, inshaAllah keluarga kita, sahabat kita, saudara kita,

Berada di level syurga yang lebih tinggi dari kita

Dan...

Bukannya mereka atau kamu tertanya-tanya..

Berapa result kamu / mereka didunia?

Tak, mereka tak memandang langsung hal yang tiada erti itu lagi

Nah.

Kita hadapi ujian setiap hari

Tapi kita sering alpa

Cuba check markah kita

Mungkin "predicted gred' akhirat nanti?

Hanya sekadar bertanya dalam hati...

"Bersediakah aku untuk menempuhi mati?"

Jika "tidak"

Upgrade-kan iman kita

Kerna masih ada ujian lagi esok

Mungkin ujian yang terakhir?

Wallahualam..

Tuesday 11 March 2014

Kursus perkahwinan

Hadiri kursus pra-perkahwinan.
Menghadirinya kerana masa ini paling sesuai untuk mendapatkan sijil perkahwinan tersebut..
Lebih-lebih lagi ada ura-ura mengatakan bahawa kursus perkahwinan bakal diadakan selama seminggu bermula beberapa bulan lagi atau pada tahun hadapan.
Lepas ni dapatlah jimatkan masa *Senyum*
Banyak perkongsian berdasarkan pengalaman penceramah untuk kursus tersebut.
Perkara yang paling tidak dilupakan ialah ketika Ustazah (penceramah) bertanyakan sesuatu kepada para audience..
Ehem, iklan sebentar, anak kesayangan hehe

“Siapa yang dah plan untuk kahwin awal?”

Sahabat yang berada di sebelahku mengangkat tangan, semua mata dalam Lecture Theater (tempat kursus dijalankan) tertumpu kepadanya..

“Ha..baguslah, kahwin awal itu bagus. Jika anak saya meminta kebenaran dari saya untuk kahwin awal pun saya bagi..”

Aku hanya menoleh sambil tersengih kepada sahabatku..

“Biar betik dia ni..”, hanya berkata dalam hati sahaja.

Aku membisikan ke telinganya..

“Err..tak boleh bayangkan kahwin diusia sekarang, terlalu muda. Masih ada naluri kebudak-budakan lagi dan belum matang”

*Ehem. Penulis ni berperangai agak kebudak-budakan eheh*

Dia hanya tersenyum kepadaku dan mengangguk tanya setuju.

Beberapa minit perkongsian dari ustazah, ditanya lagi kepada audience…
“Ada sape-sape nak tanya sesuatu?”

Sahabat disebelahku mengangkat tangannya, aku menoleh kepadanya dengan reaksi muka yang agak terkejut.
Aku benar-benar respect dia, berani juga orangnya.

“Ustazah, apa pendapat ustazah, seseorang itu menyimpan perasaan cinta terhadap orang lain?”

Ustazah mula tersenyum dengan pertanyaan itu..
“Emm..saya ada kisah yang menarik tentang ini..”

Ustazah memulakn perkongsiannya kepada audience yang lain iaitu keseluruhannya berumur 20 tahun termasuklah diri ini.

“Saya mempunyai kenalan di sebuah university..dia ni, menyimpan perasaan pada seseorang yang dilihatnya amatlah baik akhlak, peribadi. Apa yang dirasanya itu tidak pernah diluah kepada sesiapa pun..”

“Lumrah manusia, jika berada di university, kita tend to melihat orang sekeliling, kadangkala kita menyimpan perasaan terhadapnya. Apatah lagi berada di university yang sama, sering lihat wajahnya dimana-mana, hati siapa yang tak sakit menanggung perasaan yang tak terluah itu?

“Dia hanya luahkan pada yang satu…Allah SWT. Dia tak henti-henti berdoa kepadanya..”

“Jika dia terbaik buatku, jodohkanlah aku dengannya, jika tidak, jauhkanlah hati aku untuk menyintainya”

“Hinggalah pada suatu hari..dia mendapat panggilan dari ibunya…dalam panggilan itu, ibunya memberitahu bahawa ada seseorang datang meminangnya..”

“Diberitahu satu persatu mengenai siapa yang meminangnya, tanpa disangka, yang datang ke rumahnya itu, lelaki yang didoanya selama ini..doa itu dimakbulkan! Selepas mendapat panggilan itu, dia terus sujud syukur kepadaNya..”

“Dan perkara itu juga terjadi pada saya, meminta kepadaNya bagi mendapatkan jodoh terbaik dengan pilihan hati sendiri. Sebelum saya kahwin, nama suami saya juga terdapat dalam doa saya..”

MashaAllah..