Sunday 14 July 2013

Hijab


Pernah terdetik, mahu sahaja mengubah penampilan. Mengubah pada keadaan asal. Siapalah diri ini, yang baru sahaja setahun jagung memakai tudung labuh. Diri ini tidaklah seorang insan solehah seperti yang lain. Bahkan ada yang datang kepada diri dan berkata, “Awak, awak terlalu jaga benteng luaran awak, awak tahu tak? Benteng dalaman tu lebih penting? Apa guna ada benteng luaran tapi dalaman…?” Saya fahami maksud itu. Saya amat-amat memahami. Waktu itu terasa berat di hati, rasa bersalah membawa imej sebegini. Ye, anda semua seorang yang berani, anda semua da'ie-da'ie solehah yang amat-amat gagah di medan dakwah. Saya di sini kerdil, sedang turut berlari membawa panji dakwah dalam kalangan anda, tapi..maaf. Mungkin saya masih tidak seperti anda semua, tidak segagah anda. Saya mencari pelbagai jawapan. Saya memujuk hati ini. Mencari jawapan tentang bagaimana untuk menjadi seperti anda semua?





Alhamdulillah. Sekian lama. Hati terubat. Terubat secara automatisnya. 
In sha Allah, hati akan mudah terubat jika sentiasa mengikuti pelbagai perkara atau aktiviti yang mengingati Allah.Setelah sekian lama berfikir tentang hal itu, tiba-tiba terdetik…

“Tujuan apa aku pakai tudung labuh?”

Teringat masa lalu. Ye, pada mulanya, ibu yang membeli tudung ini. Ibu yang syorkan diri ini untuk pakai tudung litup. Ibu kata, senang dipakai. Labuh. Bersolat dengan tudung ini, dijamin tutup sepenuhnya, terselak pun tidak. Hanya sarung, dan dapat ke kelas dengan cepatnya. Tudung express versi labuh.Niat itu makin lama, makin lain jadinya. Tidak lagi niat seperti dulu, semata-mata memakainya sebagai tudung express labuh.Makin bertambah masa, niat itu makin mendekatkan Allah. 

Seriously! 

Cuma mengambil masa. Paling singkat pun, setahun sahaja. Setahun untuk menjadi muslimah yang betul-betul  berubah. Berubah itu bukan hanya secepat kilat, ianya juga memakan masa. Yang penting, istiqamah melakukan sesuatu perkara, dan lakukan semua itu kerana Allah.Hanya untuk berkongsi. Jika anda mahu berubah, cuba-cubalah jejak ke dunia baru. Dunia bertudung litup. Bukan untuk mengajak anda membawa title “Ustazah” ye :) saya tahu, hanya menutupi dada itu pun sudah memadai. Tapi, jika dilabuhkan lagi? In sha Allah, anda akan mendapat hijab luaran dan dalaman. Proses hijab luaran terlebih dahulu barulah proses hijab dalaman akan diusulkan kemudian.Hijab luaran itu bermaksud, anda akan menutupi seluruh aurat anda. Ehem. Jika anda bertudung labuh, tidak ke anda segan untuk memakai pakaian ketat? Secara automatic, ianya mendorong anda untuk tutup aurat 100%. Bukan itu sahaja, secara automatic JUGA anda akan jaga tata susila anda di tempat awam. Sanggupkah anda bertudung labuh, ketawa berdekah-dekah di khalayak ramai? Tidak kan? Ianya Nampak sedikit hipokrit. Saya tahu. Tapi, inilah proses untuk berubah. Biarlah hipokrit pada mulanya, lama-kelamaan..ianya akan jadi neutral.Hijab dalaman pula? 

Sukar untuk diceritakan. Hijab dalaman akan terbentuk secara perlahan-lahan. Kita akan rasai sendiri bagaimana hijab dalaman itu terbentuk.

Hidayah itu milik Allah. Jadi, jika kita yang mengejar makcik hidayah itu, bukan ke kita yang dapat kuih makcik hidayah jual tu? Eheh. Jadi, sama-sama kejar makcik itu. Walau sesusah mana pun, asalkan kita dapat kuih yang sedap itu! Kuih itu ialah kuih hidayah. Cewah. Berbuat sesuatu yang mendekatkan diri dengan Allah setiap masa juga salah satu prosedur untuk mendapat kuih hidayah yang sedap dan lazat itu!

Ada juga sahabat-sahabat yang mula berjinak dalam dunia dakwah. Makin lama tampak kesan yang amat ketara. Mereka juga akhirnya menukar penampilan, bertudung litup. Apa pun, hijab luaran dan dalaman itu saling penting ye.Jangan judge luaran sahaja. Jangan menuding jari, “Ah, dia tu, bukannya baik” atau “Orang tu jaga luaran je, hati..perghhh..kalah orang tudung singkat”. Inilah yang mengubah persepsi orang lain terhadap orang yang mahu berjinak-jinak untuk berubah. Anda tu bagaimana? Lebih sedih, jika kata-kata ini daripada orang yang sudah arif dan aktif dalam bidang dakwah, diharap mereka tiada dalam golongan ini.Dunia luar. Sila ubah kata-kata. Jangan sering meludah perkataan, “Bertudung labuh itu tak semestinya baik”. Jangan mengotor persepsi orang lain terhadap tudung labuh. Gunalah perkataan yang membuatkan mereka akan tertarik dengan tudung labuh, agar mereka akan turut sama berubah. Kata-kata sebegitu menggambarkan tudung labuh itu tidak memainkan peranan penting. Dalam da’wah, kata-kata yang dihamburkan melalui bibir perlu dititik beratkan. Sama-samalah ambil iktibar.

Konklusinya, benteng luaran atau dalaman sama sahaja. Dua-dua penting. Jika seseorang itu tampak terlalu menjaga hijab luaran sahaja..sama-samalah husnuzon. Mungkin mereka sedang dalam proses berubah. Berubah itu memakan masa. Yang penting berilah support kepada mereka dan nasihat jika mereka tersilap langkah. In sha Allah

No comments:

Post a Comment