Sunday 9 March 2014

Allah tak adilkah?

Hujung minggu, dalam kesunyian di Blok, mungkin ramai yang pulang ke rumah masing-masing memandangkan ketika itu di kolej ketiadaan air. Beberapa orang sahaja yang dapat “survive” dan masih sempoi meneruskan aktiviti seharian. Ehem.


Seorang sahabat menemaniku untuk menyiapkan assignment masing-masing di bilik yang agak kecil ini. Walau kecil tapi terasa “besar” apabila bilik ini dapat memuatkan enam orang sahabat ketika kami meluangkan masa bersama. Tapi ketika ini hanyalah aku bersama-sama seorang sahabat sahaja.

“D, aku nak kongsi sesuatu, tentang apa yang aku rasa.”

“Yep, apa ye?”

“Kenapa ye, aku rasa Allah unfair terhadap hambanya? Aku tahu perasaaan ni salah, tapi itulah apa yang aku rasa sekarang”

Perasaan sahabat aku ini, pernah aku rasainya suatu ketika dulu.

“Tak salah apa yang kau fikir, semua orang mengalami proses yang sama, jangan risau”

“Hmm…entah la D, aku rasa kenapa Allah sering bagi ujian pada aku, banyak, bukan hanya banyak tapi berterusan..”, perasaan itu diluah dengan baik.

Aku mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik, hanya ini sahaja yang aku dapat memberi pandanganku kepadanya..

“Setiap orang ada ujian berlainan. Kita ada dua jenis ujian, ini hanyalah pendapat aku. Ujian secara sedar atau tidak, apa yang kau rasai ini merupakan ujian yang secara kau sedar dan kau sedang menjalaninya dengan fizikal dan mental. Ujian secara tidak sedar merupakan ujian yang paling bahaya, kita tidak sedari bahawa ujian itu menimpa pada kita dan yang paling teruk, kita tidak sedar langsung bahawa itu satu ujian!”

Sahabatku menunggu jawapan yang aku ingin katakan lagi.

“Bersyukurlah kau mendapat ujian ini. Setiap manusia tidak lari dari ujian yang Allah berikan kepadanya. Apa yang aku rasa, setiap masa, 24/7 manusia sedang menjalani ujian yang Allah berikan kepada hambanya. Bayangkan, kau sedang mengalami ujian secara tidak sedar, kau dalam kesenangan walau diri kau terus hanyut, tidak mengingati Allah tapi, rezeki itu tetap berada dalam genggaman kau. Allah SWT terus menerus memberikan ujian itu dan kau tidak sedar pun! Jika tak sedar, sampai bila kita nak kembali diri kita kepada Allah? Ujian itu merupakan salah satu cara untuk Allah mengingatkan hambanya untuk senantiasa mendampinginya.”


Sahabatku mengangguk tanda setuju.
Sesungguhnya, rasa bersyukur itu suatu yang terbaik.
Bersyukurlah dengan ujian yang mendekatkan dirimu kepadaNya..

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment