Saturday 7 December 2013

Bukan sekadar gambar

Facebook. Twitter. Instagram. Apa lagi ye?
Gambar bukan sekadar gambar.
Bukan hanya gambar yang mementingkan aurat kita sahaja.
Malah aurat rakan yang bersama-sama kita dalam satu gambar.
Kita upload dan kita tayang pada seluruh laman sosial.
Memapar aurat sahabat-sahabat kita.
Bukankah itu pun satu kesalahan besar dipadangan Maha Esa?
Mengambil gambar seseorang.
Upload di laman sosial
Aurat tidak “fully” ditutup
Kita tanpa fikir panjang, hanya memikirkan harga gambar itu sahaja
Tanpa memikirkan harga diri orang lain
Gambar yang dilihat cantik dimata awam
Tapi aurat yang yang dilihat orang lain, disebar
WaAllahualam
Apa yang terjadi selepas ini ye?

“Berfikirlah sebelum upload, demi orang yang tersayang”

Eheh. Tagline yang baharu, zaman canggih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat kejadian beberapa tahun yang lalu. Ketika tahun 2010 di mana era facebook mula hangat di kalangan remaja seluruh Malaysia. Ketika itu juga peratusan pengguna facebook meng-upload gambar tidak sehangat sekarang. Mungkin juga ketika itu tidak terlalu ramai mengguna gadget-gadget mahal yang memiliki kamera 3G seperti sekarang. Mungkin juga dahulu application android untuk mencantikkan gambar dan wajah masih belum wujud lagi. Eheh.

Sejujurnya, saya merupakan salah seorang penggiat mengupload gambar-gambar selfie menggunakan kamera digital dan juga giat mengupload gambar-gambar aktiviti yang saya sering lakukan setiap hari. Bercakap soal gambar selfie itu, walaupun addicted untuk mengupload segala gambar tetapi aurat tetap terjaga. (Ini wajib okeh!)

Dalam kehanyutan dunia maya ini, Allah telah menghantar seorang insan untuk menegur perbuatan saya. Ketika itu, saya mendapat mesej seorang insan yang dikenali melalui alam maya. Insan ini juga merupakan sahabat kepada rakan sekolah rendah saya. Ini merupakan mesej daripadanya. Umpama ada anak panah menusuk kedalam hati. Pedih. Sakit. Sukar untuk mentafsir perasaan tersebut hadir dalam diri.*Sentap*


Sambungan untuk mesej tersebut, dia juga memberi "keratan" artikel blog kepada saya. Bukti segala tegurannya terhadap saya. Siapa yang tidak malu jika teguran itu daripada lelaki directly kepada insan yang bergelar wanita ini?

sebagai penerangan,..
HUKUM PAPAR GAMBAR DALAM FACEBOOK...
Bismillahirrahmanirrahim...
(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”
Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.


(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)


(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”
Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.


(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)


(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelitaTelah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannyaMereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdayaSedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya


Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.
Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.
Wallahu’alam..-Al Azhar Addin
sma2 lah kita muhasabah,...
karya asal:Siti Halija Muhammad Bakri"

Jika dilihat dari segi teknologi pada masa sekarang, kita senang sahaja terjebak dalam fitnah.

Bergambar dengan lelaki ajnabi.
Gambar dipergunakan sebagai medium fitnah menggunakan perisian photoshop untuk sebar segala perkara yang tidak benar.
Gambar yang membuatkan lelaki tertarik terhadap diri kita.

Wanita ini fitnah. Lelaki pula perlu menundukkan pandangannya. Jika kita sebagai wanita sering meng-upload gambar di laman sosial, bagaimana mereka ingin menundukkan pandangan mereka? *mengeluh*
Bahkan saya sendiri sebagai seorang wanita juga gemar melihat gambar-gambar muslimah yang cantik. Aktiviti yang "buang tabiat" eheh. Secara umumnya, hati saya sering mendesis dan memuji..yaAllah cantiknya.. Jika wanita pun memuji kecantikkan dan pandangannya tidak luntur terhadap muslimah cantik itu, bagaimana pula dengan kaum adam? *Mengeluh lagi*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini hanyalah pandangan dari insan yang kerdil.
Tidak salah mengupload gambar di laman sosial.
Tidak.
Tapi.
Dalam puluhan ribu, juta, billion gambar
Pilihlah gambar yang tidak menimbulkan fitnah
Menutup aurat sepenuhnya
Posing yang tidak mengghairah dan sopan santunnya terjaga

In sha Allah, soalan ini akan ditanya kepada beberapa insan yang berpelajaran tinggi dalam soal agama.

(To be continue...)



P/s : apabila membaca mesej hamba Allah tersebut, hati terasa bersalah. Gambar yang menonjolkan wajah di-deletekan secara serta merta. Itulah manusia. Kadangkala lupa. Jika lupa, cepat-cepatkanlah mencari sumber bacaan agama, rakan yang sering berkata-kata agama dan bahan hiburan agama supaya kita tidak lalai kepadaNya. In sha Allah :)

Thursday 29 August 2013

August 2013

Alhamdulillah, malam ini masa agak "terluang". Tiada homework. Tapi "hanya" ditemani dengan extended essay, IA ITGS, dan latihan untuk preparation IELTS.

Masa yang terluang ini, memberi sedikit masa untuk mengimbas kembali masa lalu, kadangkala tersenyum sendirian. Merenung keseorangan, merenung ke luar jendela bilik dalam kepenatan yang ditanggung selama hampir dua minggu ini.

Teringat kejadian yang terjadi beberapa hari yang lepas. Amat banyak. Tidak terkira. Setiap hari, pasti terjadi pelbagai perkara yang membuatkan minda ini terus menerus berfikir cara untuk menangani segala perkara itu.

Ada juga perkara yang membuatkan diri ini terus berasa bersyukur walau dalam kepenatan, Allah memberi satu anugerah yang tidak ternilai. Anugerah persahabatan, kasih sayang dan kebahagiaan yang dirasai setiap hari. Kepenatan itu amat-amat berbaloi.

#ZooNegara #MegaProject #Volunteer #Love

#TadikaClub #Children #Love #Raya

Dalam menjalani hari-hari yang penat dan membahagiakan, kadangkala hati juga menanggung sesuatu yang membuatkan diri ini sering berada dalam dilema. Mungkin juga perkara ini merupakan perkara yang biasa dihadapi oleh setiap pelajar. In sha Allah, apa jua rintangan yang dihadapi, Allah akan memberi jalan yang terbaik buat hambanya. Yang pasti, tetapkan Allah dalam hati dan ingatlah bahawa, apa jua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Dalam menjalani hari-hari yang amat memenatkan fizikal dan minda juga, kita tidak sedar bahawa ada segelintir sahabat yang menanggung perkara yang lebih memenatkan berbanding dengan diri kita. Mungkin juga kita sedar tapi kita hanya sekadar "menutup mata", tanpa menghiraukan mereka? WaAllahulam. Ingatlah bahawa, mukmin yang menolong sesama mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah dengan syarat, menolong sesama kita kerana Allah SWT. *Senyum*

YaAllah, tetapkan dalam hati ku dan sahabat-sahabatku untuk menuntut ilmu keranamu YaAllah. Tetapkanlah hati kami, melakukan segala perkara dengan niat untuk mendapat keredhaanmu yaAllah. Tetapkanlah hati kami, walau menerima apa jua rintangan di dunia ini, kami menerimanya dengan redha. Tetapkanlah hati ini, supaya terus berjihad untuk bekalan ilmu di dunia bagi menyelamatkan umat islam (in sha Allah) dan juga bekalan di akhirat kelak. Semoga jihad ini berterusan hingga surga. In sha Allah. :)

Wednesday 7 August 2013

Encik Ramadhan, adakah kita akan berjumpa lagi?


Beberapa saat dan minit.Akan berakhir bulan mulia pada tahun ini.
Walau pada tahun hadapan kedatangannya akan hadir lagi, tapi..
Adakah kita pasti akan berjumpanNya lagi?

Imbas kembali waktu kecil dahulu.
Waktu kecil, pada bulan Ramadhan.
Ketika itu masih lagi menuntut pelajaran di sekolah rendah
Ketika itu juga berada di alam yang penuh dengan kegembiraan sepanjang masa
Ah. Ramadhan. Mindset ketika itu, Ramadhan merupakan bulan yang penat
Dahaga. Lapar.
Kenapa kita perlu berpuasa?
Bertalu-talu soalan itu ditanya pada diri sendiri.
Ibu, ayah, kakak, abang, ustaz, ustazah hanya mengatakan benda yang sama
Kita perlu berpuasa kerana Allah yang suruh
Kalau tak puasa, kita akan berdosa
Akan masuk neraka
Gulp.
Teruskan berpuasa
Teruskan...jika tidak, akan dimarahi oleh family, cikgu, ustaz, ustazah

Seterusnya, kaki menjejak ke alam sekolah menengah
Ketika itu heboh mengatakan benda baru
Jika kita tak sempat habis ganti puasa untuk tahun lepas..
Tak usah bayar fidyah
cuma guna cara ni je...
ganti puasa untuk satu hari, persamaan dua hari
Kalau tak sempat jugak tahun ni, kena gandakan tahun depan
Oh. Ok. ada sistem baru rupanya.
Diri ni umpama tunggul kayu, hanya menurut kata rakan sekeliling
tanpa mengetahui hukum asal, betul atau tak
Ketika itu juga, diri cuma berpuasa
teruskan berpuasa.
Melihat orang sekeliling buat, diri hanya mengikut apa yang orang lain buat
Tadarus. Qiam. Khatam Al-quran.
Lebih-lebih lagi, jika Khatam 30juzuk akan diberikan hadiah oleh cikgu.
Woaahh!! Lumayan!
Waktu itu, bertungkus lumus untuk habiskan 30juz al-quran
Niat? Ikhlas atau tak, semua itu diketepikan
Habiskan 30juzuk itu yang penting!

Selang dua tahun, dari sekolah menengah agama, berpindah ke sekolah biasa
Sekolah harian biasa yang berdekatan dengan rumah
Kenapa pindah? Uhuk.
Sebabnya hanya simple. Homesick.
Eheh. Kisah lama usah diungkitkan.
Berada di sekolah harian biasa, lain pula cerita.
Semangat untuk khatam al-quran itu sudah tiada.
Semangat untuk qiam sememangnya terkubur.
Hanya lakukan solat fardhu dan membaca al-quran ala kadar.
Ramadhan hanya sekadar ramadhan
Mungkin menjadi hamba kepada Ramadhan.

Tapi kini, sudah mula dengan satu peningkatan.
Walaupun hanya sedikit peningkatan, tapi itu merupakan salah satu step untuk terus maju kehadapan
Peningkatannya adalah...memahami erti sebenar Ramadhan.

Soalan yang ditanya ketika waktu kecil dahulu sudah pun terjawab.
Kenapa perlu berpuasa?

.     .     .     .

Bulan ramadhan.
Bulan untuk mentarbiahkan kita.
Ibarat kita sedang giat training dan mempersiapkan diri untuk sebuah pertandingan.
Dan selepas sebulan training itu, kita akan bertanding, siapa menang dan kalah.
Oh! bertanding dengan siapa?
Bertanding dengan diri sendiri.
Antara iman dan nafsu.
Jika kita sudah terbiasa dengan latihan selama sebulan
Latihannya adalah...
Membaca al-quran, berzikir setiap masa, selalu mendirikan solat sunat, mengingati Allah 24jam
Sudah pasti kita akan terbiasa dengan semua itu
dan kita akan lakukannya selepas bulan Ramadhan
Jika itu yang kita dapat dan kita istiqamah selepas Ramadhan?
Sudah pasti iman kita yang akan menang! Iman akan sukar untuk kalah dengan nafsu.
Wah!
*mata berkaca-kaca*

Kenapa Allah menggandakan pahala ketika Ramadhan?
Itulah salah satu cara untuk Allah tarbiahkan hambanya
Hambanya akan mengejar pahala
Lama-kelamaan, jika sudah berjaya "menangkap" pahala
sudah pasti untuk next level, hambanya akan mula untuk mengejar sesuatu yang lebih bernilai daripada pahala!
Oh apakah itu?
Ianya adalah....
Mengejar untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Osem kan?
Keredhaan Allah itu amat jarang dikejar oleh hambanya.
kenapa?
Kerana kebanyakkanya dalam kalangan kita hanya mengejar pahala semata-mata.
Kenapa pahala?
Kerana kita ingin syurga! Kita ingin bersenang lenang selepas kehidupan dunia ini.
Oh!

Pernah tak terfikir..kita ingin syurga kerana kita ingin berjumpa dengan yang Maha Agung?
Jadi, itulah yang perlu kita kejar..mendapat pahala juga keredhaan Allah.

So, tepuk dada tanya iman.
Kita kejar pahala semata-mata atau keredhaan Allah?
Tidak salah megejar pahala, tapi jika kita melangkah untuk next level, mengejar keredhaan Allah itu lagi osem kan?

Usah bersedih kerana Ramadhan sudah pergi.
Untuk bulan-bulan yang seterusnya, persiapkan diri untuk kedatangan Ramadhan
Hati yang kotor, berusahalah untuk membersihkannya
Agar ketibaan Ramadhan nanti, hati yang bersih itu bukan sekadar bersih
Supaya ketibaan Ramadhan seterusnya
Hati itu akan bertambah bersih lagi bersinar, menyinari alam!
*Mata berkaca-kaca lagi*

Encik ramadhan...adakah kita akan berjumpa lagi?
Kerna diri ini mahu memastikan....
untuk kedatangan Ramadhan seterusnya, diri ini akan bersiap sedia kehadirannya dengan hati yang bersih. (AZAM! IN SHA ALLAH!)

Oh ya, encik Ramadhan...adakah saya akan kalah atau menang untuk pertandingan yang bakal tiba ini?
*Sigh*

Monday 5 August 2013

Iman perisa madu (I)



Alhamdulillah. Semakin hari semakin bertambah "sesuatu" yang dipelajari dalam hidup ini. Banyak situasi yang membuatkan "mata" ini dibuka dengan luas dan dapat melihat sesuatu secara zahir dan batinnya. Jika bukan kerana Allah mengizinkan untuk mendapat "pelajaran" ini, mungkin "mata" ini masih belum dapat dibuka sepenuhnya, mungkin juga akan terus kabur atau buta sepanjang masa? Wallahualam.

Siyesli! Sejak berada di Kolej Mara Banting, "mata" ini semakin bertambah hilang kaburnya, makin bertambah clear pandangannya. Thanks Allah. Dengan environment yang amat-amat islamik ini, membuatkan hati yang dah lama tak digilap, sudah mula kelihatan sinarnya. In Sha Allah, semoga sinar ini akan bertambah kerdipannya nanti :)

Diri ini sering dihadiri penyakit yang amat kronik. Penawarnya amat senang dicari tapi kenapa diri ini amat sukar diubati? Err..? Penyakit hati semakin hari, semakin bertambah buruk.

Alhamdulillah..kadangkala, jika mula "tumbuh" tompokan hitam di hati, cepat-cepat cari penawar untuk hilangkan tompokan itu.

Tapi..kadangkala, jika tidak perasan dan lalai akan mula "tumbuhnya" tompokan di hati, makin lama tompokan itu makin bertambah dan menular di bahagian hati yang lain!

Astaghfirullah!

Ketika itu penyakit hati akan bertambah kronik

Bagaimana nak menyembuhkan penyakit ini?

Untuk menyembuhnya amat senang dan amat cepat.

Cara untuk menyembuhnya adalah..
mencari penawar yang bernama TAUBAT NASUHA.

Tapi...hanya hamba-hamba Allah tertentu sahaja yang berjaya dalam suntikan penawar TAUBAT NASUHA ini

kerana jika lalai ketika proses "suntikan" itu berlaku, kemungkinan besar penyakit itu tidak akan sembuh.

Jadi, jika suntikan dengan penawar "TAUBAT NASUHA" ini belum berjaya sepenuhnya..

"suntik"lah berkali-kali

Agar suntikan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam buat diri kita

dan kita juga tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu lagi

Wallahualam.

*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *

Sejak akhir-akhir ini hubungan dengan sahabat-sahabat lain makin akrab. Hubungan akrab itulah membuatkan kami saling meluah antara satu sama lain. Alhamdulillah, itulah bukti persahabatan kami kian utuh dan kian mekar. Kami saling percaya satu sama lain dan kami saling berkongsi suka dan duka diantara kami.

