Wednesday 7 August 2013

Encik Ramadhan, adakah kita akan berjumpa lagi?


Beberapa saat dan minit.Akan berakhir bulan mulia pada tahun ini.
Walau pada tahun hadapan kedatangannya akan hadir lagi, tapi..
Adakah kita pasti akan berjumpanNya lagi?

Imbas kembali waktu kecil dahulu.
Waktu kecil, pada bulan Ramadhan.
Ketika itu masih lagi menuntut pelajaran di sekolah rendah
Ketika itu juga berada di alam yang penuh dengan kegembiraan sepanjang masa
Ah. Ramadhan. Mindset ketika itu, Ramadhan merupakan bulan yang penat
Dahaga. Lapar.
Kenapa kita perlu berpuasa?
Bertalu-talu soalan itu ditanya pada diri sendiri.
Ibu, ayah, kakak, abang, ustaz, ustazah hanya mengatakan benda yang sama
Kita perlu berpuasa kerana Allah yang suruh
Kalau tak puasa, kita akan berdosa
Akan masuk neraka
Gulp.
Teruskan berpuasa
Teruskan...jika tidak, akan dimarahi oleh family, cikgu, ustaz, ustazah

Seterusnya, kaki menjejak ke alam sekolah menengah
Ketika itu heboh mengatakan benda baru
Jika kita tak sempat habis ganti puasa untuk tahun lepas..
Tak usah bayar fidyah
cuma guna cara ni je...
ganti puasa untuk satu hari, persamaan dua hari
Kalau tak sempat jugak tahun ni, kena gandakan tahun depan
Oh. Ok. ada sistem baru rupanya.
Diri ni umpama tunggul kayu, hanya menurut kata rakan sekeliling
tanpa mengetahui hukum asal, betul atau tak
Ketika itu juga, diri cuma berpuasa
teruskan berpuasa.
Melihat orang sekeliling buat, diri hanya mengikut apa yang orang lain buat
Tadarus. Qiam. Khatam Al-quran.
Lebih-lebih lagi, jika Khatam 30juzuk akan diberikan hadiah oleh cikgu.
Woaahh!! Lumayan!
Waktu itu, bertungkus lumus untuk habiskan 30juz al-quran
Niat? Ikhlas atau tak, semua itu diketepikan
Habiskan 30juzuk itu yang penting!

Selang dua tahun, dari sekolah menengah agama, berpindah ke sekolah biasa
Sekolah harian biasa yang berdekatan dengan rumah
Kenapa pindah? Uhuk.
Sebabnya hanya simple. Homesick.
Eheh. Kisah lama usah diungkitkan.
Berada di sekolah harian biasa, lain pula cerita.
Semangat untuk khatam al-quran itu sudah tiada.
Semangat untuk qiam sememangnya terkubur.
Hanya lakukan solat fardhu dan membaca al-quran ala kadar.
Ramadhan hanya sekadar ramadhan
Mungkin menjadi hamba kepada Ramadhan.

Tapi kini, sudah mula dengan satu peningkatan.
Walaupun hanya sedikit peningkatan, tapi itu merupakan salah satu step untuk terus maju kehadapan
Peningkatannya adalah...memahami erti sebenar Ramadhan.

Soalan yang ditanya ketika waktu kecil dahulu sudah pun terjawab.
Kenapa perlu berpuasa?

.     .     .     .

Bulan ramadhan.
Bulan untuk mentarbiahkan kita.
Ibarat kita sedang giat training dan mempersiapkan diri untuk sebuah pertandingan.
Dan selepas sebulan training itu, kita akan bertanding, siapa menang dan kalah.
Oh! bertanding dengan siapa?
Bertanding dengan diri sendiri.
Antara iman dan nafsu.
Jika kita sudah terbiasa dengan latihan selama sebulan
Latihannya adalah...
Membaca al-quran, berzikir setiap masa, selalu mendirikan solat sunat, mengingati Allah 24jam
Sudah pasti kita akan terbiasa dengan semua itu
dan kita akan lakukannya selepas bulan Ramadhan
Jika itu yang kita dapat dan kita istiqamah selepas Ramadhan?
Sudah pasti iman kita yang akan menang! Iman akan sukar untuk kalah dengan nafsu.
Wah!
*mata berkaca-kaca*

Kenapa Allah menggandakan pahala ketika Ramadhan?
Itulah salah satu cara untuk Allah tarbiahkan hambanya
Hambanya akan mengejar pahala
Lama-kelamaan, jika sudah berjaya "menangkap" pahala
sudah pasti untuk next level, hambanya akan mula untuk mengejar sesuatu yang lebih bernilai daripada pahala!
Oh apakah itu?
Ianya adalah....
Mengejar untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Osem kan?
Keredhaan Allah itu amat jarang dikejar oleh hambanya.
kenapa?
Kerana kebanyakkanya dalam kalangan kita hanya mengejar pahala semata-mata.
Kenapa pahala?
Kerana kita ingin syurga! Kita ingin bersenang lenang selepas kehidupan dunia ini.
Oh!

Pernah tak terfikir..kita ingin syurga kerana kita ingin berjumpa dengan yang Maha Agung?
Jadi, itulah yang perlu kita kejar..mendapat pahala juga keredhaan Allah.

So, tepuk dada tanya iman.
Kita kejar pahala semata-mata atau keredhaan Allah?
Tidak salah megejar pahala, tapi jika kita melangkah untuk next level, mengejar keredhaan Allah itu lagi osem kan?

Usah bersedih kerana Ramadhan sudah pergi.
Untuk bulan-bulan yang seterusnya, persiapkan diri untuk kedatangan Ramadhan
Hati yang kotor, berusahalah untuk membersihkannya
Agar ketibaan Ramadhan nanti, hati yang bersih itu bukan sekadar bersih
Supaya ketibaan Ramadhan seterusnya
Hati itu akan bertambah bersih lagi bersinar, menyinari alam!
*Mata berkaca-kaca lagi*

Encik ramadhan...adakah kita akan berjumpa lagi?
Kerna diri ini mahu memastikan....
untuk kedatangan Ramadhan seterusnya, diri ini akan bersiap sedia kehadirannya dengan hati yang bersih. (AZAM! IN SHA ALLAH!)

Oh ya, encik Ramadhan...adakah saya akan kalah atau menang untuk pertandingan yang bakal tiba ini?
*Sigh*

No comments:

Post a Comment