Wednesday 12 December 2012

Hospital Attachment Experiences : Haemodialysis


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah.. Allah memberi peluang untuk menuntut ilmu dan mendapat pengalaman yang baru setiap hari. Walaupun bidang medik ini berlainan dengan bidang sebenar yang bakal saya pelajari, tapi pengalaman ini dapat memberi peluang untuk saya rasai suasana menjadi seorang doktor mahupun perasaan seorang pesakit. Hari ini, kami berlima diberi pendedahan mengenai haemodialysis. Apa itu Haemodialysis?

- Dialysis adalah kaedah tiruan untuk menjalankan tugas buah pinggang
- Bahan buangan dan air dikeluarkan daripada badan menerusi dua proses iaitu resapan dan ultrapenurasan
- Bahan membran dan air meresap masuk membaran separa tetap ke dalam bendalir dialisis untuk disingkirkan daripada badan
- Dalam dialysis peritoneum, membran ini merupakan peritoneum
- Dalam hemodialisis, membran ini merupakan buah pinggang tiruan atau alat dialisis

#SumberDari : SINAR HAEMODIALYSIS

Sumber : Encik Google

Apabila pintu wad dimana pesakit-pesakit yang menjalani rawatan dialysis dibuka, keadaan tempat itu sedikit menganggu deria bau kami. Mungkin bau itu datang daripada bendalir kimia dalam bilik itu. Sebanyak 8 mesin dialysis dalam bilik itu, 6 berada di ruang yang terbuka dan dua lagi berada di dalam bilik khas yang tertutup. Bilik itu khas untuk pesakit-pesakit menjalani rawatan dialysis memiliki penyakit hepatitis B dan hepatitis C. Obviously, mereka tidak boleh berkongsi mesin dialysis dengan pesakit-pesakit biasa yang lain. risiko penyakit ini akan berjangkit amat tinggi. Oh ye, fakta yang mungkin sesetengah orang sudah mengetahui dan ada yang belum tahu. Pesakit perlu menjalani rawatan ini sebanyak tiga ataupun empat kali seminggu dan tempoh untuk satu hari rawatan ini selama empat jam. Bayangkan empat jam?? Pesakit perlu duduk dan menunggu selama empat jam, menahan sakit yang mereka sudah biasa rasai. Tambahan lagi, selepas menjalani rawatan ini, ramai pesakit yang mengadu bahawa mereka akan letih dan akan tertidur dalam jangka masa yang lama. Tetapi kebaikan selepas mereka tertidur, mereka akan berasa segar pada keesokkan pagi.

Apa yang menarik perhatian saya, pesakit-pesakit disini perlu independent, membawa sendiri alatan-alatan untuk rawatan ini dengan membawa troli daripada bilik khas yang menempatkan alatan tersebut. Ada yang sudah mahir menggunakan mesin dialysis dan ada yang mengambil sendiri segala barang di bilik hospital tersebut seperti selimut ataupun barang yang lain tanpa bantuan nurse pun. Ada juga pesakit yang menutup muka kerana pening dan kelihatan kuyu matanya, mungkin menangis menahan sakit yang dialami selama empat jam. Ketika itu, terdetik rasa bersyukur kerana Allah masih lagi memberi tubuh badan yang sihat kepada kita dan masih lagi memberi nyawa yang tinggi nilainya kepada setiap pesakit. Rata-rata yang menjalani rawatan ini merupakan pesakit buah pinggang yang serius dan kedua-dua buah pinggangnya tidak lagi berfungsi.

Di hadapan kami, ada seorang pak cik yang mungkin berumur 60-an. Ada plaster yang terlekat di lengan dan lehernya. Plaster itu membalut jarum yang menyambungkan wayar untuk rawatan dialysis ini. Lengan pesakit itu sudah mula membengkak dan dia perlu menjalani rawatan dialysis melalui lehernya. Kita yang melihat mereka pun sudah rasai sakit yang ditanggung apatah pesakit itu sendiri. Salur darah ibarat paip, jika kita sering menggunakan salur yang sama dalam jangka masa yang lama, salur itu akan membesar dan membengkak. Salur darah yang digunakan di lengan itu meggunakan Vein (diguna selama yang mungkin), sememangnya mudah membengkak. Ianya juga dipanggil sebagai Permanent Access. Untuk sementara waktu, doktor menggunakan artery (Temporary Access), salur darah di lehernya sehingga bengkak di lengan itu akan surut. Mereka akan menggunakan Vein semula jika bengkak itu sudah pulih.

Rawatan ini juga memerlukan jumlah air yang sangat banyak. Sebanyak 400-500 ml setiap satu minit digunakan, secara total keseluruhannya sebanyak 120 000 ml air selama 4 jam! Subhanallah...bayangkan bagaimana proses ini berlaku? :)

Sumber : encik google.

Tidak kurang juga, kami berlima dapat mengetahui harga filter atau buah pinggang sementara yang pesakit gunakan. Mereka perlu membeli sendiri filter tersebut. Saya hanya melihat dua jenis saiz yang berbeza iaitu saiz yang kecil dan besar. Yang kecil berharga RM20 dan yang sedikit besar berharga RM60. Harga yang mahal digunakan selama sebulan dan filter yang kecil itu saya kurang pasti. Lain-lain alatan juga mahal tetapi yang paling istimewa hospital kerajaan hanya menawarkan harga yang rendah, semestinya kos yang lain kerajaan akan tanggung. Kos dialysis di hospital swasta, harganya dalam lingkungan RM150-300, amat mahal kan? Saya kurang pasti harga itu sekali rawatan atau untuk jangka masa seminggu.

Kebanyakkan pesakit yang menjalani rawatan dialysis akan meninggal dunia kerana sebab yang lain dan bukannya masalah buah pinggang. Puratanya, mereka akan meninggal dunia kerana masalah jantung. Setiap kali jalani dialysis, jantung mereka akan mengembang ataupun lemah (Cardiomyopathy).

Degupan jantung mereka akan berbeza dengan degupan jantung yang normal. Setiap kali proses membersihkan
darah ini membuatkan jantung mereka akan lemah dalam masa beberapa tahun. Masalah buah pinggang yang tidak lagi
berfungsi hanya dapat dikurangkan melalui rawatan dialysis dan untuk menyembuhkannya cuma melalui cara pemindahan
organ baru. Amat-amat susah untuk mendapatkan organ buah pinggang, lebih-lebih lagi jika ada golongan yang ingin
menderma, mereka perlu ambil masa selama enam bulan bagi menyelesaikan pelbagai perkara untuk mendermakan buah
pinggang tersebut. Bayangkan enam bulan? Jika ada segelintir rakan atau ahli keluarga ingin mendermakan salah satu buah
pinggangnya kepada kita, risiko yang tinggi ialah mereka akan berubah fikiran dalam jangka masa enam bulan tersebut
ataupun pelbagai perkara yang tidak dijangkakan akan berlaku terhadap penderma. Sekali lagi, bersyukurlah bahawa kita memiliki tubuh badan yang sihat dan jangan sesekali mengeluh perkara yang kecil. Ingatlah, masih ramai lagi hamba Allah yang kurang bernasib baik. Don't forget to say ALHAMDULILLAH everyday! Hanya ini sahaja yang saya dapat kongsikan, untuk mengetahui lebih lanjut tentang hemodialysis tanyalah Cikgu Google ye ;)

Salam.

No comments:

Post a Comment