Tuesday 5 July 2016

Alone.

Menunggu keseorangan di hentian bas. Aku suka momen ini. Momen di mana aku hanya keseorangan, mata hanya ligat memandang kerenah orang sekeliling dan aku dapat melayani perasaan yang bermain di minda aku dengan tenang.

Bas tiba.
Aku menaiki bas untuk ke suatu tempat yang ingin dituju buat pertama kali dalam hidup.
Walau hati agak risau dan takut ; mungkin aku tersesat nanti, tapi aku positifkan diri bahawa aku dapat survive untuk travel seorang diri.



Aku masih belum bosan hidup berseorangan dan aku bahagia keseorangan.

Monday 4 July 2016

DIA YANG SALAH!


Lumrah manusia. Bukannya semua orang perfect.
At least, kita usaha untuk jadi perfect walau hakikat sebenar tak perfect. At least usaha okay?
Kita miliki pelbagai sikap buruk. Asyik pandang keburukan orang lain, bila pandang diri sendiri sebenarnya diri lebih buruk! Yep, memang pun. Kena muhasabah diri tiap hari. *mengeluh sebab kena macam-macam musibah yang nampak sangat diri yang teruk*

Salah satu sikap buruk yang sering ulangi ialah.. “Kita rasa orang lain yang salah”
Asyik-asyik dia yang salah.
Salah kita? Tak! Dia yang salah!

“Ni si A la ni punya kerja..”
“Larr..mana la saya tau..si B patut bagitahu saya kena buat itu ini..” (walau hakikat sebenar tu kerja kita kena tahu dan siapkan semuanya)
“Eh, si C ni! Kalau bukan dia yang buat kerja ni, semuanya tak jadi macam ni..”

Itu yang aku alami.
Aku asyik salahkan orang lain. Kejap-kejap si A salah. Kejap-kejap si B pulak.
Apa-apa silap aku, mesti aku akan fikir sebenarnya kesalahan itu berpunca dari si A atau B atau C!
Hinggalah satu hari, aku yang asyik salahkan orang lain untuk apa-apa kesalahan..last-last aku terkena atas muka sendiri! Itu memang salah aku! Ouchhh!!

Itu mujur orang lain tak realize yang aku kutuk-kutuk dalam hati salahkan orang lain. Alhamdulillah, mujur Allah sedarkan aku dalam diam. Bayangkan jika aku marah orang lain depan-depan, at last “bertempek” atas muka sendiri yang sebenarnya semua kesalahan tu berpunca dari aku. Punyalah malu. Ini pun, aku malu terhadap diri sendiri, betapa “stupid-nya” aku yang asyik tuding jari pada orang lain.

Bermula dari hari tu, aku mula berjaga-jaga untuk salahkan orang lain hingga satu masa, aku pulak yang salahkan diri sendiri walau tu memang salah orang lain. Eheh, terover pulak. Nama pun manusia dan aku memang tak perfect, ada kalanya akan ulang kesalahan yang sama tapi kita kena selalu beringat dan berjaga-jaga agar perangai buruk tu tak beri efek kepada orang lain. Ber-istighfar bila perangai buruk tu mula hadir dalam diri.

Bila kita mula lihat orang lain salah, apa kata kita..
i.                     Cuba berterus terang. Compare kesalahan atau konflik yang timbul. Adakah silap itu berpuca dari diri kita atau dari pihak yang lain? Saling menegur secara “personal” dan tidak menghebohkan kesalahan itu kepada orang lain.
ii.                   Jangan guna orang tengah. Orang tengah tak boleh dipercayai. Ye la, si A suruh orang tengah sampaikan mesej kepada si B..last-last orang tengah inform benda yang salah (sebab terlupa). Last-last orang tengah turut terjebak dalam konflik tersebut. Makin teruk la kan! Kenapa tak terus direct je si A dengan si B tu! Banyak platform boleh guna, hantar mesej, call dan macam-macam lagi lah! Lepas tu, saling menuduh diorang salah dan orang tengah pulak yang terkebil-kebil dipersalahkan juga.
iii.                  Bila tu kerja kita, jangan salahkan orang lain yang silap buat kerja kita. Pandai-pandailah kita tengok balik semua benda tu. Dah terang-terangan tu kerja kita, kalau ada apa-apa kesalahan, kita baikilah benda tu. Jangan pula, lepas tangan suruh orang lain buat kerja kita, lepas tu mula la tuding jari yang mengatakan individu lain buat salah padahal tu kerja kita. (ayat berbelit, pandai-pandailah korang paham ye eheh)
iv.                 Macam-macam contoh lagi tapi dah penat menaip. Eheh.

Sampai bila kita nak salahkan orang lain? Jika itu benar-benar kesilapan mereka sekalipun, kenapa kita tak usaha betulkan semua tu dengan cara menegur dan bukannya terus menerus menuding jari bahawa mereka salah?

Sebab itulah jika kita berbuat salah, perkara pertama yang kita perlu fikir..”aku ke buat salah ni?”
Kalau bukan silap kita, kita pergi tegur orang yang melakukan kesilapan tersebut atau kita usaha untuk memperbaiki kesilapan untuk kebaikan masa akan datang juga.

Buat silap. Tuding jari pada orang lain. Buat silap lagi. Tuding jari lagi..
Sampai bila benda ni nak berulang?
So, kalau diri kita buat salah, kita usaha untuk perbaiki kesilapan tersebut.
Kalau orang lain buat salah, kita kena tegur secara personal agar dia turut sedar dan perbaiki kesalahan diri dia.


