Thursday 29 August 2013

August 2013

Alhamdulillah, malam ini masa agak "terluang". Tiada homework. Tapi "hanya" ditemani dengan extended essay, IA ITGS, dan latihan untuk preparation IELTS.

Masa yang terluang ini, memberi sedikit masa untuk mengimbas kembali masa lalu, kadangkala tersenyum sendirian. Merenung keseorangan, merenung ke luar jendela bilik dalam kepenatan yang ditanggung selama hampir dua minggu ini.

Teringat kejadian yang terjadi beberapa hari yang lepas. Amat banyak. Tidak terkira. Setiap hari, pasti terjadi pelbagai perkara yang membuatkan minda ini terus menerus berfikir cara untuk menangani segala perkara itu.

Ada juga perkara yang membuatkan diri ini terus berasa bersyukur walau dalam kepenatan, Allah memberi satu anugerah yang tidak ternilai. Anugerah persahabatan, kasih sayang dan kebahagiaan yang dirasai setiap hari. Kepenatan itu amat-amat berbaloi.

#ZooNegara #MegaProject #Volunteer #Love

#TadikaClub #Children #Love #Raya

Dalam menjalani hari-hari yang penat dan membahagiakan, kadangkala hati juga menanggung sesuatu yang membuatkan diri ini sering berada dalam dilema. Mungkin juga perkara ini merupakan perkara yang biasa dihadapi oleh setiap pelajar. In sha Allah, apa jua rintangan yang dihadapi, Allah akan memberi jalan yang terbaik buat hambanya. Yang pasti, tetapkan Allah dalam hati dan ingatlah bahawa, apa jua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Dalam menjalani hari-hari yang amat memenatkan fizikal dan minda juga, kita tidak sedar bahawa ada segelintir sahabat yang menanggung perkara yang lebih memenatkan berbanding dengan diri kita. Mungkin juga kita sedar tapi kita hanya sekadar "menutup mata", tanpa menghiraukan mereka? WaAllahulam. Ingatlah bahawa, mukmin yang menolong sesama mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah dengan syarat, menolong sesama kita kerana Allah SWT. *Senyum*

YaAllah, tetapkan dalam hati ku dan sahabat-sahabatku untuk menuntut ilmu keranamu YaAllah. Tetapkanlah hati kami, melakukan segala perkara dengan niat untuk mendapat keredhaanmu yaAllah. Tetapkanlah hati kami, walau menerima apa jua rintangan di dunia ini, kami menerimanya dengan redha. Tetapkanlah hati ini, supaya terus berjihad untuk bekalan ilmu di dunia bagi menyelamatkan umat islam (in sha Allah) dan juga bekalan di akhirat kelak. Semoga jihad ini berterusan hingga surga. In sha Allah. :)

No comments:

Post a Comment