Thursday 23 August 2012

Pakwe atau bakal suami?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Sedang berborak-borak bersama kakak yang tercinta. Tiba-tiba terselit satu cerita tentang panggilan "Bakal Suami" yang biasanya ramai orang memanggil dengan panggilan "Pakwe".  Alhamdulillah, kakakku telah menemui bakal jodohnya, mereka baru sahaja mengenali, tak pernah bersua dan tak pernah bercakap sesama mereka. Hanya berhubung melalui mesej. Bertambah sweet lagi, bila si lelaki tersebut, dari jauh..rela ke Kelantan untuk bersua dengan ibu bapaku. Bukan datang bersama-sama ahli keluarga, tapi datang seorang diri. Ini membuktikan bahawa dia serius untuk mengikat tali keluarga antara kami. Baru-baru ini pula, ahli keluarganya datang, kakakku sememangnya nampak sibuk menyediakan pelbagai makanan untuk bakal suaminya itu :)

Oh ya, mengenai panggilan yang sesuai untuk lelaki atau perempuan yang betul-betul serius dalam hubungan, lebih baik kita panggil dengan panggilan bakal suami atau isteri. Kenapa? Tujuan kita saling menyayangi dan timbul rasa cinta antara lelaki dan wanita, semestinya untuk mendirikan rumah tangga kan? Panggilan pakwe atau makwe, ibarat panggilan yang tiada penghujungnya dan tidak serius seperti panggilan bakal suami atau isteri. Kakak saya memberitahu, rakannya bertanyakan kepada dia mengenai bakal suami kakak yang lain. Rakannya menggunakan istilah "Pakwe" untuk bakal suami, kedengaran agak janggal dengan panggilan tersebut. Lebih-lebih lagi, tak manis jika orang mendengar dan takut menimbul fitnah. Cuba anda guna panggilan "Bakal Suami", kedengaran panggilan itu sweet sangat kan?  So, lepas ni sama-sama kita gunakan panggilan yang sweet ni untuk crush kawan-kawan kita. InsyaALLAH, dengan menggunakan panggilan tersebut, ibarat doa kita terhadap hubungan mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin. ^_^