Thursday 13 October 2016

Rindu & Sunyi

Tiap hari, 24/7.  Ada satu perasaan yang hadir dalam diri aku, rasa rindu dan sunyi. Kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
Ye, aku rindu dan sunyi.
Rindu untuk kembali ke waktu dahulu, di mana aku dikellilingi insan yang hebat dan insan itu sering memperingati aku perihal agama. Rindu untuk sentiasa mengingati Allah tika aku senang dan susah. Rindu untuk sujud di sejadah dengan hati yang ikhlas, tidak mengharapkan apa-apa balasan di dunia ini.. Hanya inginkan surga di akhirat kelak.

Aku sunyi. Sunyi.
Sunyi yang sukar untuk aku tafsirkan. Aku rasakan ada sesuatu yang aku kehilangan di kelilingi aku. Ada suatu yang makin menjauhi aku. Hati yang dahulu kala terasa begitu tenang, kini makin resah. Perasaan resah bercampur dengan rasa sunyi.

Allah, aku merindui sahabat aku yang sering memperingati kepadaku tentang Allah.
Kini sahabat itu tiada lagi, hanya keimanan aku yang menemani aku. Keimanan itu makin goyah.

Allah, aku rindu dan sunyi.
Aku rindu untuk berada dekat denganmu.

Aku sunyi, aku perlukan alunan zikir dan bacaan al-quran tiap detik agar hati ini tidak menjauhi denganmu lagi.

Friday 9 September 2016

Weh, bersyukurlah!

Kau paham tak erti syukur?
Aku rasa kau paham maksud syukur tu tapi kau tak apply dalam hidup kau kan?
Maaf aku kasar, tapi kau kena sedar..kau ni kadang-kadang nampak ok, sometimes aku tengok kau ni macam tak bersyukur langsung dengan diri kau.

Kau asyik compare hidup kau dengan orang lain.
Kau asyik compare rupa paras kau dengan orang lain, weh..bersyukurlah kau ni dah sempurna segala tubuh badan, xde cacat, Allah dah bagi segalanya terbaik untuk kau. Dengan ada tangan kaki, kau boleh lakukan segala aktiviti harian kau dengan baik, bab kecantikan tu ketepikan je la woi..
Kau asyik compare bakat kau dengan orang lain, aku harap kelebihan yang kau ada, kau asah dengan lebih tajam lagi..inshaAllah jika kau berusaha, kau akan dapat jadi macam diorang. Even kau tak berbakat, kau try usaha nak jadi macam idola kau..one day, kau akan jadi macam diorang jugak. Teruskan usaha, doa dan jangan putus asa!

Yang penting sekarang, kau bersyukur dengan apa yang ada!
InshaAllah makin kau bersyukur dengan nikmat yang Dia beri, makin bertambah-tambah rezki kau.



Kau = Diri aku sendiri.
Aku harap diri aku paham dengan benda ni.
Jangan duk paham tapi tak apply dalam hidup.

Dah-dah nak try jadi orang lain, kau jadi diri kau sendiri je k.

Friday 12 August 2016

Responsibilities

Happy dengan kawan?
Bayangkan family kita tengah stress / penat dengan kerja-kerja lain.

Berusaha untuk bagi kesenangan kepada orang lain?
Family kita cmacam mana? Kita still usaha nak bagi something terbaik untuk keluarga walau sibuk untuk tolong orang lain?

Ajar orang lain untuk jadi insan yang terbaik?
Kita ada ruang nak mengajar family sendiri untuk jadi orang yang berjaya dunia akhirat tak?

Selalu belanja makan orang lain, hulur sedekah kepada orang yang memerlukan.
Hmm..yup, benda tu memang bagus! Tapi, kita ada tak cari masa nak keluar makan dengan family sendiri dan hulur duit untuk mak ayah, adik-adik?

Selalu puji kelebihan orang lain, kongsi kesenangan dengan orang luar.
Kita ada tak puji family sendiri? Atau ucap sayang kepada family sendiri? Kongsi kesenangan hidup dengan family yang 24/7 bersama dengan kita?

Tepuk dada, tanya hati kita.

.
.
.

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa agak useless.

Aku happy dengan kawan, hakikat family kat rumah tengah struggle benda lain.

Aku busy nak usahakan projek business dengan kawan aku, dalam masa yang sama aku agak terpesong sikit untuk jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan kakak.

Aku mengajar tuisyen untuk anak orang lain kot tapi, aku jarang mengajar adik aku. Adik yang datang terhegeh-hegeh tanya akak dia, "Busy tak? Tolong ajar jap." Aku rasa useless, bersalah gila.

Aku memang tak berkira dengan kawan, tapi aku tengah cuba selitkan masa keluar makan dengan family. Takpun, bawak balik makanan ke rumah pun dah dikira ok sebab masing-masing busy nak keluar makan, adik pun busy dengan kelas tuisyen.

Bab ucap sayang tu, mak aku selalu akhiri perbualan kat phone, "Sayang uyu". Kalau aku berjauhan dengan ma la. Puji family sendiri tu, entah la..maybe aku kena luangkan masa dengan adik aku, kena puji something / usaha yang mereka lakukan.

.
.
.

Tu lah, kadang-kadang aku pun ada terfikir..macam mana orang yang busy ni boleh luangkan masa dengan family dia? Mantap kot dapat uruskan family and kerjaya dengan baik. Aku pun tengah usahakan untuk menjadi seorang yang dapat urus kerjaya dan family, tapi agak susah kot. At least, try kan? Padahal aku tak la busy sangat tapi, entah la..ni baru je busy sikit..kalau banyak benda nak buat? Fikirlah sendiri.

Nak bercakap soal tanggungjawab ni, bukannya bila kita dah kawin je. Sekarang ni ha? 

Banyak lagi tanggungjawab..
Tanggungjawab sebagai seorang student / anak / akak / adik / family member / kawan / banyak lagi!

Aku tenung balik wajah family aku. Rasa bersalah.
Aku try buat planning sendiri, waktu untuk aku luangkan masa dengan diorang & waktu aku fikir pasal kerja.

.
.
.

InshaAllah, bila kita usaha untuk berikan suatu yang terbaik untuk family kita, Allah akan tolong hamba yang berusaha! 

So, sama-sama usaha untuk jalankan tanggungjawab kita tu, moga kita dapat bina keluarga yang bahagia selamanya.

InshaAllah!

Thursday 11 August 2016

Mood!

Merajuk dengan ibu dan ibu merajuk dengan aku.

Ada problem sikit.

Sepanjang 24 hours merajuk, boleh dikatakan waktu tu aku tak ada mood langsung!
Nak online pun takde mood, nak tidur pun takde mood! Haishh!
Ye la, merajuk dan kurang bercakap dengan orang yang kita sayangi.
Biasanya, tiap hari luangkan masa aku tersengih, share story dan macam-macam lagi dengan ibu.

Tapi, sekarang?

Migrain jap.

So, apa yang perlu lakukan? Buang ego.
Dekati orang yang kita sayangi dan start conversation.
Benda tu simple je!

Takde apa pun berlaku sebenarnya.
Kena mengalah dan mengaku kesalahan masing-masing.
Bagitahu hal sebenar, apa yang membuatkan kita, masing-masing merajuk.
Keadaan akan menjadi "cool" jugak.

So, sekarang?
Mood aku datang balik! Akhirnyaaa...banyak kerja tertangguh.

Tuesday 5 July 2016

Alone.

Menunggu keseorangan di hentian bas. Aku suka momen ini. Momen di mana aku hanya keseorangan, mata hanya ligat memandang kerenah orang sekeliling dan aku dapat melayani perasaan yang bermain di minda aku dengan tenang.

Bas tiba.
Aku menaiki bas untuk ke suatu tempat yang ingin dituju buat pertama kali dalam hidup.
Walau hati agak risau dan takut ; mungkin aku tersesat nanti, tapi aku positifkan diri bahawa aku dapat survive untuk travel seorang diri.



Aku masih belum bosan hidup berseorangan dan aku bahagia keseorangan.

Monday 4 July 2016

DIA YANG SALAH!


Lumrah manusia. Bukannya semua orang perfect.
At least, kita usaha untuk jadi perfect walau hakikat sebenar tak perfect. At least usaha okay?
Kita miliki pelbagai sikap buruk. Asyik pandang keburukan orang lain, bila pandang diri sendiri sebenarnya diri lebih buruk! Yep, memang pun. Kena muhasabah diri tiap hari. *mengeluh sebab kena macam-macam musibah yang nampak sangat diri yang teruk*

Salah satu sikap buruk yang sering ulangi ialah.. “Kita rasa orang lain yang salah”
Asyik-asyik dia yang salah.
Salah kita? Tak! Dia yang salah!

“Ni si A la ni punya kerja..”
“Larr..mana la saya tau..si B patut bagitahu saya kena buat itu ini..” (walau hakikat sebenar tu kerja kita kena tahu dan siapkan semuanya)
“Eh, si C ni! Kalau bukan dia yang buat kerja ni, semuanya tak jadi macam ni..”

Itu yang aku alami.
Aku asyik salahkan orang lain. Kejap-kejap si A salah. Kejap-kejap si B pulak.
Apa-apa silap aku, mesti aku akan fikir sebenarnya kesalahan itu berpunca dari si A atau B atau C!
Hinggalah satu hari, aku yang asyik salahkan orang lain untuk apa-apa kesalahan..last-last aku terkena atas muka sendiri! Itu memang salah aku! Ouchhh!!

Itu mujur orang lain tak realize yang aku kutuk-kutuk dalam hati salahkan orang lain. Alhamdulillah, mujur Allah sedarkan aku dalam diam. Bayangkan jika aku marah orang lain depan-depan, at last “bertempek” atas muka sendiri yang sebenarnya semua kesalahan tu berpunca dari aku. Punyalah malu. Ini pun, aku malu terhadap diri sendiri, betapa “stupid-nya” aku yang asyik tuding jari pada orang lain.

Bermula dari hari tu, aku mula berjaga-jaga untuk salahkan orang lain hingga satu masa, aku pulak yang salahkan diri sendiri walau tu memang salah orang lain. Eheh, terover pulak. Nama pun manusia dan aku memang tak perfect, ada kalanya akan ulang kesalahan yang sama tapi kita kena selalu beringat dan berjaga-jaga agar perangai buruk tu tak beri efek kepada orang lain. Ber-istighfar bila perangai buruk tu mula hadir dalam diri.

Bila kita mula lihat orang lain salah, apa kata kita..
i.                     Cuba berterus terang. Compare kesalahan atau konflik yang timbul. Adakah silap itu berpuca dari diri kita atau dari pihak yang lain? Saling menegur secara “personal” dan tidak menghebohkan kesalahan itu kepada orang lain.
ii.                   Jangan guna orang tengah. Orang tengah tak boleh dipercayai. Ye la, si A suruh orang tengah sampaikan mesej kepada si B..last-last orang tengah inform benda yang salah (sebab terlupa). Last-last orang tengah turut terjebak dalam konflik tersebut. Makin teruk la kan! Kenapa tak terus direct je si A dengan si B tu! Banyak platform boleh guna, hantar mesej, call dan macam-macam lagi lah! Lepas tu, saling menuduh diorang salah dan orang tengah pulak yang terkebil-kebil dipersalahkan juga.
iii.                  Bila tu kerja kita, jangan salahkan orang lain yang silap buat kerja kita. Pandai-pandailah kita tengok balik semua benda tu. Dah terang-terangan tu kerja kita, kalau ada apa-apa kesalahan, kita baikilah benda tu. Jangan pula, lepas tangan suruh orang lain buat kerja kita, lepas tu mula la tuding jari yang mengatakan individu lain buat salah padahal tu kerja kita. (ayat berbelit, pandai-pandailah korang paham ye eheh)
iv.                 Macam-macam contoh lagi tapi dah penat menaip. Eheh.

Sampai bila kita nak salahkan orang lain? Jika itu benar-benar kesilapan mereka sekalipun, kenapa kita tak usaha betulkan semua tu dengan cara menegur dan bukannya terus menerus menuding jari bahawa mereka salah?

Sebab itulah jika kita berbuat salah, perkara pertama yang kita perlu fikir..”aku ke buat salah ni?”
Kalau bukan silap kita, kita pergi tegur orang yang melakukan kesilapan tersebut atau kita usaha untuk memperbaiki kesilapan untuk kebaikan masa akan datang juga.

Buat silap. Tuding jari pada orang lain. Buat silap lagi. Tuding jari lagi..
Sampai bila benda ni nak berulang?
So, kalau diri kita buat salah, kita usaha untuk perbaiki kesilapan tersebut.
Kalau orang lain buat salah, kita kena tegur secara personal agar dia turut sedar dan perbaiki kesalahan diri dia.


Sama-sama usaha untuk jadi insan yang terbaik. InshaAllah!

Sunday 3 July 2016

LABUR DAN UNTUNG


Ke bazar ramadhan menemani sahabat untuk edarkan flyer marketing beliau. Bak kata orang, “Tabik spring-lah!”, sahabat aku memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat hasil sale yang banyak. Walau tak terlalu banyak sangat pun, dapat “income” yang masyuk every week dah bersyukur sangat-sangat.

