Tuesday 29 January 2013

Dear veterinarian :3


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Monday 28 January 2013

Yup! Agree :D



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Sunday 27 January 2013

It's three years ago and...what do you think?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



I got this mail 3 years ago. Teguran daripada seorang sahabat. Seorang sahabat dari sekolah agama, sekolah Maahad, saya juga merupakan bekas pelajar sekolah agama, SMKA Naim Lilbanat. Tapi hanya berada di sana selama dua tahun dan kembali belajar di daerah kelahiran sendiri (Kerana masalah-masalah peribadi yang tertentu :)). Sahabat saya ini hanya sekadar kenal di alam maya. Dia juga seorang rakan terhadap seorang sahabat sekolah rendah saya.

 Apa pendapat anda tentang perkara ini? 
Alhamdulillah, terjumpa message ini di inbox facebook. Ada benar juga pendapatnya. Hurm...? Lain orang, lain pendapatnya. WaAllahualam. :)


Dan ditambah lagi :)

sebagai penerangan,..
HUKUM PAPAR GAMBAR DALAM FACEBOOK...
Bismillahirrahmanirrahim...
(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”
Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.

(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”
Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelitaTelah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannyaMereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdayaSedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.
Wallahu’alam..-Al Azhar Addin
sma2 lah kita muhasabah,...
karya asal:Siti Halija Muhammad Bakri



Saturday 26 January 2013

The Call Of My Heart



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Hari yang agak lapang. Lapang daripada segala masalah dan kerja-kerja yang perlu dilakukan di Kolej Matrikulasi Perak. Biasanya waktu begini aku akan sibuk dengan kelas tutor yang diadakan pada setiap petang. Tapi hari ini nampaknya lecture tidak hadir kerana dia perlu pulang ke kampung halaman di Johor. Urgent katanya. Mungkin disebabkan oleh ahli keluarga yang sakit atau masalah-masalah yang berkaitan dengan keluarganya. Aku hanya membuat anggaran sendiri mengenai masalah pensyarah matematik tersebut walaupun ia bukannya penting buatku.

Walaupun ketiadaan lecture, tetapi kerja-kerja latihan matematik tetap disediakan olehnya. Aku mengambil jalan mudah, pulang ke bilik tanpa melakukan latihan tersebut dengan segera walaupun rakan-rakan yang lain sudah melakukannya pada waktu ini. Aku melangkah dengan sepantas yang mungkin, untuk melabuhkan tubuh ini di atas tilam yang empuk. Masa inilah peluang untuk aku berehat dan menjauhkan diri dari dunia yang penuh rumit. Dunia yang perlu berfikiran kritikal, semata-mata untuk merebut pangkat, gelaran dan keputusan yang tinggi. Dunia yang penuh dengan cabaran dan segala-galanya agak sukar buatku.

Sesudah sampai di blok Cempaka, aku membuka langkah yang lebih pantas, mencari-cari bilik yang bernombor 102. Tombol pintu bilik 102 yang tidak terkunci itu dibuka dan akhirnya aku berada dalam dunia ku sendiri. Mungkin aku akan berehat dan tidur sehingga segala kepenatan ini akan hilang.

Ketika aku membaringkan diri dan bersedia untuk memejamkan mata, aku memandang sekeliling terlebih dahulu. Aku melihat sekeliling bilikku, melihat buku-buku yang berselerakkan di atas meja, keadaan bilikku tak ubah seperti dilanda ribut taufan. Fikiran aku mula bercelaru. Mungkin keadaan bilik itu memberi kesan terhadap fikiran aku. Aku mengharapkan mataku akan terpejam dengan segera.

Aku melihat gambar-gambar yang ditampal di dinding bilik. Kelihatan gambar rakanku, keluargaku dan banyak lagi. Setiap wajah dalam gambar itu menunjukkan mereka sedang bergembira. Aku tersenyum seketika. Tapi, senyuman tersebut hanya untuk beberapa saat sahaja.. Tiba-tiba aku tertanya-tanya…”kenapa kita hidup di dunia ini. Untuk apa?”

Walaupun aku sudah mengetahui jawapannya dan aku tahu ianya sudah pun tertulis di dada al-quran, tapi…aku masih lagi menyoal soalan itu berkali-kali terhadap diri aku.

Aku mula berasa kosong. Walau aku miliki segala kegembiraan, kebahagiaan, dan segala perkara yang aku inginkan, aku sudah memilikinya tapi..aku tetap berasa kosong. Kenapa ya?

“Hurm…”, aku cuba untuk menenangkan diri.
Fikiranku berkecamuk. Tiba-tiba. Walaupun hari yang agak lapang, tanpa satu masalah sekalipun, aku mula rasai sesuatu yang agak ganjil dalam diri aku. Aku mula rasa berasa tidak tenteram, gusar dan perasaan sebak mula menguasai diri.

“Ah…kenapa dengan diri aku ni?”, aku menyoal sekali lagi terhadap diri aku.

Aku memikirkan jawapannya, tapi hampa..aku sendiri tidak mengetahui kenapa diri aku pada hari ini mula tidak menentu.

Aku memainkan lagu di iphoneku. Headphone ku pakai. Aku menambahkan volume muzik tersebut. Aku rasa mungkin dengan cara ini pasti berkesan. Berkesan untuk menenangkan hati yang mula gusar.

Tapi malangnya, muzik tersebut menambahkan lagi keresahan dalam hati aku.

“Ah..kenapa ni? Kenapa dengan aku?”, aku kembali menyoal berkali-kali. Aku berasa ada perasaan yang bercampur dalam fikiran aku. Perasaan yang amat-amat ganjil. Perasaan takut, risau, berdebar, dan segala perasaan negative bercampur dan percampuran itu menyerang terhadap diri sendiri.

Aku kembali menutup mata. Mengharapkan agar aku akan terlena dan dibuai mimpi yang indah. Terlena dan lupakan segala perasaan yang ganjil yang hadir dalam hati ini.

Beberapa minit kemudian.. Aku masih lagi tidak dapat menutup mata. Seakan-akan ada sesuatu yang memanggil-manggil diri aku untuk melakukan sesuatu. Adakah kerana aku belum menyiapkan latihan yang pensyarah berikan tadi? Ah. Tak mungkin. Aku sudah lupa perkara tersebut, masih ada masa malam ini untuk aku siapkan kerja itu. Mungkin kerana aku perlu lakukan perkara lain yang aku masih belum menunaikannya lagi? Kenapa perasaan takut, resah, gelisah, gusar, rindu dan perasaan tidak menentu mula hadir dalam diri ini?

Aku bangun daripada tempat tidurku. Aku membelek-belek buku catatan yang ditulis segala reminder yang perlu segerakan pada minggu ini. Kesemuanya sudah hampir aku siapkan, jadi apa lagi yang perlu aku risaukan? Aku melihat jam yang berada di dinding bilik. Nampaknya, jam sudah menunjukkan hampir pukul3.45 petang. Huh. Masa terbuang begitu sahaja.

Aku mengagahi diri sekali lagi, bangun untuk ke meja belajarku. Duduk dan termenung untuk sementara waktu. Aku menekan butang di laptop dan skrin menunjukkan computer ribaku sudah pun terbuka. Perkara yang pertama, aku menaip di skrin laptop dengan menggunakan aplikasi google chrome ialah aku menaip perkataan FACEBOOK. Mungkin melayari internet untuk sementara waktu ini dapat melapangkan fikiran yang agak berkecamuk ini.

Kelihatan banyak status daripada rakan-rakanku di Facebook. Ada yang berkongsi berkaitan pelajaran, berkaitan masalah hidup, berkaitan cinta cintun......dan yang paling membuatkan aku seakan-akan terpanah di dada ini sendiri, ada status yang amat menarik minatku. Malah, status ini seakan-akan ditujukan buat aku yang selama ini tidak pernah sedar bahawa aku ini amat-amat menjauhi diri dariNya. Jauh yang teramat sangat.

“Ya Allah..rindunya..”, secara tiba-tiba perkataan itu terpacul daripada bibirku sendiri.

Sudah lama aku tidak rasai perasaan rindu ini. Sudah lama aku tidak menyebut, memuji dan memuja namanya. Allah…aku rindu.

Aku memejamkan mata. Cuba untuk beristighfar beberapa kali. Air mata mula mengalir.. Aku mula berselawat ke atas kekasih Allah, Nabi Allah, Muhammad SAW. Hati aku mula tenang. Inilah kerinduan yang hadir dalam diri aku tadi. Kerinduan terhadap Allah. Kerinduan terhadap Rasulullah. Sudah lama aku tidak berada di atas tikar sejadah untuk bersujud dengan ikhlas kepadaNya, melakukan perkara yang membuktikan aku cinta padaNya. Hanya sekadar menunaikan kewajiban yang aku rasakan itu hanyalah sesuatu yang biasa aku lakukan. Aku hanya lakukan kewajiban tanpa menghayati dengan baik malah, aku tidak sedar aku lakukan semua itu dengan niat yang ikhlas mahupun tidak. Keresahan tadi juga sudah hilang. Resah kerana aku makin jauh darinya. Sekarang, Allah memanggilku, merindui hambanya supaya mengingati dan mendekatiNYA!

Aku kembali melihat jam, tinggal 10 minit lagi azan asar bakal berkumandang. Alhamdulillah, kewajiban menunaikan solat Zohor telah aku tunaikan di surau kolej tadi. Pada waktu asar nanti, aku akan pastikan, aku akan tunaikan kewajiban dengan ikhlas dan menghayatinya dengan baik. Aku akan meluahkan segala kerinduan yang terpendam dalam hati ini kepadaNya nanti!

Aku menutup skrin laptopku. Aku bergegas ke bilik air, untuk sucikan diri.

Semangat yang berkobar-kobar mula hadir dalam diri. Aku sudah berjanji. Aku berjanji terhadap diri sendiri. Bermula hari ini, aku akan pastikan aku akan terus berubah kerana Allah, dan yang penting, ISTIQAMAH dengan perubahan ini. In Sha Allah!









p/s : Harap pelajar-pelajar Matrikulasi perak izinkan saya menggunakan nama kolej mereka dalam karya ini :3 Thank You. Hope Allah merahmati kita semua. JOM BERUBAH!

Tuesday 15 January 2013

Dakwah & Jarum?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Ayat yang cliche. Entah. Tiba-tiba fikir perkara ni. Pendapat anda pula?