Thursday 13 December 2012

Hospital Attachment Experiences : Unit Forensik


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ini agak kelewatan. Biasanya pukul 8 lebih kami sudah berada di pejabat pentadbiran tetapi kali ini kami ke pejabat pada pukul 9. Menunggu CC wan (Pegawai pembangunan tak silap saya), yang akan membawa kami ke bilik forensik. Apabila sampai di bilik forensik, kami diberi sedikit briefing. Kedudukan bilik forensik agak jauh dan sememangnya sunyi. Langkah pertama masuk ke bilik itu, rasa seram mula menghantui diri. Lighting bilik pun, nampak seram. Reka bentuk bilik agak kelainan daripada bangunan lain. Alatan yang pertama kami lihat...tempat untuk memandikan mayat. Tempat mandi tersebut diperbuat daripada besi. Saya mula teringat..ada yang mengatakan bahawa, kita tidak boleh memperlakukan sesuatu yang agak kasar terhadap mayat kerana orang mati masih lagi berasa segala yang kita lakukan terhadapnya. Bahkan, menyentuh kulit si mati pun akan rasa sakit. Bagaimana pula dengan meletakkan mayat di permukaan yang sejuk? Mesti si mati itu akan rasainya. :(

Kami mula bertanya kepada encik X (maaf, terlupa nama -.-), bagaimana mereka menguruskan mayat penghidap HIV @ AIDS? Information yang kami dapat pada hari ini, mayat tersebut perlu dimandi menggunakan Clorox. MashaAllah...clorox? Kita perlu bersyukur, kita yang tidak menghidap penyakit ini akan meninggal dunia dengan keadaan yang baik, dimandikan secara normal, InshaAllah. Penghidap HIV bukan sahaja perlu menderita ketika mereka masih hidup, bahkan ketika mati mereka terpaksa menghadapi semua ini. Ketika memandikan jenazah, orang yang bertanggungjawab perlu memakai pakaian yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna. Di sini juga menyediakan banyak bilik persalinan, khas untuk anggota-anggota yang bertanggunjawab memandikan mayat dan doktor-doktor yang perlu melakukan post mortem bagi menukarkan pakaian mereka.

Mungkin nasib kami baik pada hari itu. Terdapat seorang mayat yang belum dituntut oleh ahli keluarganya. Mayat tersebut dinamakan Unknown kerana pihak polis dan hospital tidak dapat mengenal pasti identiti si mayat tersebut. Unknown telah dijumpai selepas tiga hari terbiar di satu kawasan Gua Musang. Hari ini telah masuk hari keenam, si mati diletakkan di dalam peti mayat. Kami terlupa untuk bertanyakan nama bagi peti mayat tersebut kepada encik X. Suhu peti tersebut hanyalah sebanyak 0.2'C. Sejuk sangat! Bagaimana ye keadaan si mati? Nauzubillah hi min zalik.

Encik X bertanyakan kepada kami. Nak lihat tak mayat tu? Bayangkan mayat yang sudah reput, sudah tiga hari terbiar di luar dan dia memberi peluang untuk kami lihat? Semestinya, saya akan menjawab, YA!! Encik X terkejut dengan jawapan yang diberikan. Itulah peluang untuk kita lihat mayat secara live. Bukan ke semua ini peluang keemasan untuk mendapat pengalaman baru. Bagi saya, Encik X hanya bergurau, dia hanya membalas jawapan YA itu, dengan memberi sebab yang lain. Mayat itu masih lagi berbau. Jadi, kami tidak sesekali diberi peluang untuk melihat mayat itu.

Selepas itu, kami dibawa ke satu tempat penyimpanan mayat di bahagian lain. Bau busuk mula menusuk ke dalam hidung kami. Encik X menunjukkan sesuatu di atas lantai. Kelihatan seakan bintik-bintik kecil dengan kuantiti yang banyak di atas lantai. Bintik-bintik itu, seperti sesuatu cecair yang sudah kering. Dia mengatakan bahawa benda yang terdapat dia atas lantai itu merupakan bekas ulat-ulat yang telah jatuh dari mayat. Sebab itulah kawasan itu busuk! Rakan saya mula berkongsi info yang menarik dan mungkin ianya fakta. Mayat manusia merupakan bangkai yang paling busuk. Betul ke? Erm.


Kami juga di bawa ke bahagian yang masih belum digunakan. Di situ kami diberi peluang untuk membuka "peti penyimpanan mayat". Peti itu amat sejuk. Sehingga kami di luar pun dapat rasai suhu yang terlalu sejuk dalam peti tersebut.

Selain itu, untuk melakukan post mortem, pihak polis perlu menghantar borang permohonan kepada pihak hospital. Mungkin ahli keluarga si mati tidak bersetuju untuk melakukan post mortem ini tetapi jika surat daripada pihak polis dikeluarkan, amat sukar untuk mereka membantah apa yang telah diperintahkan oleh pihak polis. Cuma satu cara untuk mereka membantah, mereka perlu melakukan prosedur yang amat sukar melalui mahkamah. Kebanyakan ahli keluarga terpaksa akur dengan keputusan yang telah dikeluarkan.

Semua ini dapat mengingatkan kita terhadap mati. Kematian pasti akan tiba. Masa kematian, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Baru-baru ini, ada remaja lelaki yang berumur 15 tahun meninggal dunia kerana kemalangan. Hanya dia seorang meninggal, ahli keluarga lain yang terlibat dengan kemalangan yang sama masih lagi hidup. Alhamdulillah mereka yang lain masih lagi diberi umur yang panjang. Bayangkan kita berada di tempat remaja lelaki tersebut? Adakah amalan kita selama ini mencukupi? Adakah kita berada dalam kalangan orang-orang yang soleh nanti? InshaAllah, Ya. :)

Ini sahaja yang saya dapat kongsikan. Salam. :)









Unknown.






No comments:

Post a Comment