Monday 5 August 2013

Iman perisa madu (I)



Alhamdulillah. Semakin hari semakin bertambah "sesuatu" yang dipelajari dalam hidup ini. Banyak situasi yang membuatkan "mata" ini dibuka dengan luas dan dapat melihat sesuatu secara zahir dan batinnya. Jika bukan kerana Allah mengizinkan untuk mendapat "pelajaran" ini, mungkin "mata" ini masih belum dapat dibuka sepenuhnya, mungkin juga akan terus kabur atau buta sepanjang masa? Wallahualam.

Siyesli! Sejak berada di Kolej Mara Banting, "mata" ini semakin bertambah hilang kaburnya, makin bertambah clear pandangannya. Thanks Allah. Dengan environment yang amat-amat islamik ini, membuatkan hati yang dah lama tak digilap, sudah mula kelihatan sinarnya. In Sha Allah, semoga sinar ini akan bertambah kerdipannya nanti :)

Diri ini sering dihadiri penyakit yang amat kronik. Penawarnya amat senang dicari tapi kenapa diri ini amat sukar diubati? Err..? Penyakit hati semakin hari, semakin bertambah buruk.

Alhamdulillah..kadangkala, jika mula "tumbuh" tompokan hitam di hati, cepat-cepat cari penawar untuk hilangkan tompokan itu.

Tapi..kadangkala, jika tidak perasan dan lalai akan mula "tumbuhnya" tompokan di hati, makin lama tompokan itu makin bertambah dan menular di bahagian hati yang lain!

Astaghfirullah!

Ketika itu penyakit hati akan bertambah kronik

Bagaimana nak menyembuhkan penyakit ini?

Untuk menyembuhnya amat senang dan amat cepat.

Cara untuk menyembuhnya adalah..
mencari penawar yang bernama TAUBAT NASUHA.

Tapi...hanya hamba-hamba Allah tertentu sahaja yang berjaya dalam suntikan penawar TAUBAT NASUHA ini

kerana jika lalai ketika proses "suntikan" itu berlaku, kemungkinan besar penyakit itu tidak akan sembuh.

Jadi, jika suntikan dengan penawar "TAUBAT NASUHA" ini belum berjaya sepenuhnya..

"suntik"lah berkali-kali

Agar suntikan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam buat diri kita

dan kita juga tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu lagi

Wallahualam.

*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *

Sejak akhir-akhir ini hubungan dengan sahabat-sahabat lain makin akrab. Hubungan akrab itulah membuatkan kami saling meluah antara satu sama lain. Alhamdulillah, itulah bukti persahabatan kami kian utuh dan kian mekar. Kami saling percaya satu sama lain dan kami saling berkongsi suka dan duka diantara kami.

Ingin berkongsi kisah seorang sahabat yang datang dan bertanya sesuatu kepada saya. Pada mulanya, sukar untuk memberi jawapan yang terbaik untuk dia kerana diri ini pun memiliki masalah sama. (Ketika itu, tarik nafas panjang-panjang dan fikir jawapan yang terbaik dengan tenang) In sha Allah, jika kita mahu menasihati atau memberi tips-tips islamik kepada mereka dengan niat kerana Allah, secara automatiknya bibir kita akan menyampaikan sesuatu perkara dengan baik dan lancar.

Sahabat saya itu mendekati saya dan menceritakan suatu kejadian yang baru terjadi terhadap diri dia.

"Diyana, saya sedang merindui sesuatu. Rindu sangat-sangat. Saya ingin mengalami situasi itu semula..entah, situasi itu membuatkan saya rasa amat-amat...hurm, sukar untuk diungkap dengan kata-kata"

Errr? Pada mulanya saya tak pasti apa yang dia katakan itu. Kedengaran amat aneh apa yang dia cuba sampaikan itu.

"Saya baru sahaja rasai situasi tu sebentar tadi. Saya mahu rasainya semula tapi...entah kenapa, dah tak dapat"

Kelihatan matanya seperti seakan-akan bersinar, mahu mengalir air mata barangkali. Sahabat saya ini baru sahaja pulang dari kem Amal Islami, saya juga tak pasti kenapa dia tiba-tiba berubah sikapnya dengan kata-kata yang diucapkan amat aneh sekali.

