Sunday 3 July 2016

LABUR DAN UNTUNG


Ke bazar ramadhan menemani sahabat untuk edarkan flyer marketing beliau. Bak kata orang, “Tabik spring-lah!”, sahabat aku memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat hasil sale yang banyak. Walau tak terlalu banyak sangat pun, dapat “income” yang masyuk every week dah bersyukur sangat-sangat.

Selepas siap edarkan flyer di kereta-kereta yang “parking” di kawasan bazar tersebut, aku dan beliau meneruskan niat kami yang lain, membeli makanan untuk berbuka puasa nanti. Habis pusing seluruh bazar, kami mula berjalan keluar dari khemah-khemah tempat orang menjual.

“Derma untuk kemboja”, suara gadis dan jejaka yang mungkin masih  menuntut di IPT tersenyum kepada kami berdua. Mereka tersenyum sambil memegang sebuah tabung dan di “vest” mereka tertulis perkataan, “Volunteer”.
Aku mengeluarkan duit yang nilainya kecil tapi bagi aku, wang tersebut sudah cukup bernilai buat mereka berdua.

“Terima kasih”, mereka masih memberi senyuman kepada aku. Aku yang hingga kini berasa agak bersalah kerana secara spontannya membalas senyuman hambar kepada mereka berdua. Mungkin waktu tersebut aku agak kepenatan selepas pulang dari kerja dan terus bergegas ke bazar ramadhan untuk edarkan flyer tersebut.

Teringat waktu aku masih menuntut di IPT. Walau hingga kini aku masih belum memegang segulung ijazah kerana berhenti belajar di pertengahan jalan (inshaAllah, buat sementara waktu), bagi aku momen-momen belajar di IPT memang suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Pengalaman “volunteer” bagi suatu aktiviti merupakan salah satu perkara yang student university paling minati. Menjadi sukarelawan merupakan suatu kepuasan diri ; kita adakan event, tolong orang dalam kesusahan dan eratkan ukhuwah sesama sahabat ketika jayakan aktiviti, di pengakhiran event tersebut meninggalkan kesan yang mendalam buat diri kita.

Join aktiviti volunteer, mengadakan event dan tolong orang dalam kesusahan? Duit poket para sukarelawan bukannya selalu penuh untuk sentiasa menghulur bantuan bagi menjayakan aktiviti tersebut. Para sukarelawan bukannya dari kalangan orang yang kaya raya. Jadi, mereka memerlukan sokongan orang lain untuk memberi sumbangan bagi menjayakan event tersebut. Hulurkan derma, mereka jayakan aktiviti sukarelawan dan kita sama-sama share pahala. Senang kan? Ibarat kita share profit-lah!

Aku juga pernah memiliki pengalaman seperti mereka, memegang tabung sambil tersenyum di khalayak ramai dan mengulang perkataan, “Derma” atau “Donation”, etc, etc. Pelbagai individu yang aku dapat lihat. Ada yang tak endah ibarat kami orang halimunan, ada yang hanya sekadar memandang kosong, ada yang terus hulurkan derma ke dalam tabung atau ada yang mencari-cari duit yang nilai paling besar untuk diberikan kepada kami. Bila aku pandang para sukarelawan, secara automatic aku dapat rasakan bagaimana perasaan mereka apabila memegang tabung derma tersebut. Itu juga salah satu sebab aku ringankan tangan hulurkan duit kepada mereka ; aku dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka jika orang ringankan tangan memberi sumbangan walau dengan nilai RM1 pun! Rasa bersyukur sangat bila orang support hasil kerja kita untuk sama-sama menjayakan event atau memberi sumbangan untuk menolong orang lain dalam kesusahan.

Oh ye, aku juga ada salah satu mindset, “Masa bulan puasa, ada je nak mintak derma dan derma tu pergi mana?”. Ni lah mindset yang merosakan hati. Kalau bukan diorang yang tercegat pegang tabung tu, bila lagi kita nak ringankan tangan hulurkan sedekah?

Berbalik kepada kisah asal, derma tabung kemboja di bazar ramadhan. Aku dan sahabat berjalan-jalan melalui gerai-gerai di bazar ramadhan buat kali kedua dan kami face-to-face dengan dua orang sukarelawan tadi (juga) buat kali kedua. Kali ini, kelihatan gadis sukarelawan tadi terduduk di atas batu jalan sambil wajahnya kelihatan berkerut. Mungkin kepenatan dan kepanasan. Betapa besarnya pahala beliau, berpenat di bulan ramadhan untuk mendapatkan sumbangan rakyat di kemboja.

Lepas ni, bila lihat orang berdiri sambil memegang tabung untuk apa-apa sumbangan, ringan-ringankan-lah tangan untuk memberi sedekah kepada mereka. Walau kita lihat mereka hanya berdiri, sambil memegang tabung dan hanya tersenyum itu seakan-akan perkara biasa sahaja tapi hakikat sebenar kerja-kerja amal itu amat penat! Penat dari segi bertemu dengan pelbagai kerenah individu sekeliling, berpanasan, penat tersenyum sambil mengucap kata-kata terima kasih dan pelbagai lagi.

Bersedekah tu bukan sekadar memberi sahaja.
Sedekah itu ibarat kita melaburkan modal bagi mendapat keuntungan ; jika bukan keuntungan didunia, inshaAllah di akhirat kelak!


**Senyum**

No comments:

Post a Comment