Friday 26 July 2013

Sparkle in the river

Kem islami, March 2013.

Jungle trekking bermula. Ianya merupakan slot terakhir untuk program amal islami di kem Sukida, Semenyih. Masing-masing memulakan langkah dengan niat yang Allah SWT sahaja yang tahu, apa yang tersimpan rapi dalam hati masing-masing. Apabila jalan mendatar bertukar menjadi jalan yang bukit, tinggi, kaki-kaki yang berjalan mula terasa lenguhnya dan apabila jalan bertukar jalan cerun, masing-masing berasa umpama ada "kuasa" yang menolak mereka untuk terus berjalan menuruni bukit, tanpa dapat menhentikan satu langkah pun. Hurm. Ini diumpama usaha. Ye, usaha itu ibarat jalan yang tinggi. Lenguh. Susah. Penat. Untuk sampai di puncak nun sana. Tapi berbeza dengan jalan yang cerun, senang untuk terus berjalan turun dan ada kemungkinan yang besar untuk jatuh jika kita menghentikan perjalanan itu. Yep, apabila kita berhenti usaha, mudah sahaja kita terjatuh. Terjatuh dan alami kesakitan yang amat sangat.

Oh ya. Saya teruskan dengan kisah perjalanan kami di hutan Semenyih ini. Tujuan slot jungle trekking ini untuk memperkenalkan pelajar cara untuk survive di hutan dengan merangkumi hal-hal islam. Banyak yang kami dapat ambil iktibar. Pada mulanya, kami perlu mendirikan solat Dhuha di dalam hutan tapi malangnya keadaan tempat yang tidak mengizinkannya. Jadi, solat sunat itu diganti dengan membaca al-Mathurat. Ah. Indah sekali. Tenang. Nyaman. Damai. Bahagia. Segala perasaan yang hadir ini sukar diungkapkan apabila ayat-ayat Allah mula dialunkan dalam hutan yang amat indah ini.

Selepas berhenti seketika di satu tempat untuk mengalunkan al-Mathurat, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke tempat reakreasi, air terjun. Perjalanan ini sememangnya mengeratkan ukhuwwah antara sahabat-sahabat yang lain. Masing-masing mula "bising" memanggil namaku. DIYANA? Ye, mereka mencari-cari kerana aku seorang yang agak cuai, mudah sahaja di-expose dengan perkara-perkara yang bahaya. Sudah dua kali kepala ini terhantuk di kayu dalam hutan dan tidak terkira berapa kali diri ini hampir terjatuh.

Perjalanan masih diteruskan. Entah berapa lama kami berjalan dalam hutan ini. Akhirnya kami sampai di destinasi yang ditunggu-tunggu..

SubhanaAllah...! Indahnya ciptaan Allah! Tempat reakreasi itu sememangnya indah. Tapi malangnya...terlalu ramai orang awam yang berada di sana. Dan entah berapa ramai yang tidak menjaga aurat dan ikhtilat. Mata ini sakit melihatnya. Sayu di hati mengharapkan mereka dapat sedar akan kesilapan itu. Terlalu sakit hati ini, gelak tawa makin bertambah, muzik-muzik lalai dialunkan dan entah..mana satu yang muslim dan yang mana satu non muslim? Hurm.

Muslimin dan muslimat pelajar KMB dipisahkan di berlainan tempat. Masing-masing di beri peluang untuk berada di sekitar tempat air terjun itu. Alhamdulillah, muslimat-muslimat KMB dapat menjaga akhlaknya dengan baik di tempat itu. Aku dan sahabat lain mencari tempat untuk duduk bersama dan rehat sekejap dari perjalanan yang agak panjang ini. Di tepian batu, kaki ini mencecah air. Duduk bersama-sama sahabat yang amat sayangi. Berkongsi kisah masing-masing. Kaki ini menggerak-gerakkan air sungai dan kelihat pasir-pasir dalam sungai mula "mencemari" air seketika. Dan. SubhanaAllah. Indahnya..ada banyak kerlipan dalam sungai itu. Yep. It's sparkling! Lawa sangat. Tangan ini mencapai "suatu" yang bersinar itu. Itu hanyalah batu yang berwarna putih tapi..Allah maha besar, batu yang putih itu dapat reflect cahaya untuk membuatnya kelihat bersinar-sinar dalam air.

Apabila masa perjalanan untuk pulang, para muslimat masing-masing melangkah kaki ke suatu tempat di mana muslimin berkumpul. Dari jauh, kelihatan para muslimin sedang.....

Allahuakbar! Entah kenapa, hati ini bercampur perasaan gembira dan sukar untuk ungkap perasaan ini. Jarang sekali dapat melihat permandangan yang indah sebegini. Sejuk mata memandang, tenang. Walau tempat itu dikeliling dengan para manusia yang mengambil ringan soal aurat dan juga ikhtilat, ada satu pemandangan yang amat-amat mengembirakan hati kami, hati para muslimat, ketika kami melalui tempat itu.

Permandangan ketika para muslimin, pelajar KMB, "kolej maha busy" mendirikan solat Dhuha. Ada yang mendirikan solat ditepian sungai, ada juga yang mendirikan solat di dalam air. Permandangan itu memberi khabar gembira kepada kami. Permandangan itu juga merupakan salah satu dakwah kepada orang sekeliling. Di mana-mana sahaja kita boleh mendirikan solat, Islam itu mudah dan Allah itu maha penyayang!



Semoga environment yang cukup hebat ini akan diteruskan pada generasi akan datang.
In sha Allah.

Alhamdulillah.

Thursday 25 July 2013

Randomness

Sedang asyik berborak-borak dengan sahabat. Tiba-tiba dia terpandang sekumpulan wanita. Wanita itu juga sahabat-sahabatnya, yang dia kenali. Secara automatis, dia tersenyum bersendirian.

Pada masa yang sama, perbualan kami tiba-tiba diubah topiknya apabila dia mengeluarkan satu statement mengenai sahabatnya itu.

“Best kan ramai peminat”

Gulp.

“Err..apa maksud awak?”

Nampak tak dia yang bertudung biru dan berbaju kuning tu. Ramai jejaka sukakan dia”

“Oh. Ye ke? Eh,  jap, best ke ramai peminat?” Muka berkerut laksana asam boi

Erm. Entah la.” Sambil tersenyum. Mungkin sukar untuk mengungkap apa yang membuatnya berkata sebegitu.

Perbualan diteruskan dengan topic yang asal.

*     *      *     *     *     *     *     *      *     *     *     *     *     *      *     *     *     *     *     *

Mungkin itu lumrah. Ingin sukai dan disukai.

Bukan itu sahaja, ada juga kejadian yang lain.

Sedang asyik duduk di bahagian sudut surau. Mendengar ceramah pada malam jumaat. Seorang sahabat menconteng sesuatu pada bukunya. Buku itu diberi kepada sahabat saya yang lain, pada masa itu, saya berada di sebelahnya.

Buku tersebut tertulis sesuatu di salah satu halamannya.

Tertulis soalan.

Bagaimana nak lupakan orang yang kita sukai?”

Adakah salah menyukai seseorang?”

Lagipun dia ok je dengan kita?”

Soalan itu dijawab dengan jawapan yang agak cliché.

Saya sendiri mengalaminya. Jadi, agak sukar untuk menjawab pertanyaan ini.

*Sigh*

*     *      *     *     *     *     *     *      *     *     *     *     *     *      *     *     *     *     *     *

Lumrah manusia, sememangnya sukar untuk melarikan diri dari lumrah-lumrah yang dikatakan menjadi kebiasaan dalam kalangan umat manusia ini.

Tapi, yang menjadi perbezaan mengenai lumrah ini…bagaimana seseorang itu dapat handle perasaan / lumrah ini supaya ianya tidak keterlaluan?

#TandaTanya?

*     *      *     *     *     *     *     *      *     *     *     *     *     *      *     *     *     *     *     *



Scroll facebook dan twitter.
Terpandang banyak status / tweet.
Soal pasangan hidup. Future pasangan hidup dan sewaktu dengannya.