Saya mula bertanyakannya, "Emm..apa maksud awak? Awak rindu siapa? Situasi apa tu? Awak rindu saat-saat bersama sahabat awak ke?"

Soalan saya sememangnya melencong apa yang dia maksudkan itu.

Sahabat saya menggeleng kepala.

"Tak...itu bukan mengenai manusia. Hurm.."

Mata saya mula berkelip-kelip kehairanan. Jika bukan manusia, habis tu apa?

Sahabat saya mula mengatur ucapannya.

"Sebenarnya, saya baru sahaja rasai sesuatu yang...amat-amat tenang, amat-amat sukar nak diucapkan kerana ianya mengenai Allah. Perasaan itu membuatkan saya rasa bahagia, amat bahagia sekali. Saya hanya rasai untuk beberapa saat sahaja dan sekarang, perasaan itu hilang. Saya mahu rasainya semula, tapi...tak dapat. Saya sudah membaca ayat-ayat al-quran, berzikir tapi...entah, perasaan yang saya rasai itu sudah tiada, saya rasa kosong sekarang. Diyana, macam mana ye, nak rasai semula apa yang saya cakapkan tadi?"

Ketika itu barulah saya faham. Dia mula rasai kemanisan iman ini, walaupun dia merasainya untuk beberapa saat.

SubhanaAllah, amat-amat manis kan? Sehingga dia tercari-cari semula "nikmat" keimanan ini yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata, kerna bila hati hanya pada Allah, kita akan rasa tenang dan bahagia!

*      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *     *      *  

Ini merupakan perkara-perkara yang saya kongsikan untuk sahabat saya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan buat kita semua.

Manusia sememangnya dicipta oleh Allah SWT dengan sifatnya yang mudah lupa, jadi..sebagai saudara sesama muslim, kita perlulah saling mengingati antara satu sama lain. In sha Allah. :)

.     .     .     .     .     .    

Bagaimana kita ingin perolehi kemanisan iman itu?

Jawapannya agak cliche dan mungkin juga kita sudah lama mengetahuinya

.     .     .     .     .     .

Perbualan antara kami masih diteruskan. Sahabat saya begitu bersemangat untuk peroleh jawapan daripada saya. Jawapan tentang bagaimana untuk perolehi semula ketenangan yang dia rasai tadi.

"Awak, saya pun agak sukar untuk mendapat perkara yang awak cakapkan tadi..saya pun seperti awak. Saya juga masih tercari-cari.."

"Apa maksud awak?", sahabat saya mula kehairanan.

Bibir ini hanya tersenyum dan meneruskan kata-kata yang lain.

"Awak, apa yang penting..teruskan istiqamah untuk beribadah kepadaNya."

Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Sahabat saya masih lagi belum mengerti.

"Awak...ingat tak kisah Rasulullah S.A.W. Rasulullah tak pernah penat mengerjakan ibadah. Walaupun Allah sudah menjanjikan syurga buat Rasulullah, tapi...Rasulullah tak pernah mengenal erti penat. Rasulullah mengerjakan solat dan hanya dengan satu rakaat baginda berdiri selama berjam-jam sehingga kakinya bengkak. Kita pernah wonder tak, kenapa Rasulullah mengerjakan ibadah dengan begitu sekali?"

Sahabat saya hanya mendiamkan diri dan menggelengkan kepalanya.

"Cuba kita bayangkan perkara yang kita amat gemar melakukannya setiap hari. Erm..jika saya, saya terlalu gemarkan photography. Berada di bawah panas terik sambil mengambil gambar berjam-jam, saya tak rasai langsung kepenatannya."

Sahabat saya hanya tersengih.

"Err.. Diyana, apa kaitan photography dengan kisah Rasulullah tadi?

"Ada kaitannya." Sambil tersenyum

Bersambung.

No comments:

Post a Comment