Wednesday 13 January 2016

Pelaburan?

"Kalau camtu, baik sedekah kepada yang lebih memerlukan. Dalam Al-Quran Allah dah janji, siapa yang beri sedekah, dia ibarat melabur untuk dunia akhirat"
"Eh..sedekah tu lain.. Kalau bagi sedekah pun, labur akhirat nanti, tak dapat apa-apa untuk dunia ni.."

Ok. Aku bercakap dengan orang yang selalu ke masjid dan sering hadiri mana-mana ceramah yang diadakan di masjid plus, dia banyak membaca buku agama. Hmm..takkan mindset begini juga?

Aku masih ingat kata-kata dia,

"Ni dunia semata-mata, buat apa semua ni??"
Jika aku mula berdebat soal mencari duit.

Tapi sekarang? Hakikatnya, dia yang terhegeh-hegeh menyertai pelaburan yang agak syubhah. Kejar duit jugak ek, bukan ke tu dunia? Aku tak faham dengan pelaburan tu. Dikaburi dengan ustaz yang banyak ilmu agama memperkenalkan sistem pelaburan tersebut, aku masih lagi teguh dengan pendirian aku,

"Memanglah dia ustaz. Sekarang, topik halal haram atau syubhah kena kaji lagi. Memang orang hebohkan benda ni halal tapi cuba fikir balik, tak syubhah ke? Dari mana duit yang diperolehi dari pelaburan tu? Halal ke??"

"Ustaz tu belajar dari segi apa? Benda ni kena tanya ustaz yang belajar lebih mendalam, kalau dapat tanya ustaz yang belajar kewangan / ekonomi islam lagi bagus"

"Forex ke, MLM ke, orang hebohkan halal tu, kena kaji balik! Duit ni mudah je boleh kaburi mata manusia"

Aku lupa nama penuh pelaburan yang diperkenalkan oleh ustaz tersebut. Katanya, ada 3 atau 4 jenis pelaburan yang boleh sertai. Paling murah RM350 yang dapat kita labur. Lepas ni, selama tiga bulan berturut-turut pelabur akan dapat RM100 dan bulan keempat, pelabur akan perolehi RM800.

Aku pelik, kenapa macam tu sekali? Err..mesti ada taktik yang tersembunyi. Kalau selama tiga bulan RM100 itu ibarat kita dapat balik duit yang kita dah labur dan RM50 tu mungkin dia dapat keuntungan dari syarikat yang perkenalkan sistem ini.

Aku kaji pula tentang pelaburan ini di internet. Pelaburan yang orang masih tak kenali sepenuhnya lagi. Baru beroperasi pada bulan disember 2014. Tagline yang dia tekankan dalam blog pelaburan ini ialah, "Niatkan ikhlas untuk melabur, kita nak menolong antara satu sama lain. Pelaburan ini tujuannya untuk saling tolong menolong"

Err..apahal dengan tagline dia ni?? Bunyinya seperti kita labur dan tunggu orang daftar seterusnya. Orang yang baru berdaftar tolong dengan cara "bagi duit mereka" kepada kita.

Aku berdebat lagi mengenai pelaburan ini, jika tagline yang berbunyi sebegitu, ianya ibarat, pelaburan ni mengambil duit orang lain! Halal ke cara tu?? Ada akad yang mengatakan "saya akan bagi duit saya pada sekian..sekian.." tak?

Aku masih tak faham benda ni. Aku ulang berkali-kali, "Ini syubhah, islam melarang benda yang yang syubhah"

Entah, aku tak pasti dia dengar tak kata-kata aku yang dipandang sebagai "orang yang tak berilmu ini". Aku cuma berharap, moga Allah bukakan hati dia dan fikir baik-baik. Dah kali ke berapa dia terkena benda camni. Mudah diperdaya oleh orang lain.