Ayat yang paling popular..
Berubah untuk mendapatkan pasangan yang baik.
Batuk seketika.
Mahu berubah kerana Allah atau kerana future husband / wife?

#Eh

Tepuk dada, Tanya hati.


*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *

Saturday 20 July 2013

Journal I

Minggu yang lepas. Baru sahaja mahu menambah data-data research (Extended Essay) tapi malangnya ada sesuatu yang terjadi.

Spesimen-spesimen yang diperlukan semuanya sudah tiada. Dengan kata lain haiwan yang gebu itu dimakan oleh kucing. Err..?

Walaupun timbul perasaan sedih tapi diri cuba memujuk bahawa semuanya ada hikmah. In sha Allah.

Spesimen itu harganya hampir seratus. Apa yang perlu dilakukan?

Buka dompet, tengok duit, tutup dompet, pandang langit.

Walau sudah berhari lepas kejadian ini berlaku, aneh..kenapa perasaan sedih ini tidak terlalu sedih?

Dengan kata lain, dahulunya walau masalah kecil, menangis umpama hujan ribut petir tapi sekarang, hati agak keras untuk menangis.

Apakah petanda ini?



Dapat berita baru pula. Application UKCAT perlu dibayar dengan duit sendiri.

Harga hampir mencecah satu ribu setengah.

Buka dompet. Belek-belek celah poket dompet. Tutup dompet. Pandang langit lagi.

Dengan ini, diri mengambil kata putus, tidak mahu meminta apa-apa application uni yang memerlukan bayaran. Lepas ni tak usah buka dompet lagi sambil pandang langit.

Masih lagi hati tak mempunyai apa-apa perasaan. Jika sahabat tanya, apa yang kamu mahu lakukan selepas ini? Jawapan yang senang, teruskan usaha dan tawakal. Itu yang terbaik.

Tiada lagi tangisan. Tiada lagi kesedihan yang melampau.

Tiada lagi semuanya jika hati cuba untuk terus percayakan Allah itu maha mengasihani.

:)

Sunday 14 July 2013

Hijab


Pernah terdetik, mahu sahaja mengubah penampilan. Mengubah pada keadaan asal. Siapalah diri ini, yang baru sahaja setahun jagung memakai tudung labuh. Diri ini tidaklah seorang insan solehah seperti yang lain. Bahkan ada yang datang kepada diri dan berkata, “Awak, awak terlalu jaga benteng luaran awak, awak tahu tak? Benteng dalaman tu lebih penting? Apa guna ada benteng luaran tapi dalaman…?” Saya fahami maksud itu. Saya amat-amat memahami. Waktu itu terasa berat di hati, rasa bersalah membawa imej sebegini. Ye, anda semua seorang yang berani, anda semua da'ie-da'ie solehah yang amat-amat gagah di medan dakwah. Saya di sini kerdil, sedang turut berlari membawa panji dakwah dalam kalangan anda, tapi..maaf. Mungkin saya masih tidak seperti anda semua, tidak segagah anda. Saya mencari pelbagai jawapan. Saya memujuk hati ini. Mencari jawapan tentang bagaimana untuk menjadi seperti anda semua?





Alhamdulillah. Sekian lama. Hati terubat. Terubat secara automatisnya. 
In sha Allah, hati akan mudah terubat jika sentiasa mengikuti pelbagai perkara atau aktiviti yang mengingati Allah.Setelah sekian lama berfikir tentang hal itu, tiba-tiba terdetik…

“Tujuan apa aku pakai tudung labuh?”

Teringat masa lalu. Ye, pada mulanya, ibu yang membeli tudung ini. Ibu yang syorkan diri ini untuk pakai tudung litup. Ibu kata, senang dipakai. Labuh. Bersolat dengan tudung ini, dijamin tutup sepenuhnya, terselak pun tidak. Hanya sarung, dan dapat ke kelas dengan cepatnya. Tudung express versi labuh.Niat itu makin lama, makin lain jadinya. Tidak lagi niat seperti dulu, semata-mata memakainya sebagai tudung express labuh.Makin bertambah masa, niat itu makin mendekatkan Allah. 

