Thursday 29 August 2013

August 2013

Alhamdulillah, malam ini masa agak "terluang". Tiada homework. Tapi "hanya" ditemani dengan extended essay, IA ITGS, dan latihan untuk preparation IELTS.

Masa yang terluang ini, memberi sedikit masa untuk mengimbas kembali masa lalu, kadangkala tersenyum sendirian. Merenung keseorangan, merenung ke luar jendela bilik dalam kepenatan yang ditanggung selama hampir dua minggu ini.

Teringat kejadian yang terjadi beberapa hari yang lepas. Amat banyak. Tidak terkira. Setiap hari, pasti terjadi pelbagai perkara yang membuatkan minda ini terus menerus berfikir cara untuk menangani segala perkara itu.

Ada juga perkara yang membuatkan diri ini terus berasa bersyukur walau dalam kepenatan, Allah memberi satu anugerah yang tidak ternilai. Anugerah persahabatan, kasih sayang dan kebahagiaan yang dirasai setiap hari. Kepenatan itu amat-amat berbaloi.

#ZooNegara #MegaProject #Volunteer #Love

#TadikaClub #Children #Love #Raya

Dalam menjalani hari-hari yang penat dan membahagiakan, kadangkala hati juga menanggung sesuatu yang membuatkan diri ini sering berada dalam dilema. Mungkin juga perkara ini merupakan perkara yang biasa dihadapi oleh setiap pelajar. In sha Allah, apa jua rintangan yang dihadapi, Allah akan memberi jalan yang terbaik buat hambanya. Yang pasti, tetapkan Allah dalam hati dan ingatlah bahawa, apa jua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Dalam menjalani hari-hari yang amat memenatkan fizikal dan minda juga, kita tidak sedar bahawa ada segelintir sahabat yang menanggung perkara yang lebih memenatkan berbanding dengan diri kita. Mungkin juga kita sedar tapi kita hanya sekadar "menutup mata", tanpa menghiraukan mereka? WaAllahulam. Ingatlah bahawa, mukmin yang menolong sesama mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah dengan syarat, menolong sesama kita kerana Allah SWT. *Senyum*

YaAllah, tetapkan dalam hati ku dan sahabat-sahabatku untuk menuntut ilmu keranamu YaAllah. Tetapkanlah hati kami, melakukan segala perkara dengan niat untuk mendapat keredhaanmu yaAllah. Tetapkanlah hati kami, walau menerima apa jua rintangan di dunia ini, kami menerimanya dengan redha. Tetapkanlah hati ini, supaya terus berjihad untuk bekalan ilmu di dunia bagi menyelamatkan umat islam (in sha Allah) dan juga bekalan di akhirat kelak. Semoga jihad ini berterusan hingga surga. In sha Allah. :)

Wednesday 7 August 2013

Encik Ramadhan, adakah kita akan berjumpa lagi?


Beberapa saat dan minit.Akan berakhir bulan mulia pada tahun ini.
Walau pada tahun hadapan kedatangannya akan hadir lagi, tapi..
Adakah kita pasti akan berjumpanNya lagi?

Imbas kembali waktu kecil dahulu.
Waktu kecil, pada bulan Ramadhan.
Ketika itu masih lagi menuntut pelajaran di sekolah rendah
Ketika itu juga berada di alam yang penuh dengan kegembiraan sepanjang masa
Ah. Ramadhan. Mindset ketika itu, Ramadhan merupakan bulan yang penat
Dahaga. Lapar.
Kenapa kita perlu berpuasa?
Bertalu-talu soalan itu ditanya pada diri sendiri.
Ibu, ayah, kakak, abang, ustaz, ustazah hanya mengatakan benda yang sama
Kita perlu berpuasa kerana Allah yang suruh
Kalau tak puasa, kita akan berdosa
Akan masuk neraka
Gulp.
Teruskan berpuasa
Teruskan...jika tidak, akan dimarahi oleh family, cikgu, ustaz, ustazah

Seterusnya, kaki menjejak ke alam sekolah menengah
Ketika itu heboh mengatakan benda baru
Jika kita tak sempat habis ganti puasa untuk tahun lepas..
Tak usah bayar fidyah
cuma guna cara ni je...
ganti puasa untuk satu hari, persamaan dua hari
Kalau tak sempat jugak tahun ni, kena gandakan tahun depan
Oh. Ok. ada sistem baru rupanya.
Diri ni umpama tunggul kayu, hanya menurut kata rakan sekeliling
tanpa mengetahui hukum asal, betul atau tak
Ketika itu juga, diri cuma berpuasa
teruskan berpuasa.
Melihat orang sekeliling buat, diri hanya mengikut apa yang orang lain buat
Tadarus. Qiam. Khatam Al-quran.
Lebih-lebih lagi, jika Khatam 30juzuk akan diberikan hadiah oleh cikgu.
Woaahh!! Lumayan!
Waktu itu, bertungkus lumus untuk habiskan 30juz al-quran
Niat? Ikhlas atau tak, semua itu diketepikan
Habiskan 30juzuk itu yang penting!

