Friday 9 September 2016

Weh, bersyukurlah!

Kau paham tak erti syukur?
Aku rasa kau paham maksud syukur tu tapi kau tak apply dalam hidup kau kan?
Maaf aku kasar, tapi kau kena sedar..kau ni kadang-kadang nampak ok, sometimes aku tengok kau ni macam tak bersyukur langsung dengan diri kau.

Kau asyik compare hidup kau dengan orang lain.
Kau asyik compare rupa paras kau dengan orang lain, weh..bersyukurlah kau ni dah sempurna segala tubuh badan, xde cacat, Allah dah bagi segalanya terbaik untuk kau. Dengan ada tangan kaki, kau boleh lakukan segala aktiviti harian kau dengan baik, bab kecantikan tu ketepikan je la woi..
Kau asyik compare bakat kau dengan orang lain, aku harap kelebihan yang kau ada, kau asah dengan lebih tajam lagi..inshaAllah jika kau berusaha, kau akan dapat jadi macam diorang. Even kau tak berbakat, kau try usaha nak jadi macam idola kau..one day, kau akan jadi macam diorang jugak. Teruskan usaha, doa dan jangan putus asa!

Yang penting sekarang, kau bersyukur dengan apa yang ada!
InshaAllah makin kau bersyukur dengan nikmat yang Dia beri, makin bertambah-tambah rezki kau.



Kau = Diri aku sendiri.
Aku harap diri aku paham dengan benda ni.
Jangan duk paham tapi tak apply dalam hidup.

Dah-dah nak try jadi orang lain, kau jadi diri kau sendiri je k.