Selepas siap edarkan flyer di kereta-kereta yang “parking” di kawasan bazar tersebut, aku dan beliau meneruskan niat kami yang lain, membeli makanan untuk berbuka puasa nanti. Habis pusing seluruh bazar, kami mula berjalan keluar dari khemah-khemah tempat orang menjual.

“Derma untuk kemboja”, suara gadis dan jejaka yang mungkin masih  menuntut di IPT tersenyum kepada kami berdua. Mereka tersenyum sambil memegang sebuah tabung dan di “vest” mereka tertulis perkataan, “Volunteer”.
Aku mengeluarkan duit yang nilainya kecil tapi bagi aku, wang tersebut sudah cukup bernilai buat mereka berdua.

“Terima kasih”, mereka masih memberi senyuman kepada aku. Aku yang hingga kini berasa agak bersalah kerana secara spontannya membalas senyuman hambar kepada mereka berdua. Mungkin waktu tersebut aku agak kepenatan selepas pulang dari kerja dan terus bergegas ke bazar ramadhan untuk edarkan flyer tersebut.

Teringat waktu aku masih menuntut di IPT. Walau hingga kini aku masih belum memegang segulung ijazah kerana berhenti belajar di pertengahan jalan (inshaAllah, buat sementara waktu), bagi aku momen-momen belajar di IPT memang suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Pengalaman “volunteer” bagi suatu aktiviti merupakan salah satu perkara yang student university paling minati. Menjadi sukarelawan merupakan suatu kepuasan diri ; kita adakan event, tolong orang dalam kesusahan dan eratkan ukhuwah sesama sahabat ketika jayakan aktiviti, di pengakhiran event tersebut meninggalkan kesan yang mendalam buat diri kita.

Join aktiviti volunteer, mengadakan event dan tolong orang dalam kesusahan? Duit poket para sukarelawan bukannya selalu penuh untuk sentiasa menghulur bantuan bagi menjayakan aktiviti tersebut. Para sukarelawan bukannya dari kalangan orang yang kaya raya. Jadi, mereka memerlukan sokongan orang lain untuk memberi sumbangan bagi menjayakan event tersebut. Hulurkan derma, mereka jayakan aktiviti sukarelawan dan kita sama-sama share pahala. Senang kan? Ibarat kita share profit-lah!

Aku juga pernah memiliki pengalaman seperti mereka, memegang tabung sambil tersenyum di khalayak ramai dan mengulang perkataan, “Derma” atau “Donation”, etc, etc. Pelbagai individu yang aku dapat lihat. Ada yang tak endah ibarat kami orang halimunan, ada yang hanya sekadar memandang kosong, ada yang terus hulurkan derma ke dalam tabung atau ada yang mencari-cari duit yang nilai paling besar untuk diberikan kepada kami. Bila aku pandang para sukarelawan, secara automatic aku dapat rasakan bagaimana perasaan mereka apabila memegang tabung derma tersebut. Itu juga salah satu sebab aku ringankan tangan hulurkan duit kepada mereka ; aku dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka jika orang ringankan tangan memberi sumbangan walau dengan nilai RM1 pun! Rasa bersyukur sangat bila orang support hasil kerja kita untuk sama-sama menjayakan event atau memberi sumbangan untuk menolong orang lain dalam kesusahan.

Oh ye, aku juga ada salah satu mindset, “Masa bulan puasa, ada je nak mintak derma dan derma tu pergi mana?”. Ni lah mindset yang merosakan hati. Kalau bukan diorang yang tercegat pegang tabung tu, bila lagi kita nak ringankan tangan hulurkan sedekah?

Berbalik kepada kisah asal, derma tabung kemboja di bazar ramadhan. Aku dan sahabat berjalan-jalan melalui gerai-gerai di bazar ramadhan buat kali kedua dan kami face-to-face dengan dua orang sukarelawan tadi (juga) buat kali kedua. Kali ini, kelihatan gadis sukarelawan tadi terduduk di atas batu jalan sambil wajahnya kelihatan berkerut. Mungkin kepenatan dan kepanasan. Betapa besarnya pahala beliau, berpenat di bulan ramadhan untuk mendapatkan sumbangan rakyat di kemboja.

Lepas ni, bila lihat orang berdiri sambil memegang tabung untuk apa-apa sumbangan, ringan-ringankan-lah tangan untuk memberi sedekah kepada mereka. Walau kita lihat mereka hanya berdiri, sambil memegang tabung dan hanya tersenyum itu seakan-akan perkara biasa sahaja tapi hakikat sebenar kerja-kerja amal itu amat penat! Penat dari segi bertemu dengan pelbagai kerenah individu sekeliling, berpanasan, penat tersenyum sambil mengucap kata-kata terima kasih dan pelbagai lagi.

Bersedekah tu bukan sekadar memberi sahaja.
Sedekah itu ibarat kita melaburkan modal bagi mendapat keuntungan ; jika bukan keuntungan didunia, inshaAllah di akhirat kelak!


**Senyum**

Wednesday 13 January 2016

Pelaburan?

"Kalau camtu, baik sedekah kepada yang lebih memerlukan. Dalam Al-Quran Allah dah janji, siapa yang beri sedekah, dia ibarat melabur untuk dunia akhirat"
"Eh..sedekah tu lain.. Kalau bagi sedekah pun, labur akhirat nanti, tak dapat apa-apa untuk dunia ni.."

Ok. Aku bercakap dengan orang yang selalu ke masjid dan sering hadiri mana-mana ceramah yang diadakan di masjid plus, dia banyak membaca buku agama. Hmm..takkan mindset begini juga?

Aku masih ingat kata-kata dia,

"Ni dunia semata-mata, buat apa semua ni??"
Jika aku mula berdebat soal mencari duit.

Tapi sekarang? Hakikatnya, dia yang terhegeh-hegeh menyertai pelaburan yang agak syubhah. Kejar duit jugak ek, bukan ke tu dunia? Aku tak faham dengan pelaburan tu. Dikaburi dengan ustaz yang banyak ilmu agama memperkenalkan sistem pelaburan tersebut, aku masih lagi teguh dengan pendirian aku,

"Memanglah dia ustaz. Sekarang, topik halal haram atau syubhah kena kaji lagi. Memang orang hebohkan benda ni halal tapi cuba fikir balik, tak syubhah ke? Dari mana duit yang diperolehi dari pelaburan tu? Halal ke??"

"Ustaz tu belajar dari segi apa? Benda ni kena tanya ustaz yang belajar lebih mendalam, kalau dapat tanya ustaz yang belajar kewangan / ekonomi islam lagi bagus"

"Forex ke, MLM ke, orang hebohkan halal tu, kena kaji balik! Duit ni mudah je boleh kaburi mata manusia"

Aku lupa nama penuh pelaburan yang diperkenalkan oleh ustaz tersebut. Katanya, ada 3 atau 4 jenis pelaburan yang boleh sertai. Paling murah RM350 yang dapat kita labur. Lepas ni, selama tiga bulan berturut-turut pelabur akan dapat RM100 dan bulan keempat, pelabur akan perolehi RM800.

Aku pelik, kenapa macam tu sekali? Err..mesti ada taktik yang tersembunyi. Kalau selama tiga bulan RM100 itu ibarat kita dapat balik duit yang kita dah labur dan RM50 tu mungkin dia dapat keuntungan dari syarikat yang perkenalkan sistem ini.

Aku kaji pula tentang pelaburan ini di internet. Pelaburan yang orang masih tak kenali sepenuhnya lagi. Baru beroperasi pada bulan disember 2014. Tagline yang dia tekankan dalam blog pelaburan ini ialah, "Niatkan ikhlas untuk melabur, kita nak menolong antara satu sama lain. Pelaburan ini tujuannya untuk saling tolong menolong"

Err..apahal dengan tagline dia ni?? Bunyinya seperti kita labur dan tunggu orang daftar seterusnya. Orang yang baru berdaftar tolong dengan cara "bagi duit mereka" kepada kita.

Aku berdebat lagi mengenai pelaburan ini, jika tagline yang berbunyi sebegitu, ianya ibarat, pelaburan ni mengambil duit orang lain! Halal ke cara tu?? Ada akad yang mengatakan "saya akan bagi duit saya pada sekian..sekian.." tak?

Aku masih tak faham benda ni. Aku ulang berkali-kali, "Ini syubhah, islam melarang benda yang yang syubhah"

Entah, aku tak pasti dia dengar tak kata-kata aku yang dipandang sebagai "orang yang tak berilmu ini". Aku cuma berharap, moga Allah bukakan hati dia dan fikir baik-baik. Dah kali ke berapa dia terkena benda camni. Mudah diperdaya oleh orang lain.