Selang dua tahun, dari sekolah menengah agama, berpindah ke sekolah biasa
Sekolah harian biasa yang berdekatan dengan rumah
Kenapa pindah? Uhuk.
Sebabnya hanya simple. Homesick.
Eheh. Kisah lama usah diungkitkan.
Berada di sekolah harian biasa, lain pula cerita.
Semangat untuk khatam al-quran itu sudah tiada.
Semangat untuk qiam sememangnya terkubur.
Hanya lakukan solat fardhu dan membaca al-quran ala kadar.
Ramadhan hanya sekadar ramadhan
Mungkin menjadi hamba kepada Ramadhan.

Tapi kini, sudah mula dengan satu peningkatan.
Walaupun hanya sedikit peningkatan, tapi itu merupakan salah satu step untuk terus maju kehadapan
Peningkatannya adalah...memahami erti sebenar Ramadhan.

Soalan yang ditanya ketika waktu kecil dahulu sudah pun terjawab.
Kenapa perlu berpuasa?

.     .     .     .

Bulan ramadhan.
Bulan untuk mentarbiahkan kita.
Ibarat kita sedang giat training dan mempersiapkan diri untuk sebuah pertandingan.
Dan selepas sebulan training itu, kita akan bertanding, siapa menang dan kalah.
Oh! bertanding dengan siapa?
Bertanding dengan diri sendiri.
Antara iman dan nafsu.
Jika kita sudah terbiasa dengan latihan selama sebulan
Latihannya adalah...
Membaca al-quran, berzikir setiap masa, selalu mendirikan solat sunat, mengingati Allah 24jam
Sudah pasti kita akan terbiasa dengan semua itu
dan kita akan lakukannya selepas bulan Ramadhan
Jika itu yang kita dapat dan kita istiqamah selepas Ramadhan?
Sudah pasti iman kita yang akan menang! Iman akan sukar untuk kalah dengan nafsu.
Wah!
*mata berkaca-kaca*

Kenapa Allah menggandakan pahala ketika Ramadhan?
Itulah salah satu cara untuk Allah tarbiahkan hambanya
Hambanya akan mengejar pahala
Lama-kelamaan, jika sudah berjaya "menangkap" pahala
sudah pasti untuk next level, hambanya akan mula untuk mengejar sesuatu yang lebih bernilai daripada pahala!
Oh apakah itu?
Ianya adalah....
Mengejar untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Osem kan?
Keredhaan Allah itu amat jarang dikejar oleh hambanya.
kenapa?
Kerana kebanyakkanya dalam kalangan kita hanya mengejar pahala semata-mata.
Kenapa pahala?
Kerana kita ingin syurga! Kita ingin bersenang lenang selepas kehidupan dunia ini.
Oh!

Pernah tak terfikir..kita ingin syurga kerana kita ingin berjumpa dengan yang Maha Agung?
Jadi, itulah yang perlu kita kejar..mendapat pahala juga keredhaan Allah.

So, tepuk dada tanya iman.
Kita kejar pahala semata-mata atau keredhaan Allah?
Tidak salah megejar pahala, tapi jika kita melangkah untuk next level, mengejar keredhaan Allah itu lagi osem kan?

Usah bersedih kerana Ramadhan sudah pergi.
Untuk bulan-bulan yang seterusnya, persiapkan diri untuk kedatangan Ramadhan
Hati yang kotor, berusahalah untuk membersihkannya
Agar ketibaan Ramadhan nanti, hati yang bersih itu bukan sekadar bersih
Supaya ketibaan Ramadhan seterusnya
Hati itu akan bertambah bersih lagi bersinar, menyinari alam!
*Mata berkaca-kaca lagi*

Encik ramadhan...adakah kita akan berjumpa lagi?
Kerna diri ini mahu memastikan....
untuk kedatangan Ramadhan seterusnya, diri ini akan bersiap sedia kehadirannya dengan hati yang bersih. (AZAM! IN SHA ALLAH!)