Sama-sama usaha untuk jadi insan yang terbaik. InshaAllah!

Sunday 3 July 2016

LABUR DAN UNTUNG


Ke bazar ramadhan menemani sahabat untuk edarkan flyer marketing beliau. Bak kata orang, “Tabik spring-lah!”, sahabat aku memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat hasil sale yang banyak. Walau tak terlalu banyak sangat pun, dapat “income” yang masyuk every week dah bersyukur sangat-sangat.

Selepas siap edarkan flyer di kereta-kereta yang “parking” di kawasan bazar tersebut, aku dan beliau meneruskan niat kami yang lain, membeli makanan untuk berbuka puasa nanti. Habis pusing seluruh bazar, kami mula berjalan keluar dari khemah-khemah tempat orang menjual.

“Derma untuk kemboja”, suara gadis dan jejaka yang mungkin masih  menuntut di IPT tersenyum kepada kami berdua. Mereka tersenyum sambil memegang sebuah tabung dan di “vest” mereka tertulis perkataan, “Volunteer”.
Aku mengeluarkan duit yang nilainya kecil tapi bagi aku, wang tersebut sudah cukup bernilai buat mereka berdua.

“Terima kasih”, mereka masih memberi senyuman kepada aku. Aku yang hingga kini berasa agak bersalah kerana secara spontannya membalas senyuman hambar kepada mereka berdua. Mungkin waktu tersebut aku agak kepenatan selepas pulang dari kerja dan terus bergegas ke bazar ramadhan untuk edarkan flyer tersebut.

Teringat waktu aku masih menuntut di IPT. Walau hingga kini aku masih belum memegang segulung ijazah kerana berhenti belajar di pertengahan jalan (inshaAllah, buat sementara waktu), bagi aku momen-momen belajar di IPT memang suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Pengalaman “volunteer” bagi suatu aktiviti merupakan salah satu perkara yang student university paling minati. Menjadi sukarelawan merupakan suatu kepuasan diri ; kita adakan event, tolong orang dalam kesusahan dan eratkan ukhuwah sesama sahabat ketika jayakan aktiviti, di pengakhiran event tersebut meninggalkan kesan yang mendalam buat diri kita.

Join aktiviti volunteer, mengadakan event dan tolong orang dalam kesusahan? Duit poket para sukarelawan bukannya selalu penuh untuk sentiasa menghulur bantuan bagi menjayakan aktiviti tersebut. Para sukarelawan bukannya dari kalangan orang yang kaya raya. Jadi, mereka memerlukan sokongan orang lain untuk memberi sumbangan bagi menjayakan event tersebut. Hulurkan derma, mereka jayakan aktiviti sukarelawan dan kita sama-sama share pahala. Senang kan? Ibarat kita share profit-lah!

Aku juga pernah memiliki pengalaman seperti mereka, memegang tabung sambil tersenyum di khalayak ramai dan mengulang perkataan, “Derma” atau “Donation”, etc, etc. Pelbagai individu yang aku dapat lihat. Ada yang tak endah ibarat kami orang halimunan, ada yang hanya sekadar memandang kosong, ada yang terus hulurkan derma ke dalam tabung atau ada yang mencari-cari duit yang nilai paling besar untuk diberikan kepada kami. Bila aku pandang para sukarelawan, secara automatic aku dapat rasakan bagaimana perasaan mereka apabila memegang tabung derma tersebut. Itu juga salah satu sebab aku ringankan tangan hulurkan duit kepada mereka ; aku dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka jika orang ringankan tangan memberi sumbangan walau dengan nilai RM1 pun! Rasa bersyukur sangat bila orang support hasil kerja kita untuk sama-sama menjayakan event atau memberi sumbangan untuk menolong orang lain dalam kesusahan.

Oh ye, aku juga ada salah satu mindset, “Masa bulan puasa, ada je nak mintak derma dan derma tu pergi mana?”. Ni lah mindset yang merosakan hati. Kalau bukan diorang yang tercegat pegang tabung tu, bila lagi kita nak ringankan tangan hulurkan sedekah?

Berbalik kepada kisah asal, derma tabung kemboja di bazar ramadhan. Aku dan sahabat berjalan-jalan melalui gerai-gerai di bazar ramadhan buat kali kedua dan kami face-to-face dengan dua orang sukarelawan tadi (juga) buat kali kedua. Kali ini, kelihatan gadis sukarelawan tadi terduduk di atas batu jalan sambil wajahnya kelihatan berkerut. Mungkin kepenatan dan kepanasan. Betapa besarnya pahala beliau, berpenat di bulan ramadhan untuk mendapatkan sumbangan rakyat di kemboja.

Lepas ni, bila lihat orang berdiri sambil memegang tabung untuk apa-apa sumbangan, ringan-ringankan-lah tangan untuk memberi sedekah kepada mereka. Walau kita lihat mereka hanya berdiri, sambil memegang tabung dan hanya tersenyum itu seakan-akan perkara biasa sahaja tapi hakikat sebenar kerja-kerja amal itu amat penat! Penat dari segi bertemu dengan pelbagai kerenah individu sekeliling, berpanasan, penat tersenyum sambil mengucap kata-kata terima kasih dan pelbagai lagi.

Bersedekah tu bukan sekadar memberi sahaja.
Sedekah itu ibarat kita melaburkan modal bagi mendapat keuntungan ; jika bukan keuntungan didunia, inshaAllah di akhirat kelak!


**Senyum**