Sunday 30 December 2012

Alhamdulillah! I'm 18



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Alhamdulillah. 29 Disember merupakan hari lahirku ke-18 dan hari pertunangan kakak kesayanganku. In Sha Allah, pertunangan mereka akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

Sudah 18 tahun Allah memberi peluang hambanya yang kerdil ini untuk hidup di bumi. Memberi pinjam tubuh badan untuk sementara. Udara. Bumi. Alhamdulillah ya Allah. Kau memberi peluang kepadaku untuk teruskan menyembahmu, memberi peluang untuk bertaubat dari kesilapan yang lalu. Bayangkan diri ni menghembus nafas terakhir sebelum 18 tahun? Adakah segala pahala yang dihimpunkan selama ini mencukupi? Adakah dosaku lebih banyak timbangannya berbanding pahala yang dikumpul? Wallahu'alam. Kita hanya perlu meneruskan ibadah kepadanya.

Bila diimbas kembali memori yang lalu, apa yang aku lakukan selama lapan belas tahun aku hidup?

Ya Allah. Banyak sekali dosa aku!

Sebanyak mana dosa yang dilakukan, Allah maha pemurah!

Allah masih lagi memberi rezeki,

memberi peluang diriku hidup di muka bumi ini.

Tapi apa yang aku lakukan untuk Allah?

Sedikit. Amat-amat sedikit.

Tapi, Allah!

Kau tetap memberi segala-galanya kepadaku.

Alhamdulillah.

Thank You Allah!

Terima Kasih Allah!

Apa yang aku inginkan pada hari yang cukup istimewa ini.

Aku hanyalah ingin menjadi hamba yang terbaik.

Hamba yang sentiasa mengingati-mu.

Hamba yang lakukan segalanya kerana-mu.

Hamba yang CINTAKAN MU!

Aku akan terus mencuba dan istiqamah untuk berubah ke arah lebih baik.

In Sha ALLAH!!

Tuesday 25 December 2012

#6 Photos



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Cuba untuk berdakwah menggunakan fotografi. Bagaimana kaedah yang paling menarik untuk berdakwah ye? Hurm. Still Thinking.

Tuesday 18 December 2012

Islam & mat saleh ?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Masih segar di ingatan. Saya dan rakan-rakan lain berborak dengan teacher yang berasal daripada german. N**** namanya. Berumur 23 tahun. Sekarang menuntut di universiti terkemuka di German. Sekarang masih belajar untuk Master. Girlfriendnya berumur 25 tahun. #Eh? Ini semua gara-gara kawan yang tanya. Sehinggakan umur girlfriend teacher pun diorang tanya.

Kami mengadakan discussion untuk aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut. Selepas tamat discussion, kami mula berborak tentang perkara-perkara yang lain.

Banyak perkara yang di luar jangkaan kami. Dia menceritakan segalanya apabila pertama kali datang ke Malaysia. Oh ye, Malaysia merupakan tempat pertama di Asia yang dia jejaki. dia juga datang ke sini sebagai volunteer, tidak dikenakan apa-apa bayaran pun.

Pertama kali ke Malaysia, dia mula rasa agak janggal. Yup. Janggal kerana ramai wanita di Malaysia bertudung. Di sini juga tiada pergaulan bebas. #Agak tiada :) Di german, bersentuhan, kucup pipi or hug itu perkara biasa. Di Malaysia? No way! I mean, terhadap muslimah sememangnya tak boleh. Kadang-kadang dia rasa kekok untuk bergurau dengan kami. Biasanya, dia dapat menyentuh bahu sesiapa sahaja, tapi kali ini tak boleh.

Dia juga pernah melabel dua orang sahabat saya sebagai lesbian. Mereka berdua ketawa. Mereka itu sahabat baik. Kami tertanya-tanya kenapa dia melabel begitu? Teacher mula shared sesuatu yang menarik! Di German, jika sesama perempuan atau lelaki terlalu rapat dianggap pelik. Lesbian. Gay. Tapi, jika berlainan jantina yang nampak mesra itu perkara biasa. Perkara yang obviously tunjuk Lesbian or Gay, jika si jantina yang sama dengan kita mendekati kita and pegang peha kita. Sah-sah mereka tu Lesbian! Beware ye, wahai sahabat yang bakal ke oversea.

Sometimes, apabila bergaul dengan mat saleh kita di-expose dengan cara hidup mereka. Cara mereka berfikir. How they act. And macam-macam lagi. Kadang-kadang kita dapat tahu apa kelemahan dan kelebihan mereka. So, pada waktu itu kita berpeluang untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih. And how mereka masukkan unsur agama mereka walau waktu pembelajaran. Kita tak pernah sedar semua tu. Kita cuma anggap pembelajaran itu universe tapi hakikatnya tak. So, guna taktik mereka itu untuk digunakan dalam pembelajaran dikaitkan dengan islam terhadap non muslim. Saya juga pernah menghantar essay yang berunsurkan keagamaan kepada teacher mat saleh yang non muslim. Kami juga pernah mengadakan discussion sehinggakan guru mat saleh kami menimbulkan tanda tanya tentang TOK (Theory Of Knowledge) and bible. Kaitan belief and truth dengan bible. Dia tidak dapat menjawab soalan yang kami ajukan selepas teacher memberi beberapa contoh dan pendapatnya tentang perkara itu. So, gunalah peluang ini sebaik mungkin untuk meluaskan islam dan bukannya untuk menyalahkan mat saleh yang cuba untuk putar belitkan minda kita. Thanks Allah, dari awal lagi di-expose semua ini. Semoga ianya menjadi sesuatu yang dapat diaplikasikan pada masa hadapan nanti. In Sha Allah!

Monday 17 December 2012

#Wordless : Love


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ






Thursday 13 December 2012

Hospital Attachment Experiences : Unit Forensik


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ini agak kelewatan. Biasanya pukul 8 lebih kami sudah berada di pejabat pentadbiran tetapi kali ini kami ke pejabat pada pukul 9. Menunggu CC wan (Pegawai pembangunan tak silap saya), yang akan membawa kami ke bilik forensik. Apabila sampai di bilik forensik, kami diberi sedikit briefing. Kedudukan bilik forensik agak jauh dan sememangnya sunyi. Langkah pertama masuk ke bilik itu, rasa seram mula menghantui diri. Lighting bilik pun, nampak seram. Reka bentuk bilik agak kelainan daripada bangunan lain. Alatan yang pertama kami lihat...tempat untuk memandikan mayat. Tempat mandi tersebut diperbuat daripada besi. Saya mula teringat..ada yang mengatakan bahawa, kita tidak boleh memperlakukan sesuatu yang agak kasar terhadap mayat kerana orang mati masih lagi berasa segala yang kita lakukan terhadapnya. Bahkan, menyentuh kulit si mati pun akan rasa sakit. Bagaimana pula dengan meletakkan mayat di permukaan yang sejuk? Mesti si mati itu akan rasainya. :(

Kami mula bertanya kepada encik X (maaf, terlupa nama -.-), bagaimana mereka menguruskan mayat penghidap HIV @ AIDS? Information yang kami dapat pada hari ini, mayat tersebut perlu dimandi menggunakan Clorox. MashaAllah...clorox? Kita perlu bersyukur, kita yang tidak menghidap penyakit ini akan meninggal dunia dengan keadaan yang baik, dimandikan secara normal, InshaAllah. Penghidap HIV bukan sahaja perlu menderita ketika mereka masih hidup, bahkan ketika mati mereka terpaksa menghadapi semua ini. Ketika memandikan jenazah, orang yang bertanggungjawab perlu memakai pakaian yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna. Di sini juga menyediakan banyak bilik persalinan, khas untuk anggota-anggota yang bertanggunjawab memandikan mayat dan doktor-doktor yang perlu melakukan post mortem bagi menukarkan pakaian mereka.