Oh ya, encik Ramadhan...adakah saya akan kalah atau menang untuk pertandingan yang bakal tiba ini?
*Sigh*

Monday 5 August 2013

Iman perisa madu (I)



Alhamdulillah. Semakin hari semakin bertambah "sesuatu" yang dipelajari dalam hidup ini. Banyak situasi yang membuatkan "mata" ini dibuka dengan luas dan dapat melihat sesuatu secara zahir dan batinnya. Jika bukan kerana Allah mengizinkan untuk mendapat "pelajaran" ini, mungkin "mata" ini masih belum dapat dibuka sepenuhnya, mungkin juga akan terus kabur atau buta sepanjang masa? Wallahualam.

Siyesli! Sejak berada di Kolej Mara Banting, "mata" ini semakin bertambah hilang kaburnya, makin bertambah clear pandangannya. Thanks Allah. Dengan environment yang amat-amat islamik ini, membuatkan hati yang dah lama tak digilap, sudah mula kelihatan sinarnya. In Sha Allah, semoga sinar ini akan bertambah kerdipannya nanti :)

Diri ini sering dihadiri penyakit yang amat kronik. Penawarnya amat senang dicari tapi kenapa diri ini amat sukar diubati? Err..? Penyakit hati semakin hari, semakin bertambah buruk.

Alhamdulillah..kadangkala, jika mula "tumbuh" tompokan hitam di hati, cepat-cepat cari penawar untuk hilangkan tompokan itu.

Tapi..kadangkala, jika tidak perasan dan lalai akan mula "tumbuhnya" tompokan di hati, makin lama tompokan itu makin bertambah dan menular di bahagian hati yang lain!

Astaghfirullah!

Ketika itu penyakit hati akan bertambah kronik

Bagaimana nak menyembuhkan penyakit ini?

Untuk menyembuhnya amat senang dan amat cepat.

Cara untuk menyembuhnya adalah..
mencari penawar yang bernama TAUBAT NASUHA.

Tapi...hanya hamba-hamba Allah tertentu sahaja yang berjaya dalam suntikan penawar TAUBAT NASUHA ini

kerana jika lalai ketika proses "suntikan" itu berlaku, kemungkinan besar penyakit itu tidak akan sembuh.

Jadi, jika suntikan dengan penawar "TAUBAT NASUHA" ini belum berjaya sepenuhnya..

"suntik"lah berkali-kali

Agar suntikan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam buat diri kita

dan kita juga tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu lagi

Wallahualam.

*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *

Sejak akhir-akhir ini hubungan dengan sahabat-sahabat lain makin akrab. Hubungan akrab itulah membuatkan kami saling meluah antara satu sama lain. Alhamdulillah, itulah bukti persahabatan kami kian utuh dan kian mekar. Kami saling percaya satu sama lain dan kami saling berkongsi suka dan duka diantara kami.

Ingin berkongsi kisah seorang sahabat yang datang dan bertanya sesuatu kepada saya. Pada mulanya, sukar untuk memberi jawapan yang terbaik untuk dia kerana diri ini pun memiliki masalah sama. (Ketika itu, tarik nafas panjang-panjang dan fikir jawapan yang terbaik dengan tenang) In sha Allah, jika kita mahu menasihati atau memberi tips-tips islamik kepada mereka dengan niat kerana Allah, secara automatiknya bibir kita akan menyampaikan sesuatu perkara dengan baik dan lancar.

Sahabat saya itu mendekati saya dan menceritakan suatu kejadian yang baru terjadi terhadap diri dia.

"Diyana, saya sedang merindui sesuatu. Rindu sangat-sangat. Saya ingin mengalami situasi itu semula..entah, situasi itu membuatkan saya rasa amat-amat...hurm, sukar untuk diungkap dengan kata-kata"

Errr? Pada mulanya saya tak pasti apa yang dia katakan itu. Kedengaran amat aneh apa yang dia cuba sampaikan itu.

"Saya baru sahaja rasai situasi tu sebentar tadi. Saya mahu rasainya semula tapi...entah kenapa, dah tak dapat"

Kelihatan matanya seperti seakan-akan bersinar, mahu mengalir air mata barangkali. Sahabat saya ini baru sahaja pulang dari kem Amal Islami, saya juga tak pasti kenapa dia tiba-tiba berubah sikapnya dengan kata-kata yang diucapkan amat aneh sekali.