Ingin berkongsi kisah seorang sahabat yang datang dan bertanya sesuatu kepada saya. Pada mulanya, sukar untuk memberi jawapan yang terbaik untuk dia kerana diri ini pun memiliki masalah sama. (Ketika itu, tarik nafas panjang-panjang dan fikir jawapan yang terbaik dengan tenang) In sha Allah, jika kita mahu menasihati atau memberi tips-tips islamik kepada mereka dengan niat kerana Allah, secara automatiknya bibir kita akan menyampaikan sesuatu perkara dengan baik dan lancar.

Sahabat saya itu mendekati saya dan menceritakan suatu kejadian yang baru terjadi terhadap diri dia.

"Diyana, saya sedang merindui sesuatu. Rindu sangat-sangat. Saya ingin mengalami situasi itu semula..entah, situasi itu membuatkan saya rasa amat-amat...hurm, sukar untuk diungkap dengan kata-kata"

Errr? Pada mulanya saya tak pasti apa yang dia katakan itu. Kedengaran amat aneh apa yang dia cuba sampaikan itu.

"Saya baru sahaja rasai situasi tu sebentar tadi. Saya mahu rasainya semula tapi...entah kenapa, dah tak dapat"

Kelihatan matanya seperti seakan-akan bersinar, mahu mengalir air mata barangkali. Sahabat saya ini baru sahaja pulang dari kem Amal Islami, saya juga tak pasti kenapa dia tiba-tiba berubah sikapnya dengan kata-kata yang diucapkan amat aneh sekali.

Saya mula bertanyakannya, "Emm..apa maksud awak? Awak rindu siapa? Situasi apa tu? Awak rindu saat-saat bersama sahabat awak ke?"

Soalan saya sememangnya melencong apa yang dia maksudkan itu.

Sahabat saya menggeleng kepala.

"Tak...itu bukan mengenai manusia. Hurm.."

Mata saya mula berkelip-kelip kehairanan. Jika bukan manusia, habis tu apa?

Sahabat saya mula mengatur ucapannya.

"Sebenarnya, saya baru sahaja rasai sesuatu yang...amat-amat tenang, amat-amat sukar nak diucapkan kerana ianya mengenai Allah. Perasaan itu membuatkan saya rasa bahagia, amat bahagia sekali. Saya hanya rasai untuk beberapa saat sahaja dan sekarang, perasaan itu hilang. Saya mahu rasainya semula, tapi...tak dapat. Saya sudah membaca ayat-ayat al-quran, berzikir tapi...entah, perasaan yang saya rasai itu sudah tiada, saya rasa kosong sekarang. Diyana, macam mana ye, nak rasai semula apa yang saya cakapkan tadi?"

Ketika itu barulah saya faham. Dia mula rasai kemanisan iman ini, walaupun dia merasainya untuk beberapa saat.

SubhanaAllah, amat-amat manis kan? Sehingga dia tercari-cari semula "nikmat" keimanan ini yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata, kerna bila hati hanya pada Allah, kita akan rasa tenang dan bahagia!

*      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *  

Ini merupakan perkara-perkara yang saya kongsikan untuk sahabat saya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan buat kita semua.

Manusia sememangnya dicipta oleh Allah SWT dengan sifatnya yang mudah lupa, jadi..sebagai saudara sesama muslim, kita perlulah saling mengingati antara satu sama lain. In sha Allah. :)

.     .     .     .     .     .    

Bagaimana kita ingin perolehi kemanisan iman itu?

Jawapannya agak cliche dan mungkin juga kita sudah lama mengetahuinya

.     .     .     .     .     .

Perbualan antara kami masih diteruskan. Sahabat saya begitu bersemangat untuk peroleh jawapan daripada saya. Jawapan tentang bagaimana untuk perolehi semula ketenangan yang dia rasai tadi.

"Awak, saya pun agak sukar untuk mendapat perkara yang awak cakapkan tadi..saya pun seperti awak. Saya juga masih tercari-cari.."

"Apa maksud awak?", sahabat saya mula kehairanan.

Bibir ini hanya tersenyum dan meneruskan kata-kata yang lain.

"Awak, apa yang penting..teruskan istiqamah untuk beribadah kepadaNya."

Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Sahabat saya masih lagi belum mengerti.

"Awak...ingat tak kisah Rasulullah S.A.W. Rasulullah tak pernah penat mengerjakan ibadah. Walaupun Allah sudah menjanjikan syurga buat Rasulullah, tapi...Rasulullah tak pernah mengenal erti penat. Rasulullah mengerjakan solat dan hanya dengan satu rakaat baginda berdiri selama berjam-jam sehingga kakinya bengkak. Kita pernah wonder tak, kenapa Rasulullah mengerjakan ibadah dengan begitu sekali?"

Sahabat saya hanya mendiamkan diri dan menggelengkan kepalanya.

"Cuba kita bayangkan perkara yang kita amat gemar melakukannya setiap hari. Erm..jika saya, saya terlalu gemarkan photography. Berada di bawah panas terik sambil mengambil gambar berjam-jam, saya tak rasai langsung kepenatannya."

Sahabat saya hanya tersengih.

"Err.. Diyana, apa kaitan photography dengan kisah Rasulullah tadi?

"Ada kaitannya." Sambil tersenyum

Bersambung.

Saturday 3 August 2013

YaAllah, kirimkan doa ini buat saudara di sana.

Alhamdulillah, sudah pulang ke syurga terchenta, syurga yang dipenuhi insan yang tersayang.
Kepulangan ini disambut oleh ahli keluarga, kegembiraan terpancar di wajah masing-masing
Sudah hampir dua bulan kaki ini tidak menjejak kaki ke rumah ini
Alhamdulillah. Selamat tiba.

Di pagi hari, Zharif, adik bongsu kesayanganku, sudah mula tonjolkan sifat manja
Dia duduk bersebelahan dengan akaknya berjam-jam
Asyik berbisik di telinga akaknya, "Akak, nanti beli mainan untuk Zharif"
Diri ini memandang wajahnya, terpancar senyuman yang ikhlas dari hati untuk kakaknya
Senyuman itu...dan,
Wajah yang gebu, comel dan suci itu membuatkan hati ini bertambah rasa sayang terhadapnya
Dikucup dahi dan pipinya
Kadangkala diri ini memeluk tubuhnya yang montel itu dengan penuh kasih sayang
Dia sudah pun berumur 6 tahun
Tunggu beberapa tahun lagi, layanan manja ini akan makin berkurang
Makin membesar, mungkin sifat manjanya akan kurang
Kemachoaan pula akan bertambah. Heh.

Duduk di sofa bersamanya. Berfacebooking sebentar.
Tiba-tiba mata tertarik dengan satu video yang di-share oleh page Maher Zain.
Muzik video terbaru Maher Zain,
Lagunya yang terbaru "Love will Prevail"
 Sebuah lagu untuk syria.
Tiba-tiba diri ini terkenang nasib saudara kita disana.
Apa khabarnya ya?
Sudah lama tidak mendengar berita.
Bagaimana ramadhan mereka?
Bagaimana makan minum mereka?
Adakah mereka tidur dengan lena?
Semoga mereka beribadah dengan tenang.
in sha Allah.

Teringat nasib kanak-kanak dan wanita di sana.
YaAllah...
Teringat gambar kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam
Teringat video seorang ibu yang dicederakan dengan teruk, ibu itu sudah nazak, tangannya terketar-ketar, jarinya menunjuk ke arah jenazah anak-anaknya..
Anak-anaknya itu dibunuh dengan kejam oleh puak syiah
Dibunuh dengan kejam sekali!
Bayangkan seorang ibu melihat anak-anak kesayangan mereka dibunuh dengan kejam.
Sanggupkah kita?
Bayangkan kita berada di tempat ibu yang diberi ujian oleh Allah S.W.T itu
Adakah kita hadapi dengan tenang?

Diri ini memandang wajah Zharif
Melihat wajahnya dengan perasaan sayang yang teramat sangat
Membayangkan wajah yang suci ini...
Membayangkan Zharif seperti anak-anak kecil di syria sana
YaAllah.
Tak sanggup, sememangnya tak sanggup.
Tak sanggup melihat anak-anak kecil dibunuh dengan kejam.
Siapa sanggup melihat insan tersayang dibunuh dengan kejam sekali
Sanggupkah kita??


Teringat mimpi yang lalu.
Mimpi yang membuat hati ini bertambah pedih..

Dalam mimpi itu...
Diri ini baru pulang ke rumah
Hati gembira untuk pulang ke rumah, siapa yang tidak gembira kan?
Hati tidak sabar untuk melihat wajah ibu ayah, akak, abang dan adik-adik
Sesudah sampai di rumah
Keadaan rumah...kelihatan amat lain.
Muram. Sunyi. Lusuh.
Diri ini melangkah masuk ke rumah dengan perasaan yang berdebar-debar
Kaki mula melangkah dengan laju..
Mencari-cari ahli keluarga..
Dan,
Alangkah terkejut
Melihat wajah ibu..
Ibu yang paling disayangi.
Ibu kita..insan yang kita tidak dapat hidup tanpanya..
Dilihat wajahnya, berlumuran darah
Lantas aku melutut,
Terkejut.
Terkejut dengan keadaannya yang amat teruk
Tubuhku bergetar dan kaku
Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan..
Wajahnya cedera, cedera yang amat-amat teruk
Matanya penuh dengan air mata dan keadaan wajahnya..
Tidak sanggup untuk berkongsi keadaannya..teramat teruk
Aku tertanya-tanya ahli keluarga di sekeliling aku..
"Kenapa? Apa yang terjadi?"
Aku menangis teresak-esak
Aku tidak sanggup melihat wajah insan tersayang penuh dengan kesan darah, calar
Aku bertanya orang sekelilingku..
"Apa yang terjadi??"
Semuanya hanya diam membisu
Aku tercari-cari adik kesayanganku
Zharif? Mana Zharif?
Insan yang paling aku sayangi,
Adik kesayangan yang semestinya akan menunggu kepulanganku di hadapan pintu
Tiap kali aku pulang, dia akan menunggu kepulanganku..
Tapi...kali ini dia tidak ada..
malah tidak menyahut seruan aku
Mana dia? YaAllah, air mata tidak henti mengalir waktu itu
Aku mencari-cari insan yang aku sayangi itu
Dimana tubuh kecil itu? Bagaimana keadaan dia? Allah...
Di satu sudut, aku terlihat pula wajah ayahku
Sedang bersujud dan bangun dari sujud
Bangun dan terus menadah tangannya,
Menadah tangan untuk berdoa..
YaAllah..
Air mata ini bertambah deras
Wajah ayahku,
Matanya,
Tubuh badannya,
Dipenuhi dengan darah, luka, calar..
Bibirnya tidak henti-henti meminta pertolongan daripada Allah..
Aku terdengar doa ayahku..
Doa yang penuh dengan khusyuk dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh
"YaAllah...selamatkanlah anak aku..YaAllah...selamatkanlah keluargaku.."
Doa itu diulang-ulang tanpa henti.
Nadanya amat bersungguh-sungguh.
Aku tidak tahu apa yang aku perlu lakukan..
Aku hanya berlari..
Aku berlari ke satu tempat
Dan...
Aku terlihat satu tubuh kecil
Tubuh kecil itu dikelilingi manusia.
Aku mendekati tubuh itu
Aku tidak sanggup lagi melihatnya
Keadaannya sudah nazak
Aku tidak tahu masih bernyawa ataupun tak
Aku hanya melihat dengan kaku
Tubuh kecil itu......yaAllah...
Dan..
Tiba-tiba aku tersedar.
Tersedar dengan suara sahabatku, mengejutkan diri ini untuk bersahur dengannya
Astaghfirullahalazim...
Ini hanyalah mimpi..
Ini mimpi.
Aku tidak sanggup untuk hadapi di alam nyata
Aku tidak mahu menghadapinya
Walaupun ianya hanyalah mimpi
Mimpi ini sering bermain-main di mindaku
Aku tahu ianya mainan mimpi
Hanya mimpi.

Nauzu billahi min zalik.

*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *

YaAllah
Ini hanyalah mimpi
Bukan betul-betul terjadi terhadap diri ini
Tapi..
Walaupun mimpi, diri ini sudah serik untuk mengalami mimpi yang sama lagi
Teramat-amat serik

SubhanaAllah..

Usahkan mimpi pun sudah serik, bayangkan jika kita hadapinya sendiri?

*Nanges laju-laju*

Syria.

Sama-samalah berdoa kepada mereka
Agar diberi kemudahan dalam kehidupan mereka
Semoga mereka akan hidup dengan keadaan yang tenang
Hidup mereka tenang mengingati Allah SWT
Semoga roh-roh para syuhada akan kekal aman dan bahagia di sana nanti
In sha Allah.