Monday 10 March 2014

Makin menjauhi tapi hakikat makin didekati?

Ini terjadi dalam kehidupan sebenar
Mungkin ada yang pernah rasainya kan?
Seseorang yang kita pernah terdetik perasaan tidak menyukainya, Allah makin mendekatkan diri kita dengan orang tersebut.
Alahai..
Allah SWT itu sweet kan?

Iklan sebentar, ini anak saya, Kal So Won. Eheh.


Ada salah faham dengan seorang disekeliling ini
Mula terdetik perasaan sakit hati / tidak menyukainya
Diri ini juga perasan bahawa, dia juga makin menjauhi dengan diri ni
Emm..dengan kata, "cuba menjauhi"
Lumrah manusia kan?
Jika kita sedar akan beberapa perkara yang penyebab perasaan itu timbul, 
kita akan rasa ingin menjauhinya
Tapi, apa yang terjadi?
Makin mendekati pula

"Kemana sahaja pergi, Allah takdirkan kita bertemu dengannya?"
"Jika ada sesuatu task yang perlu dilakukan, tiba-tiba diri kita mendapat task yang sama dengannya!"
"Dalam sedang berseronok dalam kumpulan, oleh kerana ada satu tempat kosong, terpaksalah si dia yang makin menjauhi itu perlu duduk disitu dan bersembang bersama. Duduk disebelah orang yang tidak disukainya? eheh"
"Dalam solat berjemaah, kita berada di sebelahnya!"

Kadangkala terasa pelik
Kenapa semua ini berlaku?
Cuba menjauhi tapi makin didekati?
Hmm..

Teringat perbualan dengan sahabat karib,

"Aku solat berjemaah, duduk sebelah orang yang aku pernah terdetik tidak menyukainya"

Maksudnya disini, tidak menyukai dari pelbagai perkara, mungkin perangainya, caranya, terasa hati hehe..
Maaf, lumrah manusia kan?

Menyambung kata-kata itu lagi...

"Lepas ni, aku mengharapkan aku dapat solat berjemaah di sebelah dia lagi, hanya itu peluang aku untuk bersalaman dan bermaafan dengannya"

Sahabatku memberi kata semangat..
"Bagus..bagus..teruskan, ada hikmah semua tu"

Jika makin mendekatinya
Automatik, kita akan mula bertegur sapa
Memberi senyuman kepadanya
Dan itu, menyembuhkan hati dari terus timbul perasaan negatif yang wajib dijauhi

"Biarlah orang lain cuba menjauhi dari kita tapi, janganlah kita menjadi seperti mereka, menjaga hubungan sesama manusia itu penting.."

Dalam erti kata, menjaga ukhuwah, hubungan sesama muslimat (untuk wanita) itu yang amat-amat penting

Allah SWT itu sweet kan?
Dia takdirkan semua itu berlaku untuk menjaga hati kita dari terus hanyut dengan masalah hati :)

No comments:

Post a Comment