Seriously! 

Cuma mengambil masa. Paling singkat pun, setahun sahaja. Setahun untuk menjadi muslimah yang betul-betul  berubah. Berubah itu bukan hanya secepat kilat, ianya juga memakan masa. Yang penting, istiqamah melakukan sesuatu perkara, dan lakukan semua itu kerana Allah.Hanya untuk berkongsi. Jika anda mahu berubah, cuba-cubalah jejak ke dunia baru. Dunia bertudung litup. Bukan untuk mengajak anda membawa title “Ustazah” ye :) saya tahu, hanya menutupi dada itu pun sudah memadai. Tapi, jika dilabuhkan lagi? In sha Allah, anda akan mendapat hijab luaran dan dalaman. Proses hijab luaran terlebih dahulu barulah proses hijab dalaman akan diusulkan kemudian.Hijab luaran itu bermaksud, anda akan menutupi seluruh aurat anda. Ehem. Jika anda bertudung labuh, tidak ke anda segan untuk memakai pakaian ketat? Secara automatic, ianya mendorong anda untuk tutup aurat 100%. Bukan itu sahaja, secara automatic JUGA anda akan jaga tata susila anda di tempat awam. Sanggupkah anda bertudung labuh, ketawa berdekah-dekah di khalayak ramai? Tidak kan? Ianya Nampak sedikit hipokrit. Saya tahu. Tapi, inilah proses untuk berubah. Biarlah hipokrit pada mulanya, lama-kelamaan..ianya akan jadi neutral.Hijab dalaman pula? 

Sukar untuk diceritakan. Hijab dalaman akan terbentuk secara perlahan-lahan. Kita akan rasai sendiri bagaimana hijab dalaman itu terbentuk.

Hidayah itu milik Allah. Jadi, jika kita yang mengejar makcik hidayah itu, bukan ke kita yang dapat kuih makcik hidayah jual tu? Eheh. Jadi, sama-sama kejar makcik itu. Walau sesusah mana pun, asalkan kita dapat kuih yang sedap itu! Kuih itu ialah kuih hidayah. Cewah. Berbuat sesuatu yang mendekatkan diri dengan Allah setiap masa juga salah satu prosedur untuk mendapat kuih hidayah yang sedap dan lazat itu!

Ada juga sahabat-sahabat yang mula berjinak dalam dunia dakwah. Makin lama tampak kesan yang amat ketara. Mereka juga akhirnya menukar penampilan, bertudung litup. Apa pun, hijab luaran dan dalaman itu saling penting ye.Jangan judge luaran sahaja. Jangan menuding jari, “Ah, dia tu, bukannya baik” atau “Orang tu jaga luaran je, hati..perghhh..kalah orang tudung singkat”. Inilah yang mengubah persepsi orang lain terhadap orang yang mahu berjinak-jinak untuk berubah. Anda tu bagaimana? Lebih sedih, jika kata-kata ini daripada orang yang sudah arif dan aktif dalam bidang dakwah, diharap mereka tiada dalam golongan ini.Dunia luar. Sila ubah kata-kata. Jangan sering meludah perkataan, “Bertudung labuh itu tak semestinya baik”. Jangan mengotor persepsi orang lain terhadap tudung labuh. Gunalah perkataan yang membuatkan mereka akan tertarik dengan tudung labuh, agar mereka akan turut sama berubah. Kata-kata sebegitu menggambarkan tudung labuh itu tidak memainkan peranan penting. Dalam da’wah, kata-kata yang dihamburkan melalui bibir perlu dititik beratkan. Sama-samalah ambil iktibar.

Konklusinya, benteng luaran atau dalaman sama sahaja. Dua-dua penting. Jika seseorang itu tampak terlalu menjaga hijab luaran sahaja..sama-samalah husnuzon. Mungkin mereka sedang dalam proses berubah. Berubah itu memakan masa. Yang penting berilah support kepada mereka dan nasihat jika mereka tersilap langkah. In sha Allah