Friday 26 July 2013

Sparkle in the river

Kem islami, March 2013.

Jungle trekking bermula. Ianya merupakan slot terakhir untuk program amal islami di kem Sukida, Semenyih. Masing-masing memulakan langkah dengan niat yang Allah SWT sahaja yang tahu, apa yang tersimpan rapi dalam hati masing-masing. Apabila jalan mendatar bertukar menjadi jalan yang bukit, tinggi, kaki-kaki yang berjalan mula terasa lenguhnya dan apabila jalan bertukar jalan cerun, masing-masing berasa umpama ada "kuasa" yang menolak mereka untuk terus berjalan menuruni bukit, tanpa dapat menhentikan satu langkah pun. Hurm. Ini diumpama usaha. Ye, usaha itu ibarat jalan yang tinggi. Lenguh. Susah. Penat. Untuk sampai di puncak nun sana. Tapi berbeza dengan jalan yang cerun, senang untuk terus berjalan turun dan ada kemungkinan yang besar untuk jatuh jika kita menghentikan perjalanan itu. Yep, apabila kita berhenti usaha, mudah sahaja kita terjatuh. Terjatuh dan alami kesakitan yang amat sangat.

Oh ya. Saya teruskan dengan kisah perjalanan kami di hutan Semenyih ini. Tujuan slot jungle trekking ini untuk memperkenalkan pelajar cara untuk survive di hutan dengan merangkumi hal-hal islam. Banyak yang kami dapat ambil iktibar. Pada mulanya, kami perlu mendirikan solat Dhuha di dalam hutan tapi malangnya keadaan tempat yang tidak mengizinkannya. Jadi, solat sunat itu diganti dengan membaca al-Mathurat. Ah. Indah sekali. Tenang. Nyaman. Damai. Bahagia. Segala perasaan yang hadir ini sukar diungkapkan apabila ayat-ayat Allah mula dialunkan dalam hutan yang amat indah ini.

Selepas berhenti seketika di satu tempat untuk mengalunkan al-Mathurat, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke tempat reakreasi, air terjun. Perjalanan ini sememangnya mengeratkan ukhuwwah antara sahabat-sahabat yang lain. Masing-masing mula "bising" memanggil namaku. DIYANA? Ye, mereka mencari-cari kerana aku seorang yang agak cuai, mudah sahaja di-expose dengan perkara-perkara yang bahaya. Sudah dua kali kepala ini terhantuk di kayu dalam hutan dan tidak terkira berapa kali diri ini hampir terjatuh.

Perjalanan masih diteruskan. Entah berapa lama kami berjalan dalam hutan ini. Akhirnya kami sampai di destinasi yang ditunggu-tunggu..

SubhanaAllah...! Indahnya ciptaan Allah! Tempat reakreasi itu sememangnya indah. Tapi malangnya...terlalu ramai orang awam yang berada di sana. Dan entah berapa ramai yang tidak menjaga aurat dan ikhtilat. Mata ini sakit melihatnya. Sayu di hati mengharapkan mereka dapat sedar akan kesilapan itu. Terlalu sakit hati ini, gelak tawa makin bertambah, muzik-muzik lalai dialunkan dan entah..mana satu yang muslim dan yang mana satu non muslim? Hurm.

Muslimin dan muslimat pelajar KMB dipisahkan di berlainan tempat. Masing-masing di beri peluang untuk berada di sekitar tempat air terjun itu. Alhamdulillah, muslimat-muslimat KMB dapat menjaga akhlaknya dengan baik di tempat itu. Aku dan sahabat lain mencari tempat untuk duduk bersama dan rehat sekejap dari perjalanan yang agak panjang ini. Di tepian batu, kaki ini mencecah air. Duduk bersama-sama sahabat yang amat sayangi. Berkongsi kisah masing-masing. Kaki ini menggerak-gerakkan air sungai dan kelihat pasir-pasir dalam sungai mula "mencemari" air seketika. Dan. SubhanaAllah. Indahnya..ada banyak kerlipan dalam sungai itu. Yep. It's sparkling! Lawa sangat. Tangan ini mencapai "suatu" yang bersinar itu. Itu hanyalah batu yang berwarna putih tapi..Allah maha besar, batu yang putih itu dapat reflect cahaya untuk membuatnya kelihat bersinar-sinar dalam air.

Apabila masa perjalanan untuk pulang, para muslimat masing-masing melangkah kaki ke suatu tempat di mana muslimin berkumpul. Dari jauh, kelihatan para muslimin sedang.....

Allahuakbar! Entah kenapa, hati ini bercampur perasaan gembira dan sukar untuk ungkap perasaan ini. Jarang sekali dapat melihat permandangan yang indah sebegini. Sejuk mata memandang, tenang. Walau tempat itu dikeliling dengan para manusia yang mengambil ringan soal aurat dan juga ikhtilat, ada satu pemandangan yang amat-amat mengembirakan hati kami, hati para muslimat, ketika kami melalui tempat itu.

Permandangan ketika para muslimin, pelajar KMB, "kolej maha busy" mendirikan solat Dhuha. Ada yang mendirikan solat ditepian sungai, ada juga yang mendirikan solat di dalam air. Permandangan itu memberi khabar gembira kepada kami. Permandangan itu juga merupakan salah satu dakwah kepada orang sekeliling. Di mana-mana sahaja kita boleh mendirikan solat, Islam itu mudah dan Allah itu maha penyayang!



Semoga environment yang cukup hebat ini akan diteruskan pada generasi akan datang.
In sha Allah.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment