Sunday 9 June 2013

Bersyukurkah kita?


Kenapa sukar untuk ucap ALHAMDULILLAH ye?

Tarik nafas panjang.

Ana seorang yang amat jarang mengucap ALHAMDULILLAH. Perkataan yang penuh barakah itu sungguh sukar untuk diucap di bibir ini. Ana sememangnya sebegini, jarang mengamal untuk ucapkan rasa bersyukur ataupun ALHAMDULILLAH, mungkin itu juga salah satu punca sukar untuk mengingati Allah ketika senang mahupun susah.

Ana seorang hamba Allah yang tinggal di kawasan yang agak pendalaman. Kawasan rumah ana tidaklah pendalaman tapi jika lihat disekeliling kawasan tempat ana ini boleh dikatakan pendalaman. Jadi, pelbagai pengalaman yang ana perolehi, berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, ini merupakan salah satu kisah yang ana pernah alami. Mungkin juga pengalaman sebegini mengajar diri ini tentang erti rasa syukur.

Syukur mengenai hidup kita?

Ana masih mengingati kejadian ini. Ketika ana tingkatan tiga atau empat, ana pun kurang pasti. Ketika itu, ana sedang duduk berseorangan di perhentian bas di hadapan sekolah. Ana menunggu ketibaan ibu yang berjanji untuk menjemput ana di situ. Penantian itu agak lama sehinggalah ana terpandang seorang budak perempuan. Masih berpakaian sekolah walaupun jam menunjukkan pada pukul 4 petang. Susuk tubuh yang kecil itu sedang bermain berseorangan di dalam parit. Ana memandangnya dengan agak pelik. "Apa yang budak tu sedang buat?". Beberapa minit kemudian, ana tidak endahkan budak itu lagi.

Ana mula termenung, menanti ketibaan ibu. Tiba-tiba, dikejutkan dengan suatu suara disebelah ana.

"Akak...akak tunggu apa?"

Ana memandang gadis kecil yang berada di sebelah ana.

"Akak sedang menunggu mak akak...", kataku sambil tersenyum kepadanya.

Gadis yang kecil itu merupakan budak yang ana memandangnya tadi.

Ana lihat sesuatu yang dipegang di tangannya. Terdapat botol yang diisi dengan air dan ada seekor ikan di dalamnya. Mungkin dia perasan ana merenung botol itu agak lama.

"Saya tangkap ikan ni dalam parit tu tadi. Banyak betul ikan!", dia tersenyum memperlihatkan barisan giginya yang agak comel itu.

Ana merenung diri gadis kecil itu pula. Baju sekolahnya sudah lusuh. Kekuningan. Kasut sekolahnya, sudah pun terkoyak menampakkan isi dalamnya. Kelihatan segala yang dipakainya, sudah pun lusuh.

Ana mula bertanyakan soalan kepadanya..
"Adik buat apa disini?"

"Adik tunggu bas. Biasanya ada pakcik bas petang-petang kat sini. Pakcik tu baik..dia bagi adik naik bas dia percuma je. Kalau tak ada bas, adik akan balik jalan kaki je. Biasanya adik akan tunggu disini dengan kakak adik, tapi hari ni dia tak datang sekolah."

"Oh, rumah adik kat mana?" tanyaku lagi

"Rumah adik di ---, jauh la jugak dari sini"

Berderau darah ana ketika itu. Siapa yang tak terkejut. Rumahnya itu sememangnya jauh. Jika diukur jauhnya mungkin berpuluh kilometer. Hati mula sebak memikirkan nasib gadis kecil itu yang mungkin berumur 9 tahun.

Perasaan ingin tahu mengenai keluarganya mula membuak. Ana mula rancak berbual dengan gadis kecil ini, dia juga nampak selesa ditemani oleh seseorang ketika itu.

"Ayah adik kerja apa ek?", ana bertanya kepadanya dengan nada sebagai seorang sahabat

"Ayah adik dah meninggal. Sekarang adik ada ayah tiri....", kelihatan wajahnya mula berubah, sayu.

Ana mula menenangkannya. Rasa menyesal mula menyelubungi diri, bertanyakan soalan ini. Gadis kecil ini menyambung lagi...

"Adik ada seorang kakak, adik ada keluarga tiri...ayah tiri adik kerja sebagai seorang pemandu lori kayu balak. Mak adik, ayah tiri adik selalu rotan adik. Diorang berat sebelah..diorang sayangkan adik beradik tiri berbanding adik dan kakak..."

Ana lupa sebab kenapa dirinya dirotan, agak panjang apa yang dia berkongsi dengan ana. Kisahnya amat-amat sedih. Dia tidak mendapat kasih sayang yang secukup dari keluarganya. 

Pelbagai soalan yang ana ingin bertanyakannya lagi. Ibu ana sudah tiba ketika itu. Terasa sayu untuk meninggalkan gadis ini berseorangan. Ana mencari apa yang ana ada. Ana berikan segala kepadanya.

Beberapa hari kemudian, ana berkongsi cerita gadis kecil ini kepada sahabat ana. Dia turut mengenali gadis kecil itu. Dilihatnya, dia membeli mee segera di sebuah kedai serbaneka 24jam. Gadis ini mungkin tidak pernah merasa makanan ini, mungkin tidak tahu bagaimana cara untuk memakan makanan ini. Mee segera di dalam cup ini, diketuk-ketuk olehnya, untuk mengambil isi yang dilihatnya mungkin lazat. Sahabat ana hanya dapat memandang dari jauh. Dia pun sudah dimaklumi bahawa gadis kecil ini merupakan salah satu dalam berjuta-juta kanak-kanak yang diberi pelbagai dugaan oleh Allah.

Cuba kita bandingkan dengan diri kita?

Kita miliki rumah? Tidakkah kita berasa bersyukur?

Kita memiliki kenderaan? Masih tidak berasa bersyukur?

Ibubapa kita mahu berikan kasih sayang yang terbaik untuk diri kita? Kita pula beriya-iya untuk jauhkan diri dari ibubapa kita?

Kita sudah pun cukup kasih sayang? Masih terhegeh-hegeh mencari kasih sayang kekasih lain walaupun usia masih muda dan mentah?!

Kita diberi pelajaran yang terbaik sewaktu usia muda? Diri kita malas berusaha?

Kita memiliki duit yang mencukupi? Tidak terdetikkah untuk bersedekah sebahagian dari wang itu?

Kita sering mengeluh tentang perkara yang kecil? Tidak pernah terfikirkah, saudara seislam kita yang lain masih mengucap rasa syukur walau nyawa mereka ibarat telur dihujung tanduk?

BERSYUKURKAH KITA?

Tepuk dada, tanya iman.

7:10. Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.

7:144. Allah berfirman: "Hai Musa sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur". 

10:60. Apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat? Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri (nya). 

14:7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" 

Saturday 1 June 2013

Muslim yang ohsem



Ini untuk peringatan diri sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat yang lain.

Ketika dalam perjalanan musafir untuk pulang ke rumah, saya dan keluarga berhenti untuk menunaikan solat. Kedengaran imam sedang membaca doa yang menandakan solat berjemaah bagi solat asar sudah pun selesai. Beberapa minit kemudian, kelihatan beberapa orang keluar dari masjid tersebut yang mungkin bilangannya kurang dari sepuluh orang. Kelihatan yang keluar dari masjid itu juga semuanya dari kalangan orang sudah pun berumur dengan kata lain, tiada seorang pun dalam kalangan orang muda. Terdetik dalam hati saya....di mana kaum adam yang masih muda di luar sana? Jika terlalu sibuk dengan pekerjaan, adakah mereka punyai waktu untuk solat berjemaah ataupun tidak?

Kita asyik bermadah dengan kata-kata manis, islam itu mudah, islam itu sempoi, islam itu segala-galanya. Reflect dengan diri kita pula? Adakah kita lakukan apa yang kita katakan selama ini?

Sukar nak cari para pemuda dan pemudi yang sempoi. Group of people yang geng-geng kaki masjid. Kaki masjid itu cool tau! Teramat-amat cool di mata Allah, di mata para rasul, di mata para malaikat dan juga di mata orang mukmin ;)

So, jom kita menjadi hamba Allah yang sempoi. Cuma gagahkan kaki untuk ke masjid. Tunaikan solat jemaah dan ditambah pula dengan usrah. Semua itu ibarat penambah perisa dalam makanan ;)

Jom-jom para pemuda dan pemudi. Ayuh bersolat jemaah dan hadiri majlis ilmu! ^o^

Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”.

Hadis mengenai kelebihan solat subuh secara berjemaah. Bukan solat subuh sahaja, malah solat 5 waktu secara berjemaah menambahkan lagi keohseman kita sebagai seorang muslim! Jom jadi muslim yang ohsem! ;)