Mungkin nasib kami baik pada hari itu. Terdapat seorang mayat yang belum dituntut oleh ahli keluarganya. Mayat tersebut dinamakan Unknown kerana pihak polis dan hospital tidak dapat mengenal pasti identiti si mayat tersebut. Unknown telah dijumpai selepas tiga hari terbiar di satu kawasan Gua Musang. Hari ini telah masuk hari keenam, si mati diletakkan di dalam peti mayat. Kami terlupa untuk bertanyakan nama bagi peti mayat tersebut kepada encik X. Suhu peti tersebut hanyalah sebanyak 0.2'C. Sejuk sangat! Bagaimana ye keadaan si mati? Nauzubillah hi min zalik.

Encik X bertanyakan kepada kami. Nak lihat tak mayat tu? Bayangkan mayat yang sudah reput, sudah tiga hari terbiar di luar dan dia memberi peluang untuk kami lihat? Semestinya, saya akan menjawab, YA!! Encik X terkejut dengan jawapan yang diberikan. Itulah peluang untuk kita lihat mayat secara live. Bukan ke semua ini peluang keemasan untuk mendapat pengalaman baru. Bagi saya, Encik X hanya bergurau, dia hanya membalas jawapan YA itu, dengan memberi sebab yang lain. Mayat itu masih lagi berbau. Jadi, kami tidak sesekali diberi peluang untuk melihat mayat itu.

Selepas itu, kami dibawa ke satu tempat penyimpanan mayat di bahagian lain. Bau busuk mula menusuk ke dalam hidung kami. Encik X menunjukkan sesuatu di atas lantai. Kelihatan seakan bintik-bintik kecil dengan kuantiti yang banyak di atas lantai. Bintik-bintik itu, seperti sesuatu cecair yang sudah kering. Dia mengatakan bahawa benda yang terdapat dia atas lantai itu merupakan bekas ulat-ulat yang telah jatuh dari mayat. Sebab itulah kawasan itu busuk! Rakan saya mula berkongsi info yang menarik dan mungkin ianya fakta. Mayat manusia merupakan bangkai yang paling busuk. Betul ke? Erm.


Kami juga di bawa ke bahagian yang masih belum digunakan. Di situ kami diberi peluang untuk membuka "peti penyimpanan mayat". Peti itu amat sejuk. Sehingga kami di luar pun dapat rasai suhu yang terlalu sejuk dalam peti tersebut.

Selain itu, untuk melakukan post mortem, pihak polis perlu menghantar borang permohonan kepada pihak hospital. Mungkin ahli keluarga si mati tidak bersetuju untuk melakukan post mortem ini tetapi jika surat daripada pihak polis dikeluarkan, amat sukar untuk mereka membantah apa yang telah diperintahkan oleh pihak polis. Cuma satu cara untuk mereka membantah, mereka perlu melakukan prosedur yang amat sukar melalui mahkamah. Kebanyakan ahli keluarga terpaksa akur dengan keputusan yang telah dikeluarkan.

Semua ini dapat mengingatkan kita terhadap mati. Kematian pasti akan tiba. Masa kematian, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Baru-baru ini, ada remaja lelaki yang berumur 15 tahun meninggal dunia kerana kemalangan. Hanya dia seorang meninggal, ahli keluarga lain yang terlibat dengan kemalangan yang sama masih lagi hidup. Alhamdulillah mereka yang lain masih lagi diberi umur yang panjang. Bayangkan kita berada di tempat remaja lelaki tersebut? Adakah amalan kita selama ini mencukupi? Adakah kita berada dalam kalangan orang-orang yang soleh nanti? InshaAllah, Ya. :)

Ini sahaja yang saya dapat kongsikan. Salam. :)









Unknown.






Wednesday 12 December 2012

Hospital Attachment Experiences : Haemodialysis


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah.. Allah memberi peluang untuk menuntut ilmu dan mendapat pengalaman yang baru setiap hari. Walaupun bidang medik ini berlainan dengan bidang sebenar yang bakal saya pelajari, tapi pengalaman ini dapat memberi peluang untuk saya rasai suasana menjadi seorang doktor mahupun perasaan seorang pesakit. Hari ini, kami berlima diberi pendedahan mengenai haemodialysis. Apa itu Haemodialysis?

- Dialysis adalah kaedah tiruan untuk menjalankan tugas buah pinggang
- Bahan buangan dan air dikeluarkan daripada badan menerusi dua proses iaitu resapan dan ultrapenurasan
- Bahan membran dan air meresap masuk membaran separa tetap ke dalam bendalir dialisis untuk disingkirkan daripada badan
- Dalam dialysis peritoneum, membran ini merupakan peritoneum
- Dalam hemodialisis, membran ini merupakan buah pinggang tiruan atau alat dialisis

#SumberDari : SINAR HAEMODIALYSIS

Sumber : Encik Google

Apabila pintu wad dimana pesakit-pesakit yang menjalani rawatan dialysis dibuka, keadaan tempat itu sedikit menganggu deria bau kami. Mungkin bau itu datang daripada bendalir kimia dalam bilik itu. Sebanyak 8 mesin dialysis dalam bilik itu, 6 berada di ruang yang terbuka dan dua lagi berada di dalam bilik khas yang tertutup. Bilik itu khas untuk pesakit-pesakit menjalani rawatan dialysis memiliki penyakit hepatitis B dan hepatitis C. Obviously, mereka tidak boleh berkongsi mesin dialysis dengan pesakit-pesakit biasa yang lain. risiko penyakit ini akan berjangkit amat tinggi. Oh ye, fakta yang mungkin sesetengah orang sudah mengetahui dan ada yang belum tahu. Pesakit perlu menjalani rawatan ini sebanyak tiga ataupun empat kali seminggu dan tempoh untuk satu hari rawatan ini selama empat jam. Bayangkan empat jam?? Pesakit perlu duduk dan menunggu selama empat jam, menahan sakit yang mereka sudah biasa rasai. Tambahan lagi, selepas menjalani rawatan ini, ramai pesakit yang mengadu bahawa mereka akan letih dan akan tertidur dalam jangka masa yang lama. Tetapi kebaikan selepas mereka tertidur, mereka akan berasa segar pada keesokkan pagi.

Apa yang menarik perhatian saya, pesakit-pesakit disini perlu independent, membawa sendiri alatan-alatan untuk rawatan ini dengan membawa troli daripada bilik khas yang menempatkan alatan tersebut. Ada yang sudah mahir menggunakan mesin dialysis dan ada yang mengambil sendiri segala barang di bilik hospital tersebut seperti selimut ataupun barang yang lain tanpa bantuan nurse pun. Ada juga pesakit yang menutup muka kerana pening dan kelihatan kuyu matanya, mungkin menangis menahan sakit yang dialami selama empat jam. Ketika itu, terdetik rasa bersyukur kerana Allah masih lagi memberi tubuh badan yang sihat kepada kita dan masih lagi memberi nyawa yang tinggi nilainya kepada setiap pesakit. Rata-rata yang menjalani rawatan ini merupakan pesakit buah pinggang yang serius dan kedua-dua buah pinggangnya tidak lagi berfungsi.

Di hadapan kami, ada seorang pak cik yang mungkin berumur 60-an. Ada plaster yang terlekat di lengan dan lehernya. Plaster itu membalut jarum yang menyambungkan wayar untuk rawatan dialysis ini. Lengan pesakit itu sudah mula membengkak dan dia perlu menjalani rawatan dialysis melalui lehernya. Kita yang melihat mereka pun sudah rasai sakit yang ditanggung apatah pesakit itu sendiri. Salur darah ibarat paip, jika kita sering menggunakan salur yang sama dalam jangka masa yang lama, salur itu akan membesar dan membengkak. Salur darah yang digunakan di lengan itu meggunakan Vein (diguna selama yang mungkin), sememangnya mudah membengkak. Ianya juga dipanggil sebagai Permanent Access. Untuk sementara waktu, doktor menggunakan artery (Temporary Access), salur darah di lehernya sehingga bengkak di lengan itu akan surut. Mereka akan menggunakan Vein semula jika bengkak itu sudah pulih.

Rawatan ini juga memerlukan jumlah air yang sangat banyak. Sebanyak 400-500 ml setiap satu minit digunakan, secara total keseluruhannya sebanyak 120 000 ml air selama 4 jam! Subhanallah...bayangkan bagaimana proses ini berlaku? :)

Sumber : encik google.

Tidak kurang juga, kami berlima dapat mengetahui harga filter atau buah pinggang sementara yang pesakit gunakan. Mereka perlu membeli sendiri filter tersebut. Saya hanya melihat dua jenis saiz yang berbeza iaitu saiz yang kecil dan besar. Yang kecil berharga RM20 dan yang sedikit besar berharga RM60. Harga yang mahal digunakan selama sebulan dan filter yang kecil itu saya kurang pasti. Lain-lain alatan juga mahal tetapi yang paling istimewa hospital kerajaan hanya menawarkan harga yang rendah, semestinya kos yang lain kerajaan akan tanggung. Kos dialysis di hospital swasta, harganya dalam lingkungan RM150-300, amat mahal kan? Saya kurang pasti harga itu sekali rawatan atau untuk jangka masa seminggu.

Kebanyakkan pesakit yang menjalani rawatan dialysis akan meninggal dunia kerana sebab yang lain dan bukannya masalah buah pinggang. Puratanya, mereka akan meninggal dunia kerana masalah jantung. Setiap kali jalani dialysis, jantung mereka akan mengembang ataupun lemah (Cardiomyopathy).

Degupan jantung mereka akan berbeza dengan degupan jantung yang normal. Setiap kali proses membersihkan
darah ini membuatkan jantung mereka akan lemah dalam masa beberapa tahun. Masalah buah pinggang yang tidak lagi
berfungsi hanya dapat dikurangkan melalui rawatan dialysis dan untuk menyembuhkannya cuma melalui cara pemindahan
organ baru. Amat-amat susah untuk mendapatkan organ buah pinggang, lebih-lebih lagi jika ada golongan yang ingin
menderma, mereka perlu ambil masa selama enam bulan bagi menyelesaikan pelbagai perkara untuk mendermakan buah
pinggang tersebut. Bayangkan enam bulan? Jika ada segelintir rakan atau ahli keluarga ingin mendermakan salah satu buah
pinggangnya kepada kita, risiko yang tinggi ialah mereka akan berubah fikiran dalam jangka masa enam bulan tersebut
ataupun pelbagai perkara yang tidak dijangkakan akan berlaku terhadap penderma. Sekali lagi, bersyukurlah bahawa kita memiliki tubuh badan yang sihat dan jangan sesekali mengeluh perkara yang kecil. Ingatlah, masih ramai lagi hamba Allah yang kurang bernasib baik. Don't forget to say ALHAMDULILLAH everyday! Hanya ini sahaja yang saya dapat kongsikan, untuk mengetahui lebih lanjut tentang hemodialysis tanyalah Cikgu Google ye ;)

Salam.

Monday 10 December 2012

Hospital Attachment Experiences : paediatric & female ward


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Kali ini kami ke wad wanita dan kanak-kanak. Kelihatan nurses , kesemuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Doktor dan nurse bukan hanya merawat pesakit, mereka juga sibuk dengan urusan mencatat fail-fail hospital dan pesakit. Kami ke wad ini hanya sekadar membaca fail-fail pesakit yang dicatat oleh doktor dan nurse. Kandungan fail yang paling menarik, tertulis bahawa ada seorang pesakit orang asli dari pendalaman menggunakan helikopter sebagai kenderaannya untuk ke hospital. Pesakit itu mengalami demam panas. Umur pun hanya belasan tahun, untung hamba Allah ini sudah memiliki pengalaman menaiki helikopter pada usia muda ;) *Sekadar Gurauan*. Majoriti catatan yang ditulis oleh doktor amat sukar untuk kami membacanya. Seperti biasa, tulisan doktor sememangnya unik sehingga hanya beberapa insan terpilih dapat membacanya. Maaf, kedengaran agak sarcasm disitu ;)

Kami mula berjalan mengelilingi wad ini. Bosan. Tiada apa yang dapat kami buat, ingin menolong nurse, kami masih lagi budak mentah dan waktu petang selalunya nurse hanya sibuk dengan urusan meng-update fail pesakit. Ketika kami sedang berehat di satu sudut dalam wad tersebut, tiba-tiba bunyi riuh datang daripada belakang kami. Nampaknya, ada seorang pesakit ingin lari daripada hospital. Nurse tetap menahannya daripada melarikan diri tanpa kebenaran Sister. Nama pesakit ini, Krisna. Ayah dan rakannya memujuk supaya dia tidak keluar daripada wad. Entah kenapa pesakit ini beria-ia ingin keluar daripada hospital walaupun belum sembuh. Ayahnya mula membebel. Rakannya tetap memujuk dengan bahasa orang asli yang kami sedikit pun tidak faham apa yang dituturkan. Kelihatan air mata mengalir dipipi Krisna. Nurse dan security mula menahannya daripada melakukan tindakan keluar secara melulu. Krisna duduk di celah-celah meja di satu sudut berdekatan dengan kami. Kami hanya mendiamkan diri, salah seorang rakan cuba menegurnya, tetapi dia hanya mendiamkan diri menangis. Beberapa minit kemudian, nurse datang berdekatan meja tersebut dan membaca fail pesakit. Krisna baru sahaja berumur 14 tahun, sudah berkahwin dan sekarang mengandungkan seorang bayi. Ayahnya mula membebel dalam bahasa yang kami fahami, dia memarahi anaknya. Krisna tetap berkeras kepala ingin pulang ke rumahnya. Akhirnya, nurse bersetuju untuk membenarkan Krisna balik.

Kami berjalan-jalan pula ke wad lain. Kelihatan seorang makcik yang mungkin berusia 50-an mendukung seorang bayi. Bayi itu merupakan cucunya baru sahaja berumur beberapa bulan. Berkerut dahi bayi itu ketika kami mendekatinya. Bayi itu amat comel! Montel! Sememangnya gaya yang tersendiri, suka berkerut dahi. Bosan kata neneknya jika berada dalam bilik wad pesakit tersebut, jadi dia mengambil jalan mudah mendukung bayi itu, berada di luar bilik. Kami berborak sebentar dengan mak cik ini. Oh ye, bayi ini bernama Ramadhan dan demam panas sejak beberapa hari yang lalu. Nampaknya, demam Ramadhan makin surut, mungkin beberapa hari lagi dia akan dibenarkan keluar :D Alhamdulillah!

Hari yang agak membosankan. Kami kembali membelek-belek fail yang terdapat di wad tersebut. Beberapa topik yang kami bincangkan sebagai mengisi waktu lapang kami. Akhirnya jarum jam mula menunjukkan pukul 4.45 dan kami memulakan langkah ke pejabat pentadbiran untuk menanda tangan di sekeping kertas sebagai bukti kedatangan dan kepulangan kami di hospital tersebut ;)

 ^__^ Alhamdulillah. New exprience.
Salam.

Hospital Attachment Experiences : Labour Room


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Ini merupakan hari pertama hospital attachment kami. Hanya bertiga daripada 5 orang yang sepatutnya menghadiri hospital attachment ini dan kami pula bertandang ke pejabat pentadbiran tanpa membawa apa-apa surat rasmi. Surat rasmi kami berada di Kota Bharu -.- iaitu tempat rakan kedah kami yang masih belum sampai ke Gua musang. Dia dan seorang lagi rakan kami terpaksa ke hospital pada keesokkan hari, ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Oh ye, kami melakukan Hospital Attachment di hospital daerah, iaitu hospital Gua Musang. Mungkin disini tidak secanggih hospital lain tetapi layanan staff disini terhadap kami lebih istimewa berbanding di hospital yang bertaraf tinggi, yang mungkin berganda-ganda sibuk dan peluang untuk melibatkan pelbagai perkara amat tipis. Kami sedikit nervous, pihak atasan hospital mengambil masa yang agak panjang untuk mengesahkan kehadiran kami di hospital. Lebih-lebih lagi, ramai pihak atasan tiada di pejabat pada hari itu, kebanyakkan mereka sedang menjalani kursus dan pelbagai lagi. Alhamdulillah, hampir setengah jam menunggu, kedatangan kami dialu-alukan. Kami diberi briefing oleh Doktor Mas. Pelbagai soalan yang diutarakan kepada kami, kadang-kadang soalan itu membuatkan kami sendiri tertanya-tanya, kenapa perlu buat hospital attachment pada waktu yang amat awal bagi kami? Kami merupakan pelajar tahun pertama dan sem 1 di Kolej Mara Banting. Pendedahan tentang bidang medik pun begitu sedikit, bagi saya tujuan utama kedatangan kami hanyalah untuk melawat hospital dan hanya pendedahan awal tentang keadaan hospital. Bukanlah untuk kami membantu pihak hospital merawat pesakit. :)


Wad bersalin merupakan tempat pertama yang kami tuju. Ini merupakan perkara baru bagi saya, Ketua Jururawat, mereka memanggilnya sebagai SISTER. Menarik! :) Sister sememangnya agak sibuk dan dia sendiri agak janggal dengan kami, hanya sedikit briefing tentang keadaan wad bersalin. Kami hanya diberi peluang untuk melawat dan bertanya soalan-soalan kepada jururawat. Ingin memberi tugasan pun, kami masih tiada asas tentang medik. Kami pelajar yang bakal further dalam bidang medik, hanya belajar perkara paling asas yang budak-budak foundation belajar ^.^

Ketika kami berada di sana ramai ibu dan bakal ibu berada di situ. Berborak dengan patients, saling berkongsi latar belakang, pengalaman berkomunikasi dengan patients merupakan perkara yang paling menarik dan menyeronokan. Kehadiran kami membuatkan mereka tersenyum lebar, mungkin kami dapat luangkan waktu lapang mereka yang amat membosankan di wad dengan cara berborak ;)

Alhamdulillah, kami mendapat pengalaman baru. Melihat mesin ultrasound secara live! Oh ye, banyak istilah-istilah yang kami belum tahu. Terlalu banyak! Sehinggakan kami segan untuk bertanya nurse disitu. Istilah yang paling menarik, Engaged Position. Istilah ini sering bermain di minda. Entah kenapa, menarik =.= Engaged position merupakan kedudukan kepala baby yang sudah berada di bawah ataupun dengan kata yang mudah, kedudukan baby itu sudah menunjukkan tanda-tanda baby akan keluar dan melihat dunia! Congrate Baby!! Walaupun bilik ultasound agak sibuk dengan doktor dan jururawat, tapi kami masih diberi peluang untuk sertai melihat cara mereka berkerja. Doktor-doktor masih keliru dengan keadaan baby dalam perut ibunya itu, mereka melihat di skrin seakan-akan ada dua tulang belakang, kemungkinan besar kandungan itu TWIN! Sweetnya!

