Monday 10 December 2012

Hospital Attachment Experiences : paediatric & female ward


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Kali ini kami ke wad wanita dan kanak-kanak. Kelihatan nurses , kesemuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Doktor dan nurse bukan hanya merawat pesakit, mereka juga sibuk dengan urusan mencatat fail-fail hospital dan pesakit. Kami ke wad ini hanya sekadar membaca fail-fail pesakit yang dicatat oleh doktor dan nurse. Kandungan fail yang paling menarik, tertulis bahawa ada seorang pesakit orang asli dari pendalaman menggunakan helikopter sebagai kenderaannya untuk ke hospital. Pesakit itu mengalami demam panas. Umur pun hanya belasan tahun, untung hamba Allah ini sudah memiliki pengalaman menaiki helikopter pada usia muda ;) *Sekadar Gurauan*. Majoriti catatan yang ditulis oleh doktor amat sukar untuk kami membacanya. Seperti biasa, tulisan doktor sememangnya unik sehingga hanya beberapa insan terpilih dapat membacanya. Maaf, kedengaran agak sarcasm disitu ;)

Kami mula berjalan mengelilingi wad ini. Bosan. Tiada apa yang dapat kami buat, ingin menolong nurse, kami masih lagi budak mentah dan waktu petang selalunya nurse hanya sibuk dengan urusan meng-update fail pesakit. Ketika kami sedang berehat di satu sudut dalam wad tersebut, tiba-tiba bunyi riuh datang daripada belakang kami. Nampaknya, ada seorang pesakit ingin lari daripada hospital. Nurse tetap menahannya daripada melarikan diri tanpa kebenaran Sister. Nama pesakit ini, Krisna. Ayah dan rakannya memujuk supaya dia tidak keluar daripada wad. Entah kenapa pesakit ini beria-ia ingin keluar daripada hospital walaupun belum sembuh. Ayahnya mula membebel. Rakannya tetap memujuk dengan bahasa orang asli yang kami sedikit pun tidak faham apa yang dituturkan. Kelihatan air mata mengalir dipipi Krisna. Nurse dan security mula menahannya daripada melakukan tindakan keluar secara melulu. Krisna duduk di celah-celah meja di satu sudut berdekatan dengan kami. Kami hanya mendiamkan diri, salah seorang rakan cuba menegurnya, tetapi dia hanya mendiamkan diri menangis. Beberapa minit kemudian, nurse datang berdekatan meja tersebut dan membaca fail pesakit. Krisna baru sahaja berumur 14 tahun, sudah berkahwin dan sekarang mengandungkan seorang bayi. Ayahnya mula membebel dalam bahasa yang kami fahami, dia memarahi anaknya. Krisna tetap berkeras kepala ingin pulang ke rumahnya. Akhirnya, nurse bersetuju untuk membenarkan Krisna balik.

Kami berjalan-jalan pula ke wad lain. Kelihatan seorang makcik yang mungkin berusia 50-an mendukung seorang bayi. Bayi itu merupakan cucunya baru sahaja berumur beberapa bulan. Berkerut dahi bayi itu ketika kami mendekatinya. Bayi itu amat comel! Montel! Sememangnya gaya yang tersendiri, suka berkerut dahi. Bosan kata neneknya jika berada dalam bilik wad pesakit tersebut, jadi dia mengambil jalan mudah mendukung bayi itu, berada di luar bilik. Kami berborak sebentar dengan mak cik ini. Oh ye, bayi ini bernama Ramadhan dan demam panas sejak beberapa hari yang lalu. Nampaknya, demam Ramadhan makin surut, mungkin beberapa hari lagi dia akan dibenarkan keluar :D Alhamdulillah!

Hari yang agak membosankan. Kami kembali membelek-belek fail yang terdapat di wad tersebut. Beberapa topik yang kami bincangkan sebagai mengisi waktu lapang kami. Akhirnya jarum jam mula menunjukkan pukul 4.45 dan kami memulakan langkah ke pejabat pentadbiran untuk menanda tangan di sekeping kertas sebagai bukti kedatangan dan kepulangan kami di hospital tersebut ;)

 ^__^ Alhamdulillah. New exprience.
Salam.

No comments:

Post a Comment