Saya mula bertanyakannya, "Emm..apa maksud awak? Awak rindu siapa? Situasi apa tu? Awak rindu saat-saat bersama sahabat awak ke?"

Soalan saya sememangnya melencong apa yang dia maksudkan itu.

Sahabat saya menggeleng kepala.

"Tak...itu bukan mengenai manusia. Hurm.."

Mata saya mula berkelip-kelip kehairanan. Jika bukan manusia, habis tu apa?

Sahabat saya mula mengatur ucapannya.

"Sebenarnya, saya baru sahaja rasai sesuatu yang...amat-amat tenang, amat-amat sukar nak diucapkan kerana ianya mengenai Allah. Perasaan itu membuatkan saya rasa bahagia, amat bahagia sekali. Saya hanya rasai untuk beberapa saat sahaja dan sekarang, perasaan itu hilang. Saya mahu rasainya semula, tapi...tak dapat. Saya sudah membaca ayat-ayat al-quran, berzikir tapi...entah, perasaan yang saya rasai itu sudah tiada, saya rasa kosong sekarang. Diyana, macam mana ye, nak rasai semula apa yang saya cakapkan tadi?"

Ketika itu barulah saya faham. Dia mula rasai kemanisan iman ini, walaupun dia merasainya untuk beberapa saat.

SubhanaAllah, amat-amat manis kan? Sehingga dia tercari-cari semula "nikmat" keimanan ini yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata, kerna bila hati hanya pada Allah, kita akan rasa tenang dan bahagia!

*      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *  

Ini merupakan perkara-perkara yang saya kongsikan untuk sahabat saya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan buat kita semua.

Manusia sememangnya dicipta oleh Allah SWT dengan sifatnya yang mudah lupa, jadi..sebagai saudara sesama muslim, kita perlulah saling mengingati antara satu sama lain. In sha Allah. :)

.     .     .     .     .     .    

Bagaimana kita ingin perolehi kemanisan iman itu?

Jawapannya agak cliche dan mungkin juga kita sudah lama mengetahuinya

.     .     .     .     .     .

Perbualan antara kami masih diteruskan. Sahabat saya begitu bersemangat untuk peroleh jawapan daripada saya. Jawapan tentang bagaimana untuk perolehi semula ketenangan yang dia rasai tadi.

"Awak, saya pun agak sukar untuk mendapat perkara yang awak cakapkan tadi..saya pun seperti awak. Saya juga masih tercari-cari.."

"Apa maksud awak?", sahabat saya mula kehairanan.

Bibir ini hanya tersenyum dan meneruskan kata-kata yang lain.

"Awak, apa yang penting..teruskan istiqamah untuk beribadah kepadaNya."

Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Sahabat saya masih lagi belum mengerti.

"Awak...ingat tak kisah Rasulullah S.A.W. Rasulullah tak pernah penat mengerjakan ibadah. Walaupun Allah sudah menjanjikan syurga buat Rasulullah, tapi...Rasulullah tak pernah mengenal erti penat. Rasulullah mengerjakan solat dan hanya dengan satu rakaat baginda berdiri selama berjam-jam sehingga kakinya bengkak. Kita pernah wonder tak, kenapa Rasulullah mengerjakan ibadah dengan begitu sekali?"

Sahabat saya hanya mendiamkan diri dan menggelengkan kepalanya.

"Cuba kita bayangkan perkara yang kita amat gemar melakukannya setiap hari. Erm..jika saya, saya terlalu gemarkan photography. Berada di bawah panas terik sambil mengambil gambar berjam-jam, saya tak rasai langsung kepenatannya."

Sahabat saya hanya tersengih.

"Err.. Diyana, apa kaitan photography dengan kisah Rasulullah tadi?

"Ada kaitannya." Sambil tersenyum

Bersambung.

Saturday 3 August 2013

YaAllah, kirimkan doa ini buat saudara di sana.

Alhamdulillah, sudah pulang ke syurga terchenta, syurga yang dipenuhi insan yang tersayang.
Kepulangan ini disambut oleh ahli keluarga, kegembiraan terpancar di wajah masing-masing
Sudah hampir dua bulan kaki ini tidak menjejak kaki ke rumah ini
Alhamdulillah. Selamat tiba.

