Friday 7 March 2014

Tarikan?

Membelek-belek barangan di kedai..

"Eyeliner"
"Lipstick"
"Blusher"
"Eye shadow"
"Eyelash brush"


Tangan terus menggapai eyeliner yang sudah lama ingin dibeli
Termenung sekejap
Tujuan apa aku membeli semua ini?
Terfikir sebentar
Terasa berat hati

Tak salah untuk bergaya dalam islam
Asalkan tidak keterlaluan
Hingga kita bertabarruj
Hanya mencalit eyeliner di mata
Bukan memberi apa-apa effect pun..
Sekadar "memperkemaskan" mata sahaja

"Islam menggalakkan umatnya untuk bersederhana"

Teringat akan kata-kata itu
Naluri wanita, ingin dipandang cantik
Tapi, bersederhana itu lebih cantik rasanya

Tidak dipandang mahupun memandang kan?

Cukuplah dengan apa Allah berikan kepada diri ini
Jika mahukan tarikan semata-mata, lebih baik tinggalkan semua itu

Eyeliner yang diambil tadi diletakkan di tempat asal..
Ianya diganti dengan keychain teddy bear buat beg yang makin lusuh ini... :)

1 comment:

  1. teruskan usaha mu wahai sahabat! semoga impian mu mjd nyta..

    ReplyDelete