Beberapa jam kemudian, ada seorang patient yang bernama Siana bakal melahirkan anak. Itu merupakan anak kelapannya. Rezeki :) Hanya mengambil masa beberapa minit untuk melahirkan anak dan kami dapat melihat nurse memandikan baby-nya dan menyuntik tiga jenis ubat kepada bayi itu. Oh ye, Siana telah mendapat baby boy! Sememangnya baby boy ni kuat! Suntikan pertama sedikit pun baby tidak menangis dan suntikan kedua hanya menangis beberapa saat. Chayokkk baby!

Di bilik yang sama ketika baby itu dimandikan, ada seorang pesakit yang bakal melahirkan anak. Bakal ibu itu akan melahirkan baby pertamanya. Dia mengadu kesakitan, tetapi nurse hanya menyuruh pesakit itu bertahan untuk sementara waktu. Ketika kami berada di luar, berdekatan bilik pesakit tersebut..kami mendengar tangisan. Mungkin teramat-amat sakit. Sebab itulah proses melahirkan anak merupakan sebahagian daripada kesakitan di waktu kematian, kan? Pesakit itu bukan hanya menangis, dia juga menjerit kesakitan. Kami yang berada di luar amat berat hati untuk melihat pesakit tersebut. Alhamdulillah, pada waktu yang sama, suaminya datang melawat. Tangisan semakin perlahan, kedatangan suaminya mungkin dapat tenteramkan hati dan rasa sakitnya. Bagi saya, kita perlu menjaga emosi dan perasaan pesakit. Jika pesakit resah, semakin kuat sakit yang dia akan rasai dan jika dia mula tenang, rasa sakit yang dihadapi akan semakin berkurangan. Ingat ye bakal doktor, mental sememangnya ada link dengan tubuh badan kita ;) So, jagalah perasaan dan emosi pesakit anda ^.^

Sebelum mengakhiri, saya ingin berkongsi ayat al-quran daripada surah Luqman. Inilah yang dinyatakan oleh Luqmanul Hakim kepada anaknya (31 : 14):
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).







Disini saya ingin tekankan ayat "Bersyukurlah kepadaKu", ayat ini mengingatkan saya terhadap seorang ibu yang kematian bayinya. Bersyukurlah kepada Allah, kita dilahirkan sempurna dan masih HIDUP! Ibu itu kelihatan amat cekal, bayangkan dia telah kandungkan bayi itu selama hampir 9 bulan dan akhirnya bayi itu meninggal dalam kandungan. Amat sedih. Mungkin juga kesedihan bercampur kegembiraan, anaknya itu sedang menunggunya di syurga :') Kita juga perlu ingat, betapa besarnya jasa ibu terhadap kita. Walaupun anak keberapa sekalipun keperitan dan kesakitan yang dialami untuk melahirkan anak semuanya sama. Lebih-lebih lagi untuk membesarkan seorang anak, ingin menjaga seekor ikan peliharaan pun kita tak mampu, apatah lagi menjaga manusia? Bagaimana ye seorang ibu menjaga ramai anak? Contoh terdekat, family saya yang memiliki 13 orang adik beradik dan sehingga sekarang ibu dapat menjaga anak-anaknya dengan sempurna! Ibu sememangnya insan yang paling cekal dan menakjubkan! Thank You mum. :')
Ruang menunggu

Wad menempatkan ibu dan bakal ibu :)

Labour Room






Tuesday 13 November 2012

#Wordless : Last Day.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Great expriences, memories..
Last day Of our C.A.S activitiy at SK Kancung Darat. :)












Sunday 4 November 2012

Al-Anfal : 70


Yup! Agree! Cuba imbas kembali, perkara yang lepas. :) Thanks ALLAH!

Saturday 3 November 2012

To my best friend

Friendship Forever



without humor, life sucks..
without courage, life is hard..
without love, life is hopeless..
without friends like you,
life is impossible..

#Friendship Till Jannah!

Friday 2 November 2012