Di pagi hari, Zharif, adik bongsu kesayanganku, sudah mula tonjolkan sifat manja
Dia duduk bersebelahan dengan akaknya berjam-jam
Asyik berbisik di telinga akaknya, "Akak, nanti beli mainan untuk Zharif"
Diri ini memandang wajahnya, terpancar senyuman yang ikhlas dari hati untuk kakaknya
Senyuman itu...dan,
Wajah yang gebu, comel dan suci itu membuatkan hati ini bertambah rasa sayang terhadapnya
Dikucup dahi dan pipinya
Kadangkala diri ini memeluk tubuhnya yang montel itu dengan penuh kasih sayang
Dia sudah pun berumur 6 tahun
Tunggu beberapa tahun lagi, layanan manja ini akan makin berkurang
Makin membesar, mungkin sifat manjanya akan kurang
Kemachoaan pula akan bertambah. Heh.

Duduk di sofa bersamanya. Berfacebooking sebentar.
Tiba-tiba mata tertarik dengan satu video yang di-share oleh page Maher Zain.
Muzik video terbaru Maher Zain,
Lagunya yang terbaru "Love will Prevail"
 Sebuah lagu untuk syria.
Tiba-tiba diri ini terkenang nasib saudara kita disana.
Apa khabarnya ya?
Sudah lama tidak mendengar berita.
Bagaimana ramadhan mereka?
Bagaimana makan minum mereka?
Adakah mereka tidur dengan lena?
Semoga mereka beribadah dengan tenang.
in sha Allah.

Teringat nasib kanak-kanak dan wanita di sana.
YaAllah...
Teringat gambar kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam
Teringat video seorang ibu yang dicederakan dengan teruk, ibu itu sudah nazak, tangannya terketar-ketar, jarinya menunjuk ke arah jenazah anak-anaknya..
Anak-anaknya itu dibunuh dengan kejam oleh puak syiah
Dibunuh dengan kejam sekali!
Bayangkan seorang ibu melihat anak-anak kesayangan mereka dibunuh dengan kejam.
Sanggupkah kita?
Bayangkan kita berada di tempat ibu yang diberi ujian oleh Allah S.W.T itu
Adakah kita hadapi dengan tenang?

Diri ini memandang wajah Zharif
Melihat wajahnya dengan perasaan sayang yang teramat sangat
Membayangkan wajah yang suci ini...
Membayangkan Zharif seperti anak-anak kecil di syria sana
YaAllah.
Tak sanggup, sememangnya tak sanggup.
Tak sanggup melihat anak-anak kecil dibunuh dengan kejam.
Siapa sanggup melihat insan tersayang dibunuh dengan kejam sekali
Sanggupkah kita??


Teringat mimpi yang lalu.
Mimpi yang membuat hati ini bertambah pedih..

