Thursday 28 February 2013

Monday 25 February 2013

KMB Cherry Blossom Seasons



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Thanks Allah.

Sejak akhir-akhir ini banyak petunjuk yang diberikan olehNya. Alhamdulillah.

Majlis-majlis ilmu juga semakin lama, semakin bertambah mekar keindahan dan kenikmatannya bila sering kunjungi majlis yang amat berkat ini. Siapa yang tak mahu merebut peluang bila berada di majlis ilmu yang dikelilingi oleh malaikat yang mendoakan kesejahteraan kita kan? YaAllah. Amat nikmat sekali bila meneguk segala ilmu yang dicurahkan kepada diri ini. Sebanyak mana dicurahkan pun, air itu tidak akan habis. Ilmu amat-amat luas dan diri ini masih kerdil dengan pengetahuan segala ilmu Allah. Entah, hanya 1 per sejuta daripada satu titisan lautan itu hanya yang aku dapat segala ilmu Allah ini? Hurm.

Oh, cherry blossom semakin bertambah indah di Kolej Mara Banting. SubhanaAllah! Amat-amat indah. Tiap kali kaki melangkah untuk menuntut ilmu, pelajar-pelajar puteri akan melihat keindahan bunga sakura itu di tepian perjalanan untuk ke Blok Akademik. Dalam keindahan itu, Allah memberi secara percuma pahala kepada kita kan? Yup! Hanya menyebut perkataan “YaAllah! Cantiknya bunga tu!”, itu pun dikira pahala. Sambil melihat keindahan kita juga memuji Allah. Thanks Allah!!

Bunga yang semakin mekar dan juga semakin luruh ini ibarat kehidupan seorang pelajar yang giat berjihad di jalan Allah. Berjihad untuk diri sendiri. Berjihad segalanya! Walaupun jihad ini tidak setinggi jihad seorang rakyat di Palestin, tapi…jihad terhadap nafsu tetap sukar dan amat payah sekali. Iman manusia tidak selalunya naik, adakalanya akan turun. Tapi, apa yang diharapkan bila iman itu mula turun, Allah akan menyedarkan kita dari kesalahan yang membuatkan hati kita buta sementara waktu, walau sesaat. Kadangkala, Allah akan menyedarkan kita dengan cara apabila kita mengunjungi majlis ilmu yang kadangkala membuatkan hati ini tersentap sementara waktu. Hurm..ibarat siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya kan?

Cherry blossom itu juga seperti kenikmatan yang amat indah sekali di mata kita hanya untuk sementara waktu. Jika kita memetik bunga itu, kita letakkannya di dalam suatu bekas untuk tatapan setiap hari, untuk hanya menghiasi ruang bilik atau sekadar untuk kepentingan diri, bunga itu akan layu juga akhirnya. Semua itu hanya sementara waktu..tidak berkekalan. Ruang yang dihiasi bunga itu yang pada mulanya indah akan bertukar rupa, rupa yang tidak seperti keadaan asalnya dan semakin hari akan semakin layu. Bunga yang indah itu ibarat DUNIA. Amat-amat senang untuk kecapi kenikmatan dunia, hanya memetiknya sahaja berbeza dengan pohon, AKHIRAT. Untuk mendapatkan pohon bunga Sakura itu, kita perlukan usaha. Ye, usahanya..kita perlu menanam benihnya terlebih dahulu, menunggu masa untuk mendapatkan akar dan menghasilkan pohon nan indah itu. Akar itu iman kita, akar yang kukuh dan benih yang baik akan menghasilkan bunga yang banyak dan indah dan…lebih lama kekal keindahannya berbanding hanya memetik bunga itu untuk keduniaan semata-mata.

Jom. Ambil tafsir. Buka dan cari surah Al-Syura : 36. Hayati meaning disebalik ayat itu. Senyum J

Jika kita beriman, kita lakukan segalanya kerana Allah, even memerlukan jangka masa yang agak lama, percayalah…kita bakal mendapat kenikmatan itu nanti malah kenikmatan itu untuk jangka masa yang lama seperti apa yang kita usahakan itu. Nikmat dunia hanya sementara waktu, kita rela lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri tapi dalam masa yang sama kita menepis segala perkara untuk berkhidmat di jalan Allah, apa gunanya kan?

Sebagai pelajar yang kadangkala tidak sehebat seperti yang lain..yang lain, amat-amat hebat sekali dari segi altitude dan pencapaianya, tapi kita…? Kita berjihad dengan bersungguh-sungguh tapi masih belum mendapat apa yang diinginkan. Hurm.

Sudah usaha dan dalam masa yang sama kita bertawakal? Percayalah Allah akan berikannya nanti! Allah akan berikan kejayaan yang amat-amat besar sekali! Dengan syarat, lakukan segalanya kerana Allah. Study kerana Allah. Kita bukan semata-mata ingin mendapat pangkat (keputusan yang baik) di dunia, malah untuk di akhirat juga kan?

Dear Cherry Blossom, teruskan mekar di pohon itu. Walau kadangkala luruh kerna keimanan yang tidak selalunya mekar tapi gantikanlah bunga yang luruh itu dengan sakura yang lebih indah lagi. Diri ini tidak mahu memetik bunga itu, biarlah bunga itu terus berada dalam tatapan sebuah pohon yang membuatkan kecantikkannya berada di mata Allah. Berharap agar Allah juga akan memandang kita seperti mana Allah memandang orang-orang yang beriman.

In Sha Allah.