Dalam mimpi itu...
Diri ini baru pulang ke rumah
Hati gembira untuk pulang ke rumah, siapa yang tidak gembira kan?
Hati tidak sabar untuk melihat wajah ibu ayah, akak, abang dan adik-adik
Sesudah sampai di rumah
Keadaan rumah...kelihatan amat lain.
Muram. Sunyi. Lusuh.
Diri ini melangkah masuk ke rumah dengan perasaan yang berdebar-debar
Kaki mula melangkah dengan laju..
Mencari-cari ahli keluarga..
Dan,
Alangkah terkejut
Melihat wajah ibu..
Ibu yang paling disayangi.
Ibu kita..insan yang kita tidak dapat hidup tanpanya..
Dilihat wajahnya, berlumuran darah
Lantas aku melutut,
Terkejut.
Terkejut dengan keadaannya yang amat teruk
Tubuhku bergetar dan kaku
Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan..
Wajahnya cedera, cedera yang amat-amat teruk
Matanya penuh dengan air mata dan keadaan wajahnya..
Tidak sanggup untuk berkongsi keadaannya..teramat teruk
Aku tertanya-tanya ahli keluarga di sekeliling aku..
"Kenapa? Apa yang terjadi?"
Aku menangis teresak-esak
Aku tidak sanggup melihat wajah insan tersayang penuh dengan kesan darah, calar
Aku bertanya orang sekelilingku..
"Apa yang terjadi??"
Semuanya hanya diam membisu
Aku tercari-cari adik kesayanganku
Zharif? Mana Zharif?
Insan yang paling aku sayangi,
Adik kesayangan yang semestinya akan menunggu kepulanganku di hadapan pintu
Tiap kali aku pulang, dia akan menunggu kepulanganku..
Tapi...kali ini dia tidak ada..
malah tidak menyahut seruan aku
Mana dia? YaAllah, air mata tidak henti mengalir waktu itu
Aku mencari-cari insan yang aku sayangi itu
Dimana tubuh kecil itu? Bagaimana keadaan dia? Allah...
Di satu sudut, aku terlihat pula wajah ayahku
Sedang bersujud dan bangun dari sujud
Bangun dan terus menadah tangannya,
Menadah tangan untuk berdoa..
YaAllah..
Air mata ini bertambah deras
Wajah ayahku,
Matanya,
Tubuh badannya,
Dipenuhi dengan darah, luka, calar..
Bibirnya tidak henti-henti meminta pertolongan daripada Allah..
Aku terdengar doa ayahku..
Doa yang penuh dengan khusyuk dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh
"YaAllah...selamatkanlah anak aku..YaAllah...selamatkanlah keluargaku.."
Doa itu diulang-ulang tanpa henti.
Nadanya amat bersungguh-sungguh.
Aku tidak tahu apa yang aku perlu lakukan..
Aku hanya berlari..
Aku berlari ke satu tempat
Dan...
Aku terlihat satu tubuh kecil
Tubuh kecil itu dikelilingi manusia.
Aku mendekati tubuh itu
Aku tidak sanggup lagi melihatnya
Keadaannya sudah nazak
Aku tidak tahu masih bernyawa ataupun tak
Aku hanya melihat dengan kaku
Tubuh kecil itu......yaAllah...
Dan..
Tiba-tiba aku tersedar.
Tersedar dengan suara sahabatku, mengejutkan diri ini untuk bersahur dengannya
Astaghfirullahalazim...
Ini hanyalah mimpi..
Ini mimpi.
Aku tidak sanggup untuk hadapi di alam nyata
Aku tidak mahu menghadapinya
Walaupun ianya hanyalah mimpi
Mimpi ini sering bermain-main di mindaku
Aku tahu ianya mainan mimpi
Hanya mimpi.

Nauzu billahi min zalik.

*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *

YaAllah
Ini hanyalah mimpi
Bukan betul-betul terjadi terhadap diri ini
Tapi..
Walaupun mimpi, diri ini sudah serik untuk mengalami mimpi yang sama lagi
Teramat-amat serik

SubhanaAllah..

Usahkan mimpi pun sudah serik, bayangkan jika kita hadapinya sendiri?

*Nanges laju-laju*

Syria.

Sama-samalah berdoa kepada mereka
Agar diberi kemudahan dalam kehidupan mereka
Semoga mereka akan hidup dengan keadaan yang tenang
Hidup mereka tenang mengingati Allah SWT
Semoga roh-roh para syuhada akan kekal aman dan bahagia di sana nanti
In sha Allah.

Friday 2 August 2013

Oh, anda! Anda muslim yang osem! Jom join!

Ini merupakan iklan yang pertama di sini. Cewah.
Iklan bukannya iklan shampoo, baju raya atau kuih raya semata-mata.
Tapi iklan ini lebih ohsem, ikhlas dari hati untuk memberitahu sahabat-sahabat lain.
Bahawasanya.....
Jeng! Jeng! Jeng!


Zoom in....


Akak Dena Bahrin mengadakan photography contest yang osem!
Sudah lama diri ini mahu mengadakan photography contest, dalam masa yang sama dapat memupuk para muslim untuk ber-photography-ing secara islamik.
Tapi, itu angan-angan dahulu, belum ada rezeki lagi.

Sedang ber-twitter-ing, ada dua sahabat yang me-mention nama ni dan mereka suggested untuk join contest yang super osem ni.
In sha Allah, jika ada kesempatan masa, saya akan join :D
Lebih-lebih lagi, hari ni, 3hb August, Alhamdulillah, diri ini baru sahaja sampai di syurga terchenta. Ewah.

Jom ramai-ramai join! Pupuk diri kita semua untuk ber-photography keranaNya.
Bukan semata-mata untuk hadiah
Tapi juga untuk dakwah.
Jika anda ada rezeki.
Anda dapat hadiah dariNya 2 in 1 tau!
Satu hadiah yang tidak dapat dilihat (pahala) dan satu lagi hadiah yang Allah kirimkan kepada akak Dena kepada pemenang photography contest ini.
In sha Allah :D

Jom, pupuk diri untuk terus photography